layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Friday, June 11, 2010

cuti-cuti jakarta, bandung... day 1 part 2

Do you like this story?

weeehaaa...


update for jakarta, bandung day 1 part 2..

me and husband bersama pak supir arrive Bandung dalam pukul 12 lebih lebih.. jadi supir kitorang cadangkan ke Factory Outlet atau nama singkatannya FO yang berdekatan dengan hotel kami iaitu Rumah Mode.. at first kalau kita dengar factory outlet bunyi macam kilang jer kan.. tapi di Bandung ada lebih 30 FO yang menjual barang original (sisa export) atau imitate.. kalau nak tahu lebih lanjut tentang FO ni google jer Factory Outlet bandung.
suasana Rumah Mode ni pun best.. macam dalam taman jer.. kita pun rasa seronok membeli belah dan hang out kat sini..



barang-barang yang dijual pun not bad.. semua best-best. kebanyakkanya adalah pakaian.. handbag pun ada tapi tak banyak..

lepas membeli belah di Rumah Mode, kami berdua suami isteri + supir lunch di restoran makanan sunda iaitu Sari Pawon, dekat jer dengan Rumah Mode. kitorang memang akan ajak supir kami sekali untuk makan.. tak pernah kami tinggalkan dia untuk makan kecuali kalau kami ditinggalkan untuk membeli belah di sesuatu tempat..

suasana makan di Sari Pawon pun best.. ala-ala taman gitu, ada pondok-pondok kecil untuk makan.. jadi boleh pilih untuk makan di bahagian meja ataupun duduk bersila di pondok-pondok..

restoran Sari Pawon



lauk makan tenghari kami adalah ikan gurame bakar, sotong (tak ingat la masak apa, tapi sedap), sup ayam, sayur kangkung & ulam-ulaman. saja nak test macamana rasa masakan sunda kan.. sebab tak pernah makan lagi.. so far not bad.. sedap jugak.. sup ayam pun sedap.. selalunya kalau makan kat mana-mana jarang aku nak order sup ayam, tapi serius aku suka sup ayam dia..



minum pulak alif minum es soda gembira.. atau pun air bandung dlm bhsa malaysia.. aku pulak minum ice lemon tea jer, takut kang minum yang bersusu aku muntah pulak..

lepas makan-makan and tangkap-tangkap gambar.. kami bergerak ke hotel untuk check in. kami check in di Cipaku Garden Hotel at Jalan Setiabudhi...



hotel dia agak ke dalam sikit. jalan nak masuk dia macam kena lalu kawasan rumah setinggan tapi bukan setinggan sangat la.. tak tahu nak describe macam mana.. lepas tu lalu rumah besar-besar yang pagar-pagar dia semua tinggi-tinggi .. lepas tu baru la sampai ke hotel.. konsep garden la katakan.. so suasana dia lebih sejuk & sunyi sikit.. agak privacy jugak... oleh kerana kitorang ada supir, so kitorang tak kisah sangat hotel kitorang agak jauh sikit dari town. (takder la jauh sangat.. cuma perlukan kenderaan kalau nak keluar).. bagi yang suka kejap-kejap nak kuar @ tak boleh tahan duduk dalam bilik boleh la pilih hotel yang berdekatan dengan FO atau shopping mall.. tapi kalau nak privacy dan tak suka sesak-sesak atau tak suka bising-bising boleh la pilih yang jauh sikit... lagipun di bandung jalannya sehala.. so isu jauh tu sebenarnya tak timbul cuma, jalannya agak jam...




lepas check in - kami ke Tangkuban Perahu iaitu kawasan gunung berapi yang sudah dikomersialkan.. kita boleh jalan ke bawah kawasan gunung tu untuk lihat kawasan gunung berapi dari dekat.. kira macam jungle trekking gitu.. boleh try masak telur kat bawah tu.. hehehe.. kitorang pegi agak lewat dalam pukul 3 macam tu and kawasan tu ditutup untuk pengunjung pada kul 5, jadi tak berpeluang nak lihat kawasan tu dengan lebih dekat.. hanya boleh tengok dari atas jer..





dekat kawasan atas pun banyak gerai menjual kraftangan.. dan banyak jugak salesman yang tak bertauliah.. jadi pandai-pandai la nak larikan diri dari mereka ni..

lepas snap gambr-gambar & pusing-pusing, kami terus ke bandar Bandung, jalan pun dah start jam sebab dah habis office hours and kebetulan pulak ada kata pak sulis ada acara di bandar.. makinlah jalan jam..

ingatkan nak pusing-pusing di bandar bandung nak masuk FO sekejap... tapi oleh kerana jalan jam sangat, we all berhenti dekat salah satu FO yang jual hand bag on the way nak balik hotel.. ingatkan nak carik handbag untuk kawan ku yang dia pesan.. tapi takder pulak yang macam dia nak.. lepas tu di seberang jalan ada FO Donattello.. house of leather and shoes.. so masukkla sekejap, kot-kot ada yang best kan.. tapi we all pulang dengan tangan kosong sebab takder yang berkenan di hati...

lepas tu kami minta dihantarkan ke hotel terus jer, sebab nak rehat awal malam tu. sebelum nak sampai hotel tu, dah plan awal-awal dengan pak sulis itenary kami untuk esok..

pukul 6 pak sulis hantar kitorang balik & kami berdua dinner di hotel saja.. esoknya mintak pak sulis ambil kami jam 9 pagi.

exclusively by ladysuerauf.blogspot.com

4 comments:

  1. wa! tok mesti celebrate anniversary kawen tok nak?? hehehe best sik bandung kak jane?? mek2 hubby pun plan g sia juak 1st anniversary tok! hahaha kebetulan indah eh.. dah tempat honeymoon ria sama... hehehe pegi k ejen ka sendiri???

    ReplyDelete
  2. sue.. kira camya la, bolehla dikatakan smbut anniversary.
    bandung ok bagi yang jenis kuat shopping.. heheheheh.. mun kitak nak g jangan g weekend sebab weekend rami orang turun ke bandung... jalan jam gila2.. jadi pesan mk bagus pegi weekdays.. at least orang indon pun sik la rami gilak shopping.. hehheehhe
    mk pegi dikpun.. sik pake ejen..
    kitak bila nak g tek?

    ReplyDelete
  3. insyaallah pegi on 3rd dec, balit 7th. brau nak ngato passport internasional.. hahaha besar dah perut kitak eh! cute...;p bila kitak due ya??? update gik tips g bandung ya.. pat k panduan jua...;)

    ReplyDelete
  4. oo.. plan bagus2 mun dah nak pegi kelak... kat sinun jam nya sampe blh nyuruh kita fed up... mk due bulan 11 kelak.. hehehehhe..
    tengah update cita bandung la tok... hehehhehe..

    ReplyDelete

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.