layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Monday, June 14, 2010

cuti-cuti jakarta, bandung... day 2 - 27th May 2010

Do you like this story?

weehaa... kita sambung journey kita di Bandung pada hari kedua...

hari kedua kami dah plan awal-awal dengan pak sulis untuk ke pasar baru, toko tiga , FO & makan di kampung daun..

so our first destination adalah Pasar Baru. Pasar Baru ni boleh dikategorikan sebagai Jalan TAR la.. sebab dekat sini ada menjual pelbagai barangan terutamanya pakaian, kain-kain, telekung dan sebagainya..

so apa lagi.. mulakan misi membeli belah... di Pasar Baru pun orangnya terlalu ramai... kalau tak silap Pasar Baru ada 7 tingkat dan setiap tingkat menjual barangan yang berlainan.. di Pasar Baru juga, ramai penjaja yang menjual minuman dan cenderahati.. macam biasa salesman tak bertauliah.. bagi yang belum dapat menjual apa-apa dari pagi mereka akan memujuk rayu kita untuk membeli sebagai pelaris.. bak kata mereka pecah telur... sampaikan ada sorang budak tu cakap kat kitorang ... ha abang dah beli air (sebab kitorang dah beli air dengan penjaja lain).. tadi cakap tak nak beli air... at last hubby aku cakap.. tadi tak haus sekarang dah haus... so kena pandai la bermain dengan kata-kata..
 cantikkan kebaya coklat kat belakang tu.. heheheh..

di Pasar Baru, sempat la membeli belah telekung, kain-kain untuk diri sendiri dan ahli keluarga, kain batik & kain sarung & busana-busana yang menarik mata memandang... harganya pula agak murah jika dibandingkan di malaysia..

Di Pasar Baru ini juga, kami sempat bertemu dengan Malaysians yang singgah membeli di kedai yang sama.. mereka datang ke Bandung bersama rombongan syarikat.. kami sempat la berkenalan & beramah mesra.. kami sempat juga sama-sama tawar menawar kain-kain di kedai tersebut..

selepas ke Pasar baru, destinasi seterusnya adalah Toko Tiga - kedai yang menjual jeans & pakaian.. sesetengah daripadanya ada yang original dan ada juga yang tak ori.. so kalau nak cari yang ori dengan harga yang berpatutan, pandai-pandai la belek ya..

lepas belek-belek jeans & pakaian di toko tiga, aktiviti seterusnya adalah tawaf FO. So FO yang pertama di kunjungi adalah Heritage.. dah habis pusing Heritage, pegi FO Cascade pulak, sebelah Heritage jer..
then di seberang jalan ada FO Summit, lepas tu berdepan Summit ada Terminal Tas dan banyak lagi.. aku dah tak boleh nak keep track, sebab terlampau banyak.. ada yang kitorang masuk jer tak beli apa-apa..

tak dapat ambik gambar bangunan.. gambar plastik pun jadi la...

last sekali FO yang kitorang pegi adalah The Secret.. suasana di The Secret pun best jugak.. macam Rumah Mode.. nampak dari luar macam bangunan segiempat jer, tapi kat dalam dier ada taman jugak.. boleh la lepak-lepak kalau penat..




selepas membeli belah di The Secret kitorang decide untuk makan di Kampung Daun.. on the way ke restoran Kampung Daun, boleh nampak permandangan bandar Bandung dari atas..

suasana makan di Kampung Daun memang superb.. yang terbaik.. sesuai untuk bersantai-santai bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Ruang makan menggunakan konsep pondok macam summer house gitu... boleh baring-baring dan makan sambil relax.. ada air terjun dan suasana dia sejuk dan nyaman.. makanannya juga sedap dan harganya amat berpatutan.. so kalau ke Bandung, jangan lupa ke Kampung Daun..




selepas makan kami decide untuk terus balik ke hotel. esoknya kami dah pakat dengan supir untuk ke Rumah Mode terlebih dahulu sebelum bergerak ke Jakarta.

so journey untuk day 2 sudahpun berakhir..

exclusively brought to you by ladysuerauf.blogspot.com

3 comments:

  1. excited na jak ngar byk tempat pat di masuk k nangga barang tok eh... dah pegi FO suma.. gik la best. gine dapat supir ya??? mok book awal2 ka?

    ReplyDelete
  2. heheheh.. excited.. dah banyak yg murah.. semadi mk pregnant mun sik banyak juak baju dibeli mk.. tapi sik suma fo mk g.. ada juak yg mk skip.. supir ya mun mok lak berik kitak no nya.. aok kmk ria book awal.. senang...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.