layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Saturday, July 31, 2010

Dalam satu bungkusan..

Do you like this story?

huh.. lamanya tak update blog ni.. dah bersawang-sawang dah..

actually bukannya takder citer yang nak dikongsikan tetapi entah tetiba jer dalam bulan july ni cam busy semacam jer..

hari ni baru la macam boleh bernafas sikit...<<< ni merujuk kepada hari rabu..

yer la last week attend training kat training center for 3 days..  sebabnya nak kejar kpi .. training hours tak cukup 40 hours la plak.... sekali dah g training, melambak-lambak la plak training yang kena attend.. huhuhuhu... hentam sajalah labu...

semalam pulak buat UAT dengan user.. hari khamis ni pegi dengar orang bercakap-cakap
lepas tu next week buat training lagi dengan user..
lepas tu pegi training lagi...
lepas tu barulah boleh relax.. itupun kalau boleh...

entah kenapa bulan july ni pack semacam jer.. tak cukup dengan keje yang ada bertambah lagi dengan masalah kerja yang tiba2 muncul.. dicampur tolak lagi denngan kehidupan peribadi.. memang busy memanjang la...

well.. oleh kerana asyik busy jer kan.. dikesempatan yang ada ni kita masukkan semua dalam satu bungkusan... hahha..
dari citer lama sampaila ke citer terbaru... cam poyo jer.. macam la ada orang nak tahu.. tapi apa ku kesah.. janji boleh tulis.. hahah.. mana tau boleh buat novel... wakakakaka.. ada-ada jer yang aku bebelkan..

well kita nak start dari mana yer...

nak menunjukkan betapa busynya aku .. huhuhuh. ni nak citer pasal buku cerita yang aku beli tapi tak menyempat-nyempat lagi untuk dihabiskan..
ada 3 buku waiting list..
bila la nak baca suma buku ni...
oleh kerana tak sempat lagi nak menghabiskan baca buku citer ni, so aku tak leh nak bagi review kat korang tentang novel ni.. tapi aku baru baca sikit baju pengantin mak andam tu, layan jugak citer die..

oleh kerana dah sebulan lamanya blog ni tak update .. kiter mulakan dengan citer yang paling basi sekali...

recap ---- > hujung bulan june hari tu, company hubby buat family day untuk staff & keluarga mereka...
jadi, family day tahun ni company hubby buat gathering ramai-ramai kat genting.
so we all stay kat awana genting resort and spa for 3 days 2 nights.
jadi hari jumaat 25.6.2010 tu aku saja ambik cuti, sebab nak setelkan hal-hal kat umah - (ala keje-keje biasa sebelum keluar daerah mengemas, mencuci baju, packing dan yang seangkatan dengannya).
antara aktivti family day tu .. malam 25 jun tu ada dinner di GICC.. pastu hari sabtu pulak kitorang semua diberi tiket free utk bersuka ria di Genting Theme Park...

tak sanggup rasanya nak main benda ni...

weeehuuuu.. lihatlah pipi ku yang semakin bulat & tembam.. 
takper... heheheheh ...tembam & bulat itu membawa berkat.. heheheh

   view from our room... sun shiny day..
view from our room... early morning... awan berarak..

then hari ahad pulak ada sukaneka.. so petang ahad tu boleh balik umah...

masa untuk balik.. hari hujan malu malu...


so habis cita family day & genting..

so awal july seperti biasa la busy dengan tugas tegar ku... awal bulan .. user nak data.. jadi haruslah memastikan data berada di persekitarannya... eheh.. ye ker.. yer la tu.. heheheh

lepas tu plak kan.. aku nak citer pasal kesukaan aku.. aku suka notebook.. ni cth notebook yang aku ada..

my collection.. the blue one i reserve for my baby..

kebanyakkanya aku tak pakai pun lagi.. kalau ikutkan hati banyak lagi notebook yang aku berkenan tapi kan.. kawal .. kawal.. jangan teroverdos pulak.. hehehe...

lepas tu kan... aku nak cita pasal perasaan aku pulak..
perasaan sekarang ni berbaur-baur especially menyambut ketibaan orang baru..
neves.. happy.. cuak.. neves nak jadi mommy.. neves nak bersalin.. at the same tak sabar nak tunggu kelahiran our baby.. waaa.. aku bakal menjadi seorang ibu.. at the same time jugak.. prepare apa yang patut untuk menyambut kelahiran baby ni nanti..

selain itu.. aku tak sabar nak balik rumah aku kat sarawak.. banyak mission yang aku nak laksanakan.. one of it is.. deco bersama suzanne.. aku nak deco-deco bilik aku kat sana.. yoyo oo. jer aku ni..

lepas tu aku nak bukak balik majalah sekolah aku.. haaa.. ni misi mengenakan orang.. waaa.. jahatnyer.. hehehe.. ni edisi mengenang balik zaman lampau la.. tunggu korang erk.. sapa-sapa yang rasa dia makan cili.. mula-mula la buat baik ngan aku sekarang.. hahahhaaha.. mesti budak-budak ni nerves.. tengok-tengok aku yang terkena dulu..

lepas tu.. kan sekarang ni dah dekat bulan puasa.. jadi kat ofis aku orang dah start mempromosikan tempahan biskut raya... heheh.. so di sini aku pun nak mempromosikan kek lapis sarawak..

sapa-sapa yang berminat untuk tempahan  boleh la tinjau-tinjau blog ni yer.. http://ladysue-blogshoppe.blogspot.com/

http://ladysue-blogshoppe.blogspot.com


pelbagai jenis dah rasa kek lapis ada.. di jamin sedap.. tak rugi membeli..
singgah la blog ni yer.. banyak kek lapis sampai rambang mata nak pilih.. hehehehhe


ok la..citer ni pun habis.. setakat ni jer idea yang aku ada buat masa ni...
ada lagi.. ziha... saya tak buat lagi tag yang awak bagi tu.. heheheh.. hold dulu la yer...

nite u ooollllssssssssss

Thursday, July 1, 2010

Petua Genggaman Monyet

Do you like this story?



Mari share tentang Petua Genggaman Monyet..
bukan ilmu silat..
bukan juga ilmu batin.. heheh.. tu je yang korang ingat erk..
tetapi ilmu kehidupan.. ehehhhee  (^.^)

Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet. Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah.
Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.
Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.
Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut.
Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.
Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.

Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu:
"Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"
Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.

Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi: "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"
Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang.
Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.

Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan.
Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita.
Di kala itu semuanya sudah terlambat.
Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana?
Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?

brought to you by suzannalady.blogspot.com
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.