layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Thursday, April 29, 2010

Ibubapa bukan liabiliti

Do you like this story?

Salam semua ~~~~~@

nak share something yang very very interesting..
kawan yang hantar thru mail.. and i think i should share it..

please read .. IBUBAPA BUKAN LIABILITI

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."
Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

P/S : kadang-kadang mungkin kita rasa pemberian kita tidak bernilai atau tiada ertinya kepada orang yang menerimanya.. tetapi kita selalu terlupa bukannya nilai yang lebih penting tapi perasaan atau keikhlasan kita kepada orang itu.. what you give is what u get back..
mungkin balasan yang kita dapat tidak nampak pada ketika itu atau balasannya bukan dalam bentuk apa yang kita telah berikan.. tapi kita selalu terlupa bahawa kebaikan, rezeki atau pertolongan itu datang dalam pelbagai bentuk, mungkin itulah balasan atas kebaikan yang kita lakukan.. InsyaAllah... amin..

bagi sesiapa yang nak mengetahui mengenai Pahrol Mohd Juoi >> ini blog beliau.. GENTA RASA


Wednesday, April 28, 2010

zaman mensia marek....

Do you like this story?

video

bila bukak-bukak semua fail gambar-gambar lamak, terjumpa video lamak tok dengan geng-geng kamceng. zaman tok semua gik masih bujang..
sekarang tok suma dah kwen dah jadi mak orang nak jadi mak orang ... tinggal hanim gik masih mencarik arjuna idaman.. haha..
lawak eh bila ngenang balit video tok.. bukannya apa... lucu jak nangga olah masa ya.. nangga muka masing-masing...
video tok di ambik sempena nak wish bday dengan can aku waktu ya merangkap hasbend kesayangan..
sidak tiga dalam video tok kira pelakon extra la.. tapi malangnya video tok sik complete2...
to hanim, butet and achik yot.. layan la video kitak orang tok... hahahha.. dari ria kitak orang carik video tok nak.. tanggalah puas...
jangan mare...

Novel Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah

Do you like this story?


last week, baca novel Cinta Kau & Aku by Siti Rosmizah. at first aku beli buku ni sebab lama dah tak baca novel lepas tu tak tau nak cari novel apa yang best. so g mph bookstore cari la buku top seller.. nampak novel ni is one of top seller novel... jadi try la beli... kalau baca sinopsis dia nothing yang extraordinary atau wow factor yang membuatkan aku dying to read.. tapi bila dah start baca tak boleh lepas... kalau aku stop baca buku ni rasa macam ada medan magnet yang menarik-narik aku supaya habiskan membaca buku cerita ini..
jalan cerita dia simple tapi menarik.. lawak .. dan ada unsur-unsur kekeluargaan yang boleh membuatkan kita menitis air mata..
buku ni bukan sahaja untuk golongan wanita tetapi amat sesuai sekali di baca oleh golongan lelaki, kerana banyak dalam novel ini mengisahkan tentang hubungan suami isteri, kepercayaan & keharmonian rumah tangga.. pendek kata nya tak rugi la kalau beli novel ni... sesuaaaaiiii..

beli la ya..

pada siapa yang nak baca sinopsis dia, kat bawah ni ada sinopsis nya. sila la baca.. kalau tak puas hati pergi beli novel ni...


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Monday, April 26, 2010

Renungan - Mengingati Jasa & Pengorbanan Ibu Bapa

Do you like this story?

salam semua, oleh kerana setiap jumaat, company aku akan share renungan jumaat, jadi aku dengan rasa ringan tangannya share kepada semua... SHARING is CARING....


Firman Allah S.W.T :


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Surah Luqman, Ayat 14

p/s : hormatilah kedua ibu bapa kita...

last week punya story

Do you like this story?

salam and hello everyone...  :)

oleh kerana macam boring jer awal pagi ini.. apa kata kita meng - update blog .. :)

apa cerita last week yer..

last week, nothing much happen..
hari isnin seperti biasa.. tak best.. masih lagi dihantui dengan hantu malas kerja... apa masalah dengan hari isnin pun aku tak tahu...
hari selasa ok la sikit... takder la mim alif lam sin sangat kan...

hari rabu dan khamis pulak kena pergi training.. kena pulak training ni wajib attend.. TEAMING WITH PASSION..
teambuilding lagi... tak habis-habis kena pergi team building.. ni kes nak membina jatidiri la ni..
member-member yang dah pergi sebelum ni, ada la remind.. "ha nanti kena jerit-jerit"
bila member cakap macam tu bolehlah bayangkan ni mesti kena buat war cry, kena laung-laung semangat gitu..
so hari rabu yang mulia tu pergi la Telekom Training College dengan semangat yang berkobar-kobar..
seperti biasa, sebelum masuk dewan kena register dulu, carik nama duduk dalam group mana..
oleh kerana member aku miss ziyan walk-in utk training (tetamu yang tak diundang) jadi dia register la satu group dengan aku.. group YELLOW.. group Yellow punya port dekat hujung sekali dekat dengan peti air cond yang besar gedabak.. punya la sejuk nya duduk kat situ...

