haa.. ni nak cerita pasal makan plak..
kepada korang yang suka makan seafood.. layan angin laut.. lepak-lepak tepi pantai, apa kata korang terjah tempat makan ni Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor.
Actually kalau ikutkan, restoran ni takder la sampai kena masuk kuala selangor betul-betul, bak kata orang sempadan jer gitu. Kalau dari Klang memang dah dekat sangat dah restoran ni. Cuma kalau pergi waktu malam tu, kena tengok signboard dia betul-betul sebab takut terlepas simpang. Kalau dari arah Klang simpang dia sebelah kiri selepas Petronas. Kalau dari arah Kuala Selangor simpang dia sebelah kanan, ada signboard Pantai Jeram. Lepas masuk simpang tu, jalan terus ikut jer signboard Aroma Ikan Bakar, simpang masuk dia sebelah kanan. Jalan dia agak sempit tapi jangan risau takut tersalah jalan ke apa.. nanti memang akan nampak restoran Aroma Ikan Bakar tu tersergam indah.. hehehhehe.
Sekarang ni dia dah buat extension yang agak besar jugak.. kalau pergi time malam memang meriah dengan lampu-lampu gitu.. Pergi time weekend selalunya full house tetapi jangan risau, ada jer tempat kosong sebab restoran dia agak besar.
seperti biasa, kat sini pelanggan boleh pilih ikan, udang, ketam, sotong, pepahat, kerang, kepah & spesies hidupan lain yang boleh di makan. ikan pun banyak jenis. harga macam biasa ikut timbang. harga pun agak berpatutan, tak mahal tak murah.
sekarang ni, dia dah besarkan tempat makan dia, dulu kitorang pergi takder benda alah ni.. sekarang ni dia dah buat cantik, ada tempat duduk ala pondok, menghadap laut, ada hall macam dalam gambar ni.. so ok la..
makanan dah sampai.. masa untuk makan.. menu best kat sini.. selalunya dia akan rekomen, kalau ketam tu masak cili dan pelbagai jenis masakan yang lain.. boleh try yang anda suka..
selamat mencuba... :)
Saturday, May 5, 2012
Friday, May 4, 2012
jom cuti-cuti - Gold Coast Morib Resort
ha.. saya baru berkesempatan nak update...
kepada anda yang bercadang nak bercuti - cuti hujung minggu atau saja nak bawak anak jalan-jalan atau nak bawak diri sendiri jalan - jalan pun boleh, apa kata terjah ke Gold Coast Morib Resort.
Perjalanan ke Gold Coast Morib Resort ni, kalau dari rumah saya agak dekatla, kerana ia menghala ke arah Banting. Masih lagi dalam negeri Selangor, bukannya Gold Coast Australia ok.
Apa yang ada kat Gold Coast Morib ni, ada theme park yang comel, takder la besar gedabak macam Sunway Lagoon tu yer.. Bilik dia pun agak ok siap ada jakuzi lagi. Kalau nak honeymoon berjakuzi boleh la pegi ke sini.
Kalau nak dapatkan katil ala-ala bali, kena pilih yang menghadap car park. Oleh kerana kitorang lebih kepada berlibur dan menghiburkan hati marissa maka kitorang pilih bilik twin sharing menghadap theme park. Bilik dia pun agak besar dan selesa.
Demi mengelak kebanjiran manusia, kitorang spend 2 hari 1 malam during weekdays, ambik pakej bilik lengkap dengan buffet dinner & buffet breakfast. Masa kitorang pergi tu ada a few company yang buat teambuilding kat situ, (bolehlah suggest kat bos pas ni buat team building kat sini). Kawasan persekitaran dia boleh dikatakan agak cantik jugak dan selesa. Ada private beach, ada restoran atas air dan lain-lain. Kalau nak ke Pantai Bagan Lalang pun dah dekat jugak dari Morib ni, so kalau malam-malam nak spend masa makan seafood boleh la menghala ke Pantai Bagan Lalang.
btw theme park dia rasanya tak mewajibkan swimming attire yang lengkap as long as sesuai sudah memadai.. kalau nak tahu juga, Gold Coast Morib ni adalah lokasi penggambaran Langkah Bendul DRAMA TV Astro tu, part yang Fizz Fairuz, bawak Amy Mastura pergi honeymoon tu.. dan tak jauh jugak daripada bukit JUGRA.
