layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Wednesday, October 29, 2014

Buat sendiri Kusyen Pin (Pin Cushion) anda

Do you like this story?

Ada banyak sangat pin peniti tapi selalu takder tempat nak letak? apa kata buat sendiri pin cushion anda daripada bahan-bahan yang anda boleh dapatkan di rumah anda sendiri. caranya senang jer. tak sampai 15 minit dah boleh siapkan.

apa yang anda perlukan untuk buat Pin Cushion anda adalah :

ini contoh bahan-bahan yang ada dirumah saya. anda boleh tukar ikut kesesuaian anda.

1. fabrik - any fabric boleh. cotton blh. nak guna felt pun blh. anda boleh juga gunakan pakaian terpakai seperti jeans lama anda.
2. gunting
3. glue gun atau gam
4. benang dan jarum
5. kain net atau kapas kekabu. Yang ni saya gunakan daripada pembalut hamper yang ada di rumah. anda juga boleh gunakan kapas daripada patung atau bantal yang dah tak digunakan lagi.
6. batu untuk digunakan sebagai pemberat. anda boleh guna apa saja seperti guli, manik dan sebagainya. kalau tak nak letak pun boleh juga.
7. bekas. anda boleh guna pasu kecil atau apa-apa bekas yang anda rasa menarik.

cara-caranya.


1. masukkan batu ke dalam bekas sebagai pemberat.
2. bentukkan net menjadi bentuk bulat dan bungkus dengan
3. cantumkan keempat-empat penjuru kain tersebut.
4. jahit penjuru kain yang dicantumkan itu. ia akan berbentuk seperti bantal.
5. letakkan gam di sekeliling bekas.
6. masukkan kain ke dalam bekas dan bentukkan supaya menjadi seperti ais krim di atas kon.
7. anda boleh tambah aksesori seperti butang di atas pin cushion anda.
8. siap dan boleh digunakan.

Tuesday, October 21, 2014

Resepi Kek Lapis Sarawak American Night

Do you like this story?

ha.. nak share resepi kek lapis sarawak yang senang nak buat..

sebelum tu mesti nak tengok dulu kan macam mana rupa dia kan.... rasa dia memang creamy & marvelous. kalau tak percaya kena cuba resepi ni.  nama dia memang glamer sikit.. American Night gitu..

Kek American Night

Bahan-Bahannya adalah seperti berikut.



16 oz mentega
10 biji telur
1 tin cream nestle
1 gelas gula halus
1 sudu vanilla
2 botol browning sugar
1 botol kecil horlick / 1 plastik kecil horlick
1 tin kecil seri kaya
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 tin susu pekat

Cara - cara membuatnya senang jer.. semua main gaul jer..

Mentega dan gula dipukul sehingga kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan bahan-bahan yang lain satu persatu dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung
kukus 2 jam.

** nota kaki..
utk browning sugar, saya tak pasti ada tak dijual di semenanjung, sebab dah try carik banyak kedai memang susah nak jumpa. mungkin dekat kedai2 kek ada jual. Browning sugar ni memang saya import khas dari sarawak. kalau nak try buat sendiri boleh ikut cara seperti di link ini browning sugar homemade. kalau ada kawan-kawan yang duduk sarawak boleh kirim beli, harga dia tak mahal tak sampai rm 10 pun.

  selamat mencuba..

Friday, May 30, 2014

Buat sendiri PHOTOBOOK anda dengan Mudah dan Murah

Do you like this story?

untuk yat husna.. hehhehee

haaa.. ni nak share macam mana nak buat photobook sendiri tanpa perlu upah professional. lagipun bila buat photobook ni at least gambar kita tersimpan dengan rapi dan cantik.

yang ni jenis Single Window Die Cut Hardcover Photobook

banyak jimat wooo kalau buat sendiri.
caranya senang jer..