course ni actually designed & customised by DR LAWRENCE WALTER NG.. Dr Lawrence ni memang terror la bab-bab nak energising people @ developing talent orang ni..
tapi course yang kita orang attend ni conducted by Certified Trainers dari TM la.. jadi Dr Lawrence ni kira dah turunkan ilmu dia dekat trainer-trainer TM ni..
ok.. aktiviti kami pada hari tu adalah mengumpul seberapa banyak duit (ribu-ribu, juta-juta punya bisnes) bagi membolehkan kami graduate course tersebut.. target untuk graduate adalah 20 juta...
jadi untuk membolehkan kami graduate, kami hendaklah menjerit dengan penuh semangat, ikut pitch, ritma & lenggok-lenggok laungan yang betul.. semuanya kena buat as a team.. kalau nak duit lebih, kena lebih peka support team yang lain sambil jerit I SUPPORT YOU.. dapatlah dalam 100K.. kalau nak duit lebih lagi, team member kena contribute jadi volunteer bila kena jawab soalan.. boleh la dapat 100K lagi.. macam tu la caranya nak mendapat duit.. kena usaha...
apa yang kami jerit adalah kata-kata semangat untuk membentuk diri sendiri menjadi lebih PASSION. ha.. keyword yang penting tersebut adalah PASSION, CHALLENGE, TEAM WORK.. I SUPPORT YOU dan banyak lagi la...
yang paling aku suka.. NO FAILURE, WRONG RESULT CHANGE STRATEGY.. CANCEL-CANCEL GO AWAY.. YOU ARE YOUR ENERGY

banyak lagi la kata-kata semangat yang lain..
kalau aku letak semua kat sini, silap hari bulan aku boleh jadi pengulas Dr Lawrence pulak..
jadi ini adalah kata-kata semangat yang kami perlu ingat atau tanamkan dalam diri masing-masing..

di jadikan cerita.. hari khamis tu ada task office yang perlu di complete kan, oleh kerana baton lambat sampai kat tangan aku.. jadi aku terpaksa memulakan perlumbaan dengan lambat. nasib baik la ada munzir yang save my day... thank you berbanyak la munzir... walaupun cuti dah kena balik kampung kan, sanggup turun padang complete kan apa yang aku dah start... terima kasih ya munzir... I SUPPORT YOU... YOU SUPPORT I..
jadi course yang dua hari tu benar-benar dipraktik la...
anyway.. ia memang course yang ok.. sangat ok.. walaupun batuk-batuk sampai hilang suara terpaksa jerit.. tapi at least for two days you can release stress at work.. boleh jumpa staff-staff TM dari pelbagai department..

ha lupa nak cerita.. at first.. our YELLOW team is among the TERCOROT team... kira macam learning team la.. itu bahasa dalam course tu.. tapi finally we manage to be no 4th among 9 team.. we collect around 96 billion... 1st team yang menang pun at first diorang adalah team tercorot, lepas tu diorang dapat collect more than 100 billiion.. so our batch dah break AGM'S record.... itu kata our Master Trainer...
(actually nak upload photo TEAMING WITH PASSION tu, tapi hari ni tak bawak pulak usb nyer..)

well itu cerita hari rabu & khamis...
hari jumaat pulak... kena kerja seperti biasa.. then petang dia plak ada appointment dengan doktor..
so bila dah sampai klinik tu tengok doktor yang bertugas doktor lain plak.. ni yang tak syok ni...
bila dah sampai giliran ni, doktor ni dengan nada yang tak berapa best nak di dengar tanya aku what happen ni...
ayoyo doktor ni.. terus naik meter cuak aku... sedangkan nurse pun boleh baca apa yang ditulis kat kad aku ni.. takkan dia tak boleh baca ... kalau yer pun dia saja nak tanya aku tak boleh ke tanya dengan nada yang sesuai sebagai seorang doktor dengan pesakit.. kalau aku nak ceritakan babak seterusnya lagi kisah aku dengan doktor ni, mau panjang ulasan aku ni.. agak-agaknya doktor tu marah aku kot sebab kacau masa dia nak ber YM.. hehehe.. time aku masuk doktor tu baru on laptop dengan window ym terbukak.. mesti dia baru nak sign in tu... tak per la doktor...
walau apa pun .. pesanan aku kepada doktor-doktor yang lain.. janganlah garang sangat dengan patient kita.. beri peluang kepada patient kita untuk tanya soalan dan jawab soalan patient kita dengan berhemah walaupun soalan yang ditanya tu ibarat kacang la kalau doktor tu nak jawab... (lepas ni aku dah set tak nak pegi klinik tu time doktor ni duty...)

well apa-apa pun tu cerita minggu lepas..

minggu ni plak ... more story to come...

cheerio... :)

Monday, April 19, 2010

malasnya...

Do you like this story?

lama dah tak update blog.. lately ni penyakit malas memang menguasai diri betul..
semuanya malas... malas nak pegi kerja.. malas nak berfikir tentang kerja... smua malas la... especially bab nak bekerja di ofis... rasa macam nak duduk rilek jer kat rumah.. :)
last week pun i spend the whole week bersenang lenang di rumah... hari rabu jer pegi keja.. selebihnya.. mc..
batuk, selsema, keletihan yang melampau.. semuanya datang dalam 1 pakej yang lengkap... nasib baik minggu ni much better dari last week... takder la macam ayam berak kapur jer.. :p
errr... apa nak tulis tadi erk... ha.. sekarang ni pun macam malas nak update blog.. kadang-kadang ada story yang nak dikongsikan.. kadang-kadang rasa macam story tak sesuai pulak..
entahlah... tak tau nak cakap apa... nak bercakap pun rasa macam malas...
kadang-kadang rasa macam nak marah jer sapa-sapa yang patut di marah tapi bawak banyak bersabar... sabar sabar... tak baik marah-marah...
itu la kan... manusia banyak kelemahan... err.. apa aku merapu ni...
tapi betul la.. manusia memang banyak kelemahan.. tapi sesetengah manusia tidak dapat menerima kelemahan orang lain... aku merapu lagi..
saja jer.. nak update blog.. lama tak update ni.. alkisahnya merapu jer lah..
nanti la .. next week baru ada story.. next 2 weeks pun baru ada story lagi.. time tu baru share.. sekarang ni tak tahu nak share apa walaupun rasa macam ada benda nak share...

at last nya baca ayat merapu jer.. mintak maaf la yer...
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.