Tak payah cerita panjang-panjang, korang layan jer la gambar ni ok..
Jangan lupa like kami FAN PAGE ALMARI VITAMIN di facebook.com/almarivitamin. ada give away untuk fans semua...

![]() |
| main entrance |
![]() |
| marissa yang tak sabar nak bermain-main di theme park |
![]() |
| jakuzi dan toilet ada tingkap boleh bukak dari bilik |
![]() |
| sekitar theme park |
![]() |
| marissa yang excited |
Jangan lupa like kami FAN PAGE ALMARI VITAMIN di facebook.com/almarivitamin. ada give away untuk fans semua...
lawati blog almarivitamin kami juga.. http://almarivitamin.blogspot.com
Monday, April 16, 2012
Tips Ringkas Galakkan Makanan Sihat untuk Anak
Jom baca tips ringkas ni..
- Libatkan anak-anak anda bila memasak supaya dia boleh merasai sendiri makanan yang disediakan olehnya sendiri
- Jangan biarkan anak-anak makan snek sebelum masa makan atau merasuah mereka dengan sweets atau snek sekiranya mereka menghabiskan makanan.
- Biarkan kanak-kanak mencuba makanan baru untuk meningkatkan 'kamus' rasa mereka.
- Kurangkan makan di luar dan makanan segera yang mengandungi banyak bahan perasa & pewarna tiruan.
- Makan lebih banyak makanan yang dimasak di rumah dan mencuba resepi yang menyeronokkan dan
- cuba untuk sertakan 5 jenis buah-buahn & sayur-sayuran setiap hari. Pilih buah & sayur-sayuran yang berwarna kuning atau merah seperti lobak merah yang kaya dengan vitamin A.
- kekurangan vitamin D akan menyebabkan penyakit riket, jadi ambil vitamin D melalui susu, kuning telur, ikan.
- Vitamin E kaya dengan anti-oksidan dan selalunya dijumpai dalam sayur berdaun hijau, kekacang, oats, barli dan nasi.
Labels:
baby,
baby food,
baby health,
bayi,
kesihatan bayi,
Makanan,
makanan bayi,
Tips Makanan Bayi
Friday, April 13, 2012
Makanan Bayi Seawal Hari Pertama
Makanan bayi seawal hari pertama sehinggalah seterusnya....
Sedar atau tidak sebenarnya bayi sudah mendapat makanan pertamanya sebaik sahaja lahir ke dunia. Makanan pertama bayi adalah kolustrum.
Pernah dengar tentang kolustrum?
Kolustrum adalah susu awalan ibu yang dihasilkan sebaik sahaja ibu melahirkan anak. Kolustrum lebih rendah lemak dan kaya dengan protein berbanding susu biasa dan biasanya berwarna kuning keemasan.
Kolustrum merupakan agen imunisasi bayi yang pertama yang berupaya untuk menentang kuman, bakteria, fungus, jangkitan dan penyakit. Kolustrum kaya dengan faktor pertumbuhan yang membantu membaiki, membina, memperbaharui sel, tulang, otot dan tisu. Ia juga dapat menyeimbangkan paras glukos dan sel otak untuk menggalakkan mood yang baik dan otak atau minda yang lebih fokus.
Sebab itulah ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sebaik sahaja selepas melahirkan bagi mendapat khasiat yang tidak ternilai ini.
Setelah itu penyusuan susu ibu haruslah diteruskan sekurang-kurangnya 6 bulan yang pertama dan berterusan sehinggalah 2 tahun.
Selepas 6 bulan bayi anda akan mula makan makanan pejal yang pertama. Sebagai ibu bapa apa yang perlu kita lengkapkan di dalam makanan pejal mereka?
Apa yang setiap kanak-kanak perlukan adalah :
Kenapa DHA Penting? Kenapa iklan susu di televisyen selalu tekankan bahawa formula susu mereka mengandungi DHA?
DHA penting untuk perkembangan otak, mata, sistem saraf untuk bayi dan kanak-kanak. Kajian mendapati, kanak-kanak yang mempunyai paras DHA yang tinggi mempunyai memori & fokus yang lebih baik.
