layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Thursday, January 22, 2015

Kek Batik Crunchy kegemaran anak-anak

Do you like this story?

Saya memang suka resepi yang simple-simple,yang tak pening kepala nak buat. Yang saya nak share ni resepi Kek Batik Crunchy. Anak-anak pun suka makan. Cara lebih kurang buat kek batik biasa, tapi yang ni kalau makan dia rangup.

Bahan-bahan dia senang jer.
1. 1 paket milo bungkus yang paling kecik. dalam 250 gm
2. Butter - setengah buku
3. 1 tin Susu Manis - guna dalam 1/2 - 3/4 tin sahaja.
4. Biskut Marie.
optional - serbuk koko, kacang tanah, coklat rice (untuk hiasan)



Cara-cara
1. Butter potong kecik-kecik dan panaskan atas kuali. Cadangan, gunakan kuali besar sedikit.
2. Agak-agak butter dah cairkan masukkan susu dalam 3/4 tin. Kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan.
3. Selepas tu masukkan sepaket milo. Kalau nak tambah koko pun boleh.
4. Gaul rata sehingga adunan sebati.
5. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan. Gaul sehingga sebati. Kalau nak tambah kekacang pun boleh.
6. Setelah adunan sebati, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan dengan sekata
7. Akhir sekali, masukkan ke dalam freezer dan sejukkan. Dalam 10-15 minit dah boleh makan. Boleh hiaskan dengan coklat rice kalau suka.

* Bila nak makan, biarkan sekejap pada suhu bilik. Waktu potong tu mungkin agak keras sikit tapi bila dah makan ok jer..


1 comment:

  1. Hai assalamualaikum, minta izin guna dan share gambar ye , terima kasih!

    ReplyDelete

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.