layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Friday, April 13, 2012

Makanan Bayi Seawal Hari Pertama

Do you like this story?

Makanan bayi seawal hari pertama sehinggalah seterusnya....

Sedar atau tidak sebenarnya bayi sudah mendapat makanan pertamanya sebaik sahaja lahir ke dunia. Makanan pertama bayi adalah kolustrum.

Pernah dengar tentang kolustrum?
Kolustrum adalah susu awalan ibu yang dihasilkan sebaik sahaja ibu melahirkan anak. Kolustrum lebih rendah lemak dan kaya dengan protein berbanding susu biasa dan biasanya berwarna kuning keemasan.
Kolustrum merupakan agen imunisasi bayi yang pertama yang berupaya untuk menentang kuman, bakteria, fungus, jangkitan dan penyakit. Kolustrum kaya dengan faktor pertumbuhan yang membantu membaiki, membina, memperbaharui sel, tulang, otot dan tisu. Ia juga dapat menyeimbangkan paras glukos dan sel otak untuk menggalakkan mood yang baik dan otak atau minda yang lebih fokus.
Sebab itulah ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sebaik sahaja selepas melahirkan bagi mendapat khasiat yang tidak ternilai ini.
Setelah itu penyusuan susu ibu haruslah diteruskan sekurang-kurangnya 6 bulan yang pertama dan berterusan sehinggalah 2 tahun.

Selepas 6 bulan bayi anda akan mula makan makanan pejal yang pertama. Sebagai ibu bapa apa yang perlu kita lengkapkan di dalam makanan pejal mereka?


Apa yang setiap kanak-kanak perlukan adalah :
  • Protein Penting - pembentukan sel, tisu, kulit, kuku, rambut
  • Antibodi - melawan penyakit
  • Antioksidan - melindungi sel daripada radikal bebas
  • Immunoglobulin - (salah satu antibodi)
  • Faktor Pertumbuhan - (Growth Factor)
  • Vitamin & Mineral Penting : Vitamin A, B, C, D,E, Zat Besi, Zink dan lain-lain
  • Enzim & Asi Amino - tumbesaran & perlindungan
  • DHA (Docosahexaenoic Asid) - sejenis asid lemak omega-3 yang selalunya diperolehi daripada sumber ikan laut dalam & minyak tumbuhan. Omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh badan, jadi ia perlu diambil melalui diet harian atau makanan tambahan. Bayi di dalam kandungan & bayi yang menyusu ibunya mendapat khasiat DHA melalui pemakanan si ibu. Jadi amat penting, sewaktu kehamilan sekitar 24 minggu si-ibu perlu mengambil suplemen yang mengandungi DHA bagi menyokong perkembangan otak bayi. Ibu yang menyusu juga perlu titik beratkan suplemen yang mengandungi DHA bagi menyokong perkembangan bayi secara berterusan. Sewaktu kehamilan saya yang pertama, saya amalkan suplemen Neurogain seawal kandungan saya 5 bulan. Selepas bersalin dan mula mengenali Shaklee saya bertukar kepada Omega Guard sebagai suplemen minyak Omega saya. Kini saya teruskan pula Omega Guard untuk kandungan saya yang kedua.

Kenapa DHA Penting? Kenapa iklan susu di televisyen selalu tekankan bahawa formula susu mereka mengandungi DHA?
DHA penting untuk perkembangan otak, mata, sistem saraf untuk bayi dan kanak-kanak. Kajian mendapati, kanak-kanak yang mempunyai paras DHA yang tinggi mempunyai memori & fokus yang lebih baik.
Sebenarnya tidak susah untuk memastikan kanak-kanak mendapat DHA yang mencukupi. Untuk ibu-ibu yang menyusu anak mereka, mereka boleh mengambil suplemen yang mengandungi DHA dan secara tidak langsung bayi itu akan mendapat khasiatnya. Bagi kanak-kanak yang sudah dewasa atau yang sudah tidak menyusu ibunya lagi, anda boleh berikan suplemen DHA seminggu sekali kepada mereka. Seperti Marissa, setelah dia berusia 1 tahun dan sudah boleh makan dengan sendiri, saya campurkan Omega Guard ke dalam makanan Marissa seminggu 1-2 kali sebagai bekalan DHA kepadanya.

untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah DHA kepada bayi & kanak-kanak, anda boleh baca lebih lanjut di link ini http://www.healthcastle.com/children_dha_benefits.shtml


semoga beroleh manfaat daripada sharing ini.. Ikuti tips menarik untuk menarik minat anak anda menyukai makanan berkhasiat dalam post saya yang seterusnya..

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.