Sebenarnya tidak susah untuk memastikan kanak-kanak mendapat DHA yang mencukupi. Untuk ibu-ibu yang menyusu anak mereka, mereka boleh mengambil suplemen yang mengandungi DHA dan secara tidak langsung bayi itu akan mendapat khasiatnya. Bagi kanak-kanak yang sudah dewasa atau yang sudah tidak menyusu ibunya lagi, anda boleh berikan suplemen DHA seminggu sekali kepada mereka. Seperti Marissa, setelah dia berusia 1 tahun dan sudah boleh makan dengan sendiri, saya campurkan Omega Guard ke dalam makanan Marissa seminggu 1-2 kali sebagai bekalan DHA kepadanya.
untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah DHA kepada bayi & kanak-kanak, anda boleh baca lebih lanjut di link ini http://www.healthcastle.com/children_dha_benefits.shtml
semoga beroleh manfaat daripada sharing ini.. Ikuti tips menarik untuk menarik minat anak anda menyukai makanan berkhasiat dalam post saya yang seterusnya..

- Protein Penting - pembentukan sel, tisu, kulit, kuku, rambut
- Antibodi - melawan penyakit
- Antioksidan - melindungi sel daripada radikal bebas
- Immunoglobulin - (salah satu antibodi)
- Faktor Pertumbuhan - (Growth Factor)
- Vitamin & Mineral Penting : Vitamin A, B, C, D,E, Zat Besi, Zink dan lain-lain
- Enzim & Asi Amino - tumbesaran & perlindungan
- DHA (Docosahexaenoic Asid) - sejenis asid lemak omega-3 yang selalunya diperolehi daripada sumber ikan laut dalam & minyak tumbuhan. Omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh badan, jadi ia perlu diambil melalui diet harian atau makanan tambahan. Bayi di dalam kandungan & bayi yang menyusu ibunya mendapat khasiat DHA melalui pemakanan si ibu. Jadi amat penting, sewaktu kehamilan sekitar 24 minggu si-ibu perlu mengambil suplemen yang mengandungi DHA bagi menyokong perkembangan otak bayi. Ibu yang menyusu juga perlu titik beratkan suplemen yang mengandungi DHA bagi menyokong perkembangan bayi secara berterusan. Sewaktu kehamilan saya yang pertama, saya amalkan suplemen Neurogain seawal kandungan saya 5 bulan. Selepas bersalin dan mula mengenali Shaklee saya bertukar kepada Omega Guard sebagai suplemen minyak Omega saya. Kini saya teruskan pula Omega Guard untuk kandungan saya yang kedua.
Kenapa DHA Penting? Kenapa iklan susu di televisyen selalu tekankan bahawa formula susu mereka mengandungi DHA?
DHA penting untuk perkembangan otak, mata, sistem saraf untuk bayi dan kanak-kanak. Kajian mendapati, kanak-kanak yang mempunyai paras DHA yang tinggi mempunyai memori & fokus yang lebih baik.
Sebenarnya tidak susah untuk memastikan kanak-kanak mendapat DHA yang mencukupi. Untuk ibu-ibu yang menyusu anak mereka, mereka boleh mengambil suplemen yang mengandungi DHA dan secara tidak langsung bayi itu akan mendapat khasiatnya. Bagi kanak-kanak yang sudah dewasa atau yang sudah tidak menyusu ibunya lagi, anda boleh berikan suplemen DHA seminggu sekali kepada mereka. Seperti Marissa, setelah dia berusia 1 tahun dan sudah boleh makan dengan sendiri, saya campurkan Omega Guard ke dalam makanan Marissa seminggu 1-2 kali sebagai bekalan DHA kepadanya.
untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah DHA kepada bayi & kanak-kanak, anda boleh baca lebih lanjut di link ini http://www.healthcastle.com/children_dha_benefits.shtml
semoga beroleh manfaat daripada sharing ini.. Ikuti tips menarik untuk menarik minat anak anda menyukai makanan berkhasiat dalam post saya yang seterusnya..
Labels:
baby,
baby food,
baby health,
bayi,
DHA,
keperluan kanak-kanak,
kesihatan bayi,
makanan bayi,
mineral,
Omega 3,
Omega Guard,
vitamin
Thursday, April 5, 2012
Butter Prawn sweet & creamy
yah... itu dia.. tora datang lagi dengan mainan baru..
udang butter prawn sweet & creamy..
resepi butter prawn ni lain sikit dari yang selalu kita makan kat kedai.. yang ni mak saya punya resepi.. dan saya buat dia basah-basah sikit.. bak kata omputeh creamy gitu.. :)
Resepi Butter Prawn Sweet & Creamy
Bahan-bahan
udang
secubit garam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu lada sulah
minyak masak
butter
daun kari
cili (sedikit sahaja 1-2 btg)
susu cair (agak-agak dlm 100 ml)
chicken stok - blh pilih kiub, cecair atau buat sendiri.
cara-cara
yang ni utk buat udang
1. udang dicuci bersih, jangan dibuang kulit & belah belakangnnya. selepas dicuci, toskan.
