layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Wednesday, March 4, 2015

Resepi Ketam Telur Masin

Do you like this story?

hi uollss.. hari ni kita nak share resepi Ketam Masak Telur Masin atau nama omputihnya SALTED EGG CRAB. selalunya saya kalau nak makan memang pegi makan kat kedai je kan. Tapi kali ni try buat sendiri. Senang jer pun. Sebelum ni juga saya ada share resepi Butter Prawn yang lebih kurang cara masakan dia dengan Salted Egg Crab ni.

Bahan-bahan
3 ekor ketam - bersihkan dan potong 2
3 ulas bawang putih - dipotong halus
2 biji cili merah - dipotong halus
2 sudu butter
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan air sedikit
susu cair
sedikit gula
3 biji telur masin - rebuskan seperti biasa.
daun kari


Cara-cara membuat

1.Rebuskan terlebih dahulu 3 biji telur masin seperti biasa. Dah masak, keluarkan kuning telur dan hancurkan. Ambil 1 atau 2 bahagian putih telur sahaja dan hancurkan jugak.
2.Mula-mula, panaskan butter dan tumis bawang putih dan cili merah yang dipotong halus tadi. Selepas itu masukkan beberapa helai daun kari. Gaul hingga sebati.
3.Dah naik bau, boleh masukkan susu cair sedikit demi sedikit. Anggarkan mengikut banyak ketam dan konsistensi yang anda inginkan.
4. Selepas itu masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing. Ada orang tak suka manis langsung, ada orang suka manis sikit. so pandai-pandai la adjust yer.
5. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan gaul hingga sebati.
6. Selepas itu masukkan ketam dan gaul hingga sebati. Selepas itu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah ketam tadi. Gaul hingga sebati.
7. Tadaaa.. itu sahaja. Senang kan. Ketam dah masak bolehla makan panas-panas.. :) :)

* Tips - anda boleh adjust kepedasan dengan kurangkan cili atau kepekatan dengan tambah susu cair secukupnya.

Thursday, January 22, 2015

Kek Batik Crunchy kegemaran anak-anak

Do you like this story?

Saya memang suka resepi yang simple-simple,yang tak pening kepala nak buat. Yang saya nak share ni resepi Kek Batik Crunchy. Anak-anak pun suka makan. Cara lebih kurang buat kek batik biasa, tapi yang ni kalau makan dia rangup.

Bahan-bahan dia senang jer.
1. 1 paket milo bungkus yang paling kecik. dalam 250 gm
2. Butter - setengah buku
3. 1 tin Susu Manis - guna dalam 1/2 - 3/4 tin sahaja.
4. Biskut Marie.
optional - serbuk koko, kacang tanah, coklat rice (untuk hiasan)



Cara-cara
1. Butter potong kecik-kecik dan panaskan atas kuali. Cadangan, gunakan kuali besar sedikit.
2. Agak-agak butter dah cairkan masukkan susu dalam 3/4 tin. Kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan.
3. Selepas tu masukkan sepaket milo. Kalau nak tambah koko pun boleh.
4. Gaul rata sehingga adunan sebati.
5. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan. Gaul sehingga sebati. Kalau nak tambah kekacang pun boleh.
6. Setelah adunan sebati, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan dengan sekata
7. Akhir sekali, masukkan ke dalam freezer dan sejukkan. Dalam 10-15 minit dah boleh makan. Boleh hiaskan dengan coklat rice kalau suka.

* Bila nak makan, biarkan sekejap pada suhu bilik. Waktu potong tu mungkin agak keras sikit tapi bila dah makan ok jer..


Monday, January 12, 2015

Resepi Mudah Roti Telur dan Cheese

Do you like this story?

Ini adalah Fun way to make roti telur.. Favourite marissa & hadeef. Versi cheddar cheese. Blh add on anything u like. 

* BAHAN-BAHAN
ROTI GARDENIA
TELUR
CHEDDAR CHEESE - block atau slice mana-mana pun boleh.
BUTTER - sikit je
LADA SULAH
BOLEH TAMBAH CHICKEN SLICE, BEEF SALAMI - ikut citarasa anda



 CARA-CARANYA
1. Potong bahagian tengah roti dan ketepikan. Letak atas pan.
2.masukkan sedikit butter di bahagian tengah roti.
3. Masukkan telur.
4. Parutkan cheddar cheese atau letak sekeping cheese slice ke atas telur. Boleh perasakan dengan lada sulah or lada hitam.Kalau nak tambah chicken slice atau beef salami pun boleh.
5. Letakkan semula bahagian roti yang telah dipotong & terbalikkan sehingga roti keperangan. Jangan hangus sudaaa..
6. Potong dan boleh lah ngap..

mudah bukan.. jangan lupa cuba ya.