1st step :

a . Dapatkan dulu voucher / kupon photobook yang murah. Anda boleh lihat dekat GROUPON atau boleh pergi sendiri ke website Photobook tersebut.
Banyak company yang buat photobook seperti photobook malaysia, pixajoy, photobookmart, fotozzoom. Tapi saya prefer khidmat daripada company Pixajoy sebab customer service diorang memang tip top dan diorang pun selalu buat offer diskaun untuk pelbagai jenis photobook.

Untuk dapatkan kupon Groupon anda boleh pegi ke link http://www.groupon.my/ . kalau nak senang, signup for free, lepas tu kalau ada diskaun yang best-best dia akan emelkan kepada kita.

macam contoh deal yang latest untuk buat photobook ni, anda hanya perlu klik BUY NOW. lepas tu ikut step-step yang diarahkan. Dalam kupon ini akan dinyatakan bila kupon anda akan expired. selalunya dalam tempoh 6 bulan. so boleh buat photobook anda dalam tempoh tu.


b. selain itu anda juga boleh pegi website photo editor itu, macam contoh website Pixajoy ni http://www.pixajoy.com.my/home . Kat sini pun banyak promo photobook yang best-best. anda boleh beli mana-mana voucher photobook yang menarik minat anda.


2nd step :

a. lepas dah beli kupon, anda perlu download software photobook editor ikut voucher yang anda dah beli. kalau anda beli yang daripada Pixajoy punya, so pergi ke website dia dan klik DOWNLOAD. Anda boleh download Pixajoy Editor. Ikut steps download mengikut spesifikasi laptop atau PC anda. Selain itu anda boleh juga download Pre-Design Themed Templates yang ada. Template ni anda boleh guna untuk buat photobook anda. Anda hanya perlu masukkan gambar yang anda suka dan Photobook anda boleh dihantar untuk printing.


3rd step :

a. lepas dah download software,anda boleh buat photobook kegemaran anda. pastikan anda pilih produk mengikut voucher yang anda dah beli. katakan kupon anda adalah seperti berikut :

Cool Image Wrap hardcover photobook
  • Dimensions:
    - portrait: 11" x 8"
    - portrait / landscape: 6" x 8"
    - square: 8" x 8"
  • Cover: fully printed hardcover with gloss / matte lamination 
  • Pages: 40
  • Paper: 150gsm Art Paper
So pilih  Project mengikut spesifikasi kupon anda. Once dah pilih, klik OPEN.


Lepas tu, anda akan nampak photobook editor. kalau anda guna pre design template, anda dah tak perlu nak design bagai. anda hanya perlu masukkan gambar yang anda suka dan tambah apa yang perlu sahaja.
mula-mula sekali, jangan lupa untuk add photo. klik butang + dan masukkan gambar kegemaran anda.


lepas dah masukkan gambar, anda hanya perlu drag & dop gambar ke dalam tempat yang dah disediakan. Anda juga boleh design mengikut citarasa sendiri. tak susah pun nak buat. anda boleh ubah background, tambah frame, guna function Mask & Scrapbook, nak ubah pagestyle pun boleh. semua anda boleh ubah mengikut kreativiti anda. semuanya drag dan drop sahaja.


last step :
once dah siap semua, anda pun dah puas hati dengan design photobook anda, so anda boleh hantar dengan klik butang order yang macam bentuk troli supermarket tu.


Ikut jer arahan di skrin anda. once dah habis semua, tunggu beberapa hari Photobook anda akan sampai di depan pintu rumah anda.

yang ni pulak jenis Twin Window Die Cut

** tips : saya suka pilih photobook jenis yang hardcover seperti window cut, ruff n tuffed debosed. kalau yang jenis soft cover pulak, kulit dia agak lembut dan selalunya saya guna untuk buat gambar yang daripada handphone atau ipad.

yang ni jenis Image Wrap. hardcover jugak.

untuk permulaan, anda boleh cuba yang mini photobook atau softcover. sekarang ni banyak promosi photobook yang best-best, murah even percuma pun ada cuma perlu bayar kos postage sahaja.

nanti saya akan share tips & trick untuk buat photobook ini.. nantikan next entry saya...

selamat mencuba... :)



Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.