layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Friday, May 25, 2012

Hobi - DIY fridge magnet board

Do you like this story?


salam hari jumaat..

hari ni nak update tentang hobi..
well.. hobi saya kumpul fridge magnet. oleh kerana fridge magnet sudah memenuhi ruang fridge maka saya pun fikir-fikirkan cara terbaik untuk menyimpan collectible magnet saya ni.
kalau anda pun macam saya, dah tak tahu nak letak mana fridge magnetnya.. apa kata ikut cara ini..
nampak gambar di sebelah, saya dah letakkan magnet saya di satu board yang khas. macam mana nak dapatkan board ni?
caranya senang sahaja, saya beli magnet board putih di sebelah di IKEA. anda boleh juga guna white board  atau mana-mana magnet board yang sesuai. di IKEA ada jual pelbagai color magnet board tapi saya pilih yang putih sebab nak ilusi lebih bersih, menampakkan magnet saya dan senang nak match dengan apa kaler dinding pun.
untuk mencantikkan lagi magnet board tadi, saya pergi hantar buat frame kat kedai frame berdekatan rumah saya.. cost buat frame pun takder la mahal sangat, depends dengan frame apa yang kita pilih. so saya pilih frame warna putih ada line wrna silver. so memang matching la dengan board putih.


sekarang ni dah ada dua board yang penuh.. hasil collection sikit demi sikit. kalau dah bertambah ni nak cari dinding mana pulak nak tampal magnet board saya ni.

ok itu saja.. semoga mendapat ilham daripada idea ni.
selamat mencuba.

Saturday, May 5, 2012

jom makan - Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Do you like this story?

haa.. ni nak cerita pasal makan plak..

kepada korang yang suka makan seafood.. layan angin laut.. lepak-lepak tepi pantai, apa kata korang terjah tempat makan ni Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor.

Actually kalau ikutkan, restoran ni takder la sampai kena masuk kuala selangor betul-betul, bak kata orang sempadan jer gitu. Kalau dari Klang memang dah dekat sangat dah restoran ni. Cuma kalau pergi waktu malam tu, kena tengok signboard dia betul-betul sebab takut terlepas simpang. Kalau dari arah Klang simpang dia sebelah kiri selepas Petronas. Kalau dari arah Kuala Selangor simpang dia sebelah kanan, ada signboard Pantai Jeram. Lepas masuk simpang tu, jalan terus ikut jer signboard Aroma Ikan Bakar, simpang masuk dia sebelah kanan. Jalan dia agak sempit tapi jangan risau takut tersalah jalan ke apa.. nanti memang akan nampak restoran Aroma Ikan Bakar tu tersergam indah.. hehehhehe.
Sekarang ni dia dah buat extension yang agak besar jugak.. kalau pergi time malam memang meriah dengan lampu-lampu gitu.. Pergi time weekend selalunya full house tetapi jangan risau, ada jer tempat kosong sebab restoran dia agak besar.

seperti biasa, kat sini pelanggan boleh pilih ikan, udang, ketam, sotong, pepahat, kerang, kepah & spesies hidupan lain yang boleh di makan. ikan pun banyak jenis. harga macam biasa ikut timbang. harga pun agak berpatutan, tak mahal tak murah.

sekarang ni, dia dah besarkan tempat makan dia, dulu kitorang pergi takder benda alah ni.. sekarang ni dia dah buat cantik, ada tempat duduk ala pondok, menghadap laut, ada hall macam dalam gambar ni.. so ok la..

makanan dah sampai.. masa untuk makan.. menu best kat sini.. selalunya dia akan rekomen, kalau ketam tu masak cili dan pelbagai jenis masakan yang lain.. boleh try yang anda suka..

selamat mencuba... :)

Friday, May 4, 2012

jom cuti-cuti - Gold Coast Morib Resort

Do you like this story?

ha.. saya baru berkesempatan nak update...

kepada anda yang bercadang nak bercuti - cuti hujung minggu atau saja nak bawak anak jalan-jalan atau nak bawak diri sendiri jalan - jalan pun boleh, apa kata terjah ke Gold Coast Morib Resort.

Perjalanan ke Gold Coast Morib Resort ni, kalau dari rumah saya agak dekatla, kerana ia menghala ke arah Banting. Masih lagi dalam negeri Selangor, bukannya Gold Coast Australia ok.

Apa yang ada kat Gold Coast Morib ni, ada theme park yang comel, takder la besar gedabak macam Sunway Lagoon tu yer.. Bilik dia pun agak ok siap ada jakuzi lagi. Kalau nak honeymoon berjakuzi boleh la pegi ke sini.

Kalau nak dapatkan katil ala-ala bali, kena pilih yang menghadap car park. Oleh kerana kitorang lebih kepada berlibur dan menghiburkan hati marissa maka kitorang pilih bilik twin sharing menghadap theme park. Bilik dia pun agak besar dan selesa.

Demi mengelak kebanjiran manusia, kitorang spend 2 hari 1 malam during weekdays, ambik pakej bilik lengkap dengan buffet dinner & buffet breakfast. Masa kitorang pergi tu ada a few company yang buat teambuilding kat situ, (bolehlah suggest kat bos pas ni buat team building kat sini). Kawasan persekitaran dia boleh dikatakan agak cantik jugak dan selesa. Ada private beach, ada restoran atas air dan lain-lain. Kalau nak ke Pantai Bagan Lalang pun dah dekat jugak dari Morib ni, so kalau malam-malam nak spend masa makan seafood boleh la menghala ke Pantai Bagan Lalang.

btw theme park dia rasanya tak mewajibkan swimming attire yang lengkap as long as sesuai sudah memadai.. kalau nak tahu juga, Gold Coast Morib ni adalah lokasi penggambaran Langkah Bendul DRAMA TV Astro tu, part yang Fizz Fairuz, bawak Amy Mastura pergi honeymoon tu.. dan tak jauh jugak daripada bukit JUGRA.

Tak payah cerita panjang-panjang, korang layan jer la gambar ni ok..

main entrance

marissa yang tak sabar nak bermain-main di theme park
jakuzi dan toilet ada tingkap boleh bukak dari bilik
sekitar theme park

marissa yang excited

Jangan lupa like kami FAN PAGE ALMARI VITAMIN di facebook.com/almarivitamin. ada give away untuk fans semua...

lawati blog almarivitamin kami juga..  http://almarivitamin.blogspot.com 



Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.