2. perap udang dengan tepung gandum, sedikit garam & lada sulah. biarkan seketika.
3. panaskan minyak, goreng udang hingga garing & toskan minyak berlebihan & letak tepi.
yang ni utk buat gravy butter tu..
4. panaskan mentega, masukkan daun kari 2, 3 helai.
5. masukkan cili padi yang dipotong halus. jangan banyak sangat nanti pedas pulak...
6. dah agak-agak sebati masukkan susu cair, masukkan garam secukup rasa, lada sulah, gula & chicken stok. Gaul sehingga pekat.
7. Akhir sekali masukkan udang dan gaul sehingga gravy tadi menyaluti kesemua udang itu. Guna api perlahan.
Selamat Mencuba :)

resepi,
resepi butter prawn,
resepi udang butter
Monday, April 2, 2012
Makanan Pelengkap Bayi - updated
Holla semua..
Hari ni saya nak share tentang makanan pelengkap bayi. Selalunya bila baby dah berusia 6 bulan, mesti si ibu akan mula fikirkan makanan yang sesuai untuk baby mereka. Pemakanan yang baik dari segi habit & nutrisi akan menyokong tumbesaran & perkembangan baby.
Pada usia seawal 6 bulan, bayi seharusnya diperkenalkan kepada rasa terlebih dahulu dan makanan tersebut haruslah dilumat terlebih dahulu.
Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh di guna pakai oleh ibu-ibu untuk menyediakan makanan pelengkap kepada bayi
1. Susui bayi anda secara eksklusif sehingga usia 6 bulan. Mulakan makanan pelengkap selepas usia 6 bulan sebagai tambahan kepada penyusuan ibu. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan pertama akan melindungi bayi daripada jangkitan gastrousus & meningkatkan perkembangan motor. Susu ibu membekalkan protein, kalsium, zat besi dan nutrien-nutrien lain kepada bayi mereka.
2. Susui bayi mengikut permintaan sehingga usia 2 tahun atau selanjutnya. Susu ibu boleh mencegah dehidrasi dan membekalkan mikro nutrien untuk melawan jangkitan. Ini juga turut membantu ibu-ibu yang mengepam supaya susu mereka sentiasa mencukupi untuk bayi mereka. Ingat konsep supply vs demand. Ada permintaan adalah bekalan.
3. Amalkan masa makan yang responsif : makanan yang diberi, bagaimana, siapa, bila & di mana.
Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak yang lebih besar boleh dibantu makan sendiri. Ibu bapa hendaklah bersabar dan menggalakkan anak-anak makan tanpa paksaan. Masa makan bayi atau kanak-kanak memang banyak ragam. Tidak dinafikan apabila kita menghantar anak-anak kita ke tempat jagaan dan mendapat komen anak kita tidak mahu makan, memilih makan, tidak suka makan dan sebagainya. Di antara salah satu sebabnya adalah sikap tidak sabar. Sekiranya bayi anda menolak makanan yang biasa, anda boleh mencuba kombinasi-kombinasi makanan lain. Be Creative..
4.Amalkan Kebersihan. Sentiasa cuci tangan sebelum menyediakan makanan & minuman. Basuh tangan sebelum makan. Gunakan perkakas, cawan atau pinggan mangkuk yang senang dicuci. Simpan di tempat yang sesuai dan bersih. Anda mungkin boleh menarik minat anak anda untuk makan menggunakan bekas makanan yang berwarna warni atau bercorak kartun kegemaran mereka. Anda juga boleh sediakan bib bayi sebagai alas supaya pakaian bayi anda tidak kotor. High Chair boleh digunakan sekiranya bayi anda sudah boleh duduk dengan sendiri.