Sunday, January 11, 2015

Resepi mudah Bread Stix & Chocolate Dip

Do you like this story?

Resepi kudap-kudap dikala bosan.. Bread stix & choc dip.. Wah tajuk resepi dh mcm masterchef. Jejari roti cicah coklat nama melayunya. Ni sesuai jugak dibuat kalau roti dah dekat nak expired tapi tak tau nak buat apa, boleh try resepi untuk perabih stok roti kat rumah. Cicah dia selain coklat boleh guna cicah lain ikut citarasa anda.
 
2 bahan ja. Roti gardenia n coklat masakan. Yang dalam gambar ni memang choc utk fountain. Memang sodap. Makan mcm tu pun sedap. 



Caranya :
1. Potong roti panjang2 mcm dalam gambar. Letak atas tray oven n bakar sekejap jer sehingga rangup. Kalau takder oven blh buat atas frying pan tanpa minyak.
2. Coklat boleh cairkan. Kalau guna microwave set kepada setting defrost. Kalau takder microwave guna cara double boil.
3. Tadaaaa... 5 minit dah siap bolehlah dimakan dikala petang hari bersama teh strawberi.
 

Kalau ada mesin fountain blh buat breadstix fountain gitu..
 

Tips: roti kalau bakar rangup2 masih boleh disimpan untuk makan kemudian. Simpan dalam bekas kedap udara.
 
#resepimudah #simplerecipe #chocolatefountain #foodjournal #fooddiary #dapurkamek

Wednesday, October 29, 2014

Buat sendiri Kusyen Pin (Pin Cushion) anda

Do you like this story?

Ada banyak sangat pin peniti tapi selalu takder tempat nak letak? apa kata buat sendiri pin cushion anda daripada bahan-bahan yang anda boleh dapatkan di rumah anda sendiri. caranya senang jer. tak sampai 15 minit dah boleh siapkan.

apa yang anda perlukan untuk buat Pin Cushion anda adalah :

ini contoh bahan-bahan yang ada dirumah saya. anda boleh tukar ikut kesesuaian anda.

1. fabrik - any fabric boleh. cotton blh. nak guna felt pun blh. anda boleh juga gunakan pakaian terpakai seperti jeans lama anda.
2. gunting
3. glue gun atau gam
4. benang dan jarum
5. kain net atau kapas kekabu. Yang ni saya gunakan daripada pembalut hamper yang ada di rumah. anda juga boleh gunakan kapas daripada patung atau bantal yang dah tak digunakan lagi.
6. batu untuk digunakan sebagai pemberat. anda boleh guna apa saja seperti guli, manik dan sebagainya. kalau tak nak letak pun boleh juga.
7. bekas. anda boleh guna pasu kecil atau apa-apa bekas yang anda rasa menarik.

cara-caranya.


1. masukkan batu ke dalam bekas sebagai pemberat.
2. bentukkan net menjadi bentuk bulat dan bungkus dengan
3. cantumkan keempat-empat penjuru kain tersebut.
4. jahit penjuru kain yang dicantumkan itu. ia akan berbentuk seperti bantal.
5. letakkan gam di sekeliling bekas.
6. masukkan kain ke dalam bekas dan bentukkan supaya menjadi seperti ais krim di atas kon.
7. anda boleh tambah aksesori seperti butang di atas pin cushion anda.
8. siap dan boleh digunakan.

Tuesday, October 21, 2014

Resepi Kek Lapis Sarawak American Night

Do you like this story?

ha.. nak share resepi kek lapis sarawak yang senang nak buat..

sebelum tu mesti nak tengok dulu kan macam mana rupa dia kan.... rasa dia memang creamy & marvelous. kalau tak percaya kena cuba resepi ni.  nama dia memang glamer sikit.. American Night gitu..

Kek American Night

Bahan-Bahannya adalah seperti berikut.



16 oz mentega
10 biji telur
1 tin cream nestle
1 gelas gula halus
1 sudu vanilla
2 botol browning sugar
1 botol kecil horlick / 1 plastik kecil horlick
1 tin kecil seri kaya
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 tin susu pekat

Cara - cara membuatnya senang jer.. semua main gaul jer..

Mentega dan gula dipukul sehingga kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan bahan-bahan yang lain satu persatu dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung
kukus 2 jam.

** nota kaki..
utk browning sugar, saya tak pasti ada tak dijual di semenanjung, sebab dah try carik banyak kedai memang susah nak jumpa. mungkin dekat kedai2 kek ada jual. Browning sugar ni memang saya import khas dari sarawak. kalau nak try buat sendiri boleh ikut cara seperti di link ini browning sugar homemade. kalau ada kawan-kawan yang duduk sarawak boleh kirim beli, harga dia tak mahal tak sampai rm 10 pun.

  selamat mencuba..

