layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Saturday, May 5, 2012

jom makan - Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Do you like this story?

haa.. ni nak cerita pasal makan plak..

kepada korang yang suka makan seafood.. layan angin laut.. lepak-lepak tepi pantai, apa kata korang terjah tempat makan ni Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor.

Actually kalau ikutkan, restoran ni takder la sampai kena masuk kuala selangor betul-betul, bak kata orang sempadan jer gitu. Kalau dari Klang memang dah dekat sangat dah restoran ni. Cuma kalau pergi waktu malam tu, kena tengok signboard dia betul-betul sebab takut terlepas simpang. Kalau dari arah Klang simpang dia sebelah kiri selepas Petronas. Kalau dari arah Kuala Selangor simpang dia sebelah kanan, ada signboard Pantai Jeram. Lepas masuk simpang tu, jalan terus ikut jer signboard Aroma Ikan Bakar, simpang masuk dia sebelah kanan. Jalan dia agak sempit tapi jangan risau takut tersalah jalan ke apa.. nanti memang akan nampak restoran Aroma Ikan Bakar tu tersergam indah.. hehehhehe.
Sekarang ni dia dah buat extension yang agak besar jugak.. kalau pergi time malam memang meriah dengan lampu-lampu gitu.. Pergi time weekend selalunya full house tetapi jangan risau, ada jer tempat kosong sebab restoran dia agak besar.

seperti biasa, kat sini pelanggan boleh pilih ikan, udang, ketam, sotong, pepahat, kerang, kepah & spesies hidupan lain yang boleh di makan. ikan pun banyak jenis. harga macam biasa ikut timbang. harga pun agak berpatutan, tak mahal tak murah.

sekarang ni, dia dah besarkan tempat makan dia, dulu kitorang pergi takder benda alah ni.. sekarang ni dia dah buat cantik, ada tempat duduk ala pondok, menghadap laut, ada hall macam dalam gambar ni.. so ok la..

makanan dah sampai.. masa untuk makan.. menu best kat sini.. selalunya dia akan rekomen, kalau ketam tu masak cili dan pelbagai jenis masakan yang lain.. boleh try yang anda suka..

selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.