5.Mula beri makanan dalam kuantiti yang kecil dan tingkatkan kuantiti apabila dia semakin membesar. Bagi menyokong pembesaran bayi, bayi perlu mendapatkan tenaga daripada makanan pelengkap setiap hari. Bayi berumur 6-8 bulan perlu pengambilan lebih kurang 200 kcal, bayi berusia 9-11 bulan memerlukan 300 kcal dan keperluan bayi berusia 12-24 bulan meningkat kepada 550 kcal. Peningkatan kalori secara beransur-ansur boleh dicapai dengan memberi makanan seperti bubur nasi, buah-buahan, sayur-sayuran pada setiap waktu makan.
* kcal = kilocalorie
* 100 kcal = sekurang-kurangya 1 cawan bubur nasi kosong, 1 keping roti atau 1 pisang sederhana
6.Tingkatkan kelikatan & kepelbagaian makanan si manja apabila dia beransur membesar. Bayi berusia 6 bulan boleh makan makanan yang dilumat atau separa pejal. Pada usia 8 bulan makanan seperti finger food atau snek boleh diberikan kepada bayi anda. Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh makan makanan keluarga pada usia 12 bulan. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan mereka tercekik seperti kekacang, buah anggur, buah rambutan & seumpamanya.
7.Tingkatkan beransur-ansur kekerapan bayi anda makan. Bayi berusia 6-8 bulan boleh diberi makan 2-3 kali sehari. Apabila bayi berusia 9-11 bulan, mereka boleh diberi makan 3-4 kali sehari. Bayi berusia 12-24 bulan boleh diberi snek seperti kismis, kurma, buah-buahan dll sebagai khasiat tambahan sebanyak sekali atau 2 kali sehari.
8.Beri si manja anda pelbagai makanan yang tinggi nutrien. Makanan seperti daging,ayam, telur atau ikan perlu ada dalam diet si manja. Diet vegetarian semata-mata tidak sesuai untuk kanak-kanak pada usia muda. Sayur-sayuran seperi lobak merah, bayam, brokoli & buah-buahan kaya vitamin A seperti betik, mangga dan tembikai juga perlu ada dalam diet si manja anda.Elakkan makanan atau minuman bernutrien rendah seperti teh, kopi, atau minuman bergula seperti sirap & minuman ringan.
9.Adakalanya anda dan bayi perlu mengambil suplemen vitamin & mineral atau produk makan yang diperkuat. Ibu yang menyusu badan mungkin perlu melengkapi diet mereka dengan suplemen dan produk yan baik unuk kesihatan diri sendiri dan juga untuk membekalkan nutrien-nutrien tertentu di dalam susu mereka. Pilihlah suplemen yang terbaik dan semulajadi seperti Shaklee. :)
10. Jika bayi jatuh sakit, tingkatkan pengambilan cecair dan penyusuan susu ibu sekerap mungkin. Jika bayi anda jatuh sakit, galakkan untuk makan makanan yang lembut dan menyelerakan. Apabila bayi kembali sihat berikannya makanan & susu ibu sekerap mungkin. Kanak-kanak memerlukan pengambilan nutrien lebih banyak bagi menggantikan nutrien yang hilang semasa sakit.
* my simple tips..
- jadikan masa makan masa yang menyeronokkan.. jangan paksa bayi anda untuk makan kerana paksaan boleh menjadikan mereka fobia untuk makan.
- masa makan boleh jadi messy atau fussy.. jadi bersabar la.. boleh sediakan bib atau peralatan makan yang menggalakkan bayi anda untuk makan. boleh pilih bib yang jenis plastik - senang nak cuci dan sangat berguna especially time makan di luar atau travelling.
- kaitkan masa makan dengan perkara yang anak anda minati atau ingati.. contoh saya.. saya selalu kaitkan elephant suka makan atau saya akan selalu cakap dengan marissa tunjukkan mama macamana elephant makan.. so marissa pun akan tunjukkan cara elephant makan dengan makan makanan yang saya suap. banyak lagi contoh yang lain.. itu salah satu daripadanya.
- selalu simpan nota atau ingat makanan-makanan yang anak anda gemari atau tidak gemari. selalu take note juga makanan yang boleh menimbulkan alahan kepada bayi anda.
- bayi yang berusia 11-12 bulan ke atas lebih suka utk makan dengan sendiri.sediakan bekas makanan dan sudu extra utk dia 'bermain' dan kita boleh menyuap dia seperti biasa.