Friday, May 30, 2014

Buat sendiri PHOTOBOOK anda dengan Mudah dan Murah

Do you like this story?

untuk yat husna.. hehhehee

haaa.. ni nak share macam mana nak buat photobook sendiri tanpa perlu upah professional. lagipun bila buat photobook ni at least gambar kita tersimpan dengan rapi dan cantik.

yang ni jenis Single Window Die Cut Hardcover Photobook

banyak jimat wooo kalau buat sendiri.
caranya senang jer..

1st step :

a . Dapatkan dulu voucher / kupon photobook yang murah. Anda boleh lihat dekat GROUPON atau boleh pergi sendiri ke website Photobook tersebut.
Banyak company yang buat photobook seperti photobook malaysia, pixajoy, photobookmart, fotozzoom. Tapi saya prefer khidmat daripada company Pixajoy sebab customer service diorang memang tip top dan diorang pun selalu buat offer diskaun untuk pelbagai jenis photobook.

Untuk dapatkan kupon Groupon anda boleh pegi ke link http://www.groupon.my/ . kalau nak senang, signup for free, lepas tu kalau ada diskaun yang best-best dia akan emelkan kepada kita.

macam contoh deal yang latest untuk buat photobook ni, anda hanya perlu klik BUY NOW. lepas tu ikut step-step yang diarahkan. Dalam kupon ini akan dinyatakan bila kupon anda akan expired. selalunya dalam tempoh 6 bulan. so boleh buat photobook anda dalam tempoh tu.


b. selain itu anda juga boleh pegi website photo editor itu, macam contoh website Pixajoy ni http://www.pixajoy.com.my/home . Kat sini pun banyak promo photobook yang best-best. anda boleh beli mana-mana voucher photobook yang menarik minat anda.


2nd step :

a. lepas dah beli kupon, anda perlu download software photobook editor ikut voucher yang anda dah beli. kalau anda beli yang daripada Pixajoy punya, so pergi ke website dia dan klik DOWNLOAD. Anda boleh download Pixajoy Editor. Ikut steps download mengikut spesifikasi laptop atau PC anda. Selain itu anda boleh juga download Pre-Design Themed Templates yang ada. Template ni anda boleh guna untuk buat photobook anda. Anda hanya perlu masukkan gambar yang anda suka dan Photobook anda boleh dihantar untuk printing.


3rd step :

a. lepas dah download software,anda boleh buat photobook kegemaran anda. pastikan anda pilih produk mengikut voucher yang anda dah beli. katakan kupon anda adalah seperti berikut :

Cool Image Wrap hardcover photobook
  • Dimensions:
    - portrait: 11" x 8"
    - portrait / landscape: 6" x 8"
    - square: 8" x 8"
  • Cover: fully printed hardcover with gloss / matte lamination 
  • Pages: 40
  • Paper: 150gsm Art Paper
So pilih  Project mengikut spesifikasi kupon anda. Once dah pilih, klik OPEN.


Lepas tu, anda akan nampak photobook editor. kalau anda guna pre design template, anda dah tak perlu nak design bagai. anda hanya perlu masukkan gambar yang anda suka dan tambah apa yang perlu sahaja.
mula-mula sekali, jangan lupa untuk add photo. klik butang + dan masukkan gambar kegemaran anda.


lepas dah masukkan gambar, anda hanya perlu drag & dop gambar ke dalam tempat yang dah disediakan. Anda juga boleh design mengikut citarasa sendiri. tak susah pun nak buat. anda boleh ubah background, tambah frame, guna function Mask & Scrapbook, nak ubah pagestyle pun boleh. semua anda boleh ubah mengikut kreativiti anda. semuanya drag dan drop sahaja.


last step :
once dah siap semua, anda pun dah puas hati dengan design photobook anda, so anda boleh hantar dengan klik butang order yang macam bentuk troli supermarket tu.


Ikut jer arahan di skrin anda. once dah habis semua, tunggu beberapa hari Photobook anda akan sampai di depan pintu rumah anda.

yang ni pulak jenis Twin Window Die Cut

** tips : saya suka pilih photobook jenis yang hardcover seperti window cut, ruff n tuffed debosed. kalau yang jenis soft cover pulak, kulit dia agak lembut dan selalunya saya guna untuk buat gambar yang daripada handphone atau ipad.

yang ni jenis Image Wrap. hardcover jugak.

untuk permulaan, anda boleh cuba yang mini photobook atau softcover. sekarang ni banyak promosi photobook yang best-best, murah even percuma pun ada cuma perlu bayar kos postage sahaja.

nanti saya akan share tips & trick untuk buat photobook ini.. nantikan next entry saya...

selamat mencuba... :)



Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.