- jauhi unsur-unsur distraction seperti rancangan tv kegemaran, favorite toys. ini kerana ia boleh menjejaskan minat sesetengah kanak-kanak untuk menikmati makanan mereka. *updated
- kadang-kala anak-anak suka kepada warna-warna yang vibrant, jadi pilihlah makanan yang kaya warna seperti bayam, lobak merah, buah-buahan yang berwarna seperti dragon fruit, tembikai dan sebagainya. *updated
semoga berjaya mommies semua.. :)
ingin mencari suplemen terbaik & semulajadi, jemput baca blog vitamin saya di sini
Labels:
baby,
baby food,
baby health,
bayi,
keibubapaan,
makanan bayi,
parenthood
Wednesday, January 4, 2012
marissa .. 1 tahun 1 bulan 14 hari..
salam..
lama dah tak update cerita pasal marissa.. heheh.. patutnya update waktu marissa umur 1 tahun 1 bulan 11 hari & tukar tajuk di atas kepada 1 tahun 1 bulan 11 hari.. baru cantik.. hehhehehe.
alhamdulillah.. sudah 4 hari kita di tahun 2012.. diharapkan tahun 2012 ni kita akan berubah daripada baik kepada menjadi lebih baik... diharapkan juga rezeki 2012 ini akan bertambah daripada tahun 2011.
rezeki yang Allah turunkan kepada kita datang dalam pelbagai rupa.. ada rupa yang nyata.. ada rupa yang samar-samar.. apa2 pun rezeki yang Allah berikan.. kita harus bersyukur dan jangan lupa bersedekah .. :)
jangan lupa berterima kasih kepada Allah atas rezeki yang diturunkan.. "Ya Allah, terima kasih di atas pemberianmu ini.Amin"
nak cerita pasal marissa pulak.. alhamdulillah marissa dah berusia 1 tahun 1 bulan 14 hari pada hari ini..
alhamdulillah juga marissa masih lagi mendapat susu saya sepenuhnya sehingga ke hari ini.. alhamdulillah rezeki marissa... di harap akan berterusan sehingga marissa berusia 2 tahun... skrg ni pun moving forward dengan lengkapkan diri dengan info pasal tandem nursing & bf during pregnancy.. nak kumpul maklumat sebanyaknya.. hehehhehe
marissa sesuai dengan umur nya.. makin menunjukkan siapa marissa sebenarnya.. hahahhaha..
masih dengan rambut halus ala2 blonde mat salleh gitu.. mat salleh la sangat kan.. ahakkks..
marissa dah makin cerdik.. sekarang ni dah pandai psiko mama & daddy dia.. boleh buat-buat nangis untuk tarik perhatian.. padahal air mata tak keluar pun.. mulut jer bukak besar dengan suara ala-ala nangis..
adoi... macam2 hal marissa ni..
skrg ni pun dia nak berjalan.. asyik ajak daddy dia pegi jalan2 kat luar pegi taman.. tak nak main kat halaman rumah.. nak jugak keluar dari pagar rumah tu...
skrg ni pun dah tak blh ambik barang dari tangan dia sesuka hati, kalau di ambil mesti dia merajuk..
pasal makan pulak.. apa makanan yang kita masukkan ke mulut, itu la yang dia nak.. sampaikan dia nak kiss mulut kita semata-mata nak rasa makanan tu..
alhamdulillah marissa dah mula menunjukkan minat terhadap buku dan sekarang pun saya menggalakkan marissa ke arah minat itu. dan seperti kanak-kanak lain..(saya rasa) marissa amat sukakan iklan di tv dan nasib baik marissa not so into cartoon except upin & ipin. iklan yang paling marissa suka adalah iklan dequadin yang sakit tekak pastu kungfu tu.. adoi.. blh pulak dia pegi tiru iklan tu dengan berteriak sekali.. heheheh..
well that is my marissa... itu sahaja cerita utk hari ini untuk tatapan peminat marissa .. hahhahahahahah.. banyak fans la konon.. :) i like..
ahaa... berminat untuk mencari pendapatan sampingan untuk keluarga.. hubungi saya.. emel pun blh.. ladysuerauf@gmail.com or blh pegi layari website http://almarivitamin.blogspot.com.
nak whatsapp/sms ke pun blh.. whatsapp or sms ke 014.888.4894
tak nak cari pendapatan sampingan tapi nak beli vitamin.. pun blh.. contact ajer saya.. hehehhe :)

almari vitamin,
baby,
baby health,
bayi,
marissa,
myself,
Renungan,
supplement
Subscribe to:
Posts (Atom)
March's people
Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.