untuk yat husna.. hehhehee
haaa.. ni nak share macam mana nak buat photobook sendiri tanpa perlu upah professional. lagipun bila buat photobook ni at least gambar kita tersimpan dengan rapi dan cantik.
|
yang ni jenis Single Window Die Cut Hardcover Photobook |
banyak jimat wooo kalau buat sendiri.
caranya senang jer..
1st step :
a . Dapatkan dulu voucher / kupon photobook yang murah. Anda boleh lihat dekat GROUPON atau boleh pergi sendiri ke website Photobook tersebut.
Banyak company yang buat photobook seperti photobook malaysia, pixajoy, photobookmart, fotozzoom. Tapi saya prefer khidmat daripada company Pixajoy sebab customer service diorang memang tip top dan diorang pun selalu buat offer diskaun untuk pelbagai jenis photobook.
Untuk dapatkan kupon Groupon anda boleh pegi ke link
http://www.groupon.my/ . kalau nak senang, signup for free, lepas tu kalau ada diskaun yang best-best dia akan emelkan kepada kita.
macam contoh deal yang latest untuk buat photobook ni, anda hanya perlu klik
BUY NOW. lepas tu ikut step-step yang diarahkan. Dalam kupon ini akan dinyatakan bila kupon anda akan expired. selalunya dalam tempoh 6 bulan. so boleh buat photobook anda dalam tempoh tu.
b. selain itu anda juga boleh pegi website photo editor itu, macam contoh website Pixajoy ni
http://www.pixajoy.com.my/home . Kat sini pun banyak promo photobook yang best-best. anda boleh beli mana-mana voucher photobook yang menarik minat anda.
2nd step :
a. lepas dah beli kupon, anda perlu download software photobook editor ikut voucher yang anda dah beli. kalau anda beli yang daripada Pixajoy punya, so pergi ke website dia dan klik
DOWNLOAD. Anda boleh download Pixajoy Editor. Ikut steps download mengikut spesifikasi laptop atau PC anda. Selain itu anda boleh juga download Pre-Design Themed Templates yang ada. Template ni anda boleh guna untuk buat photobook anda. Anda hanya perlu masukkan gambar yang anda suka dan Photobook anda boleh dihantar untuk printing.
3rd step :
a. lepas dah download software,anda boleh buat photobook kegemaran anda. pastikan anda pilih produk mengikut voucher yang anda dah beli. katakan kupon anda adalah seperti berikut :
Cool Image Wrap hardcover photobook
- Dimensions:
- portrait: 11" x 8"
- portrait / landscape: 6" x 8"
- square: 8" x 8"
- Cover: fully printed hardcover with gloss / matte lamination
- Pages: 40
- Paper: 150gsm Art Paper
So pilih Project mengikut spesifikasi kupon anda. Once dah pilih, klik OPEN.
Lepas tu, anda akan nampak photobook editor. kalau anda guna pre design template, anda dah tak perlu nak design bagai. anda hanya perlu masukkan gambar yang anda suka dan tambah apa yang perlu sahaja.
mula-mula sekali, jangan lupa untuk add photo. klik butang + dan masukkan gambar kegemaran anda.
lepas dah masukkan gambar, anda hanya perlu drag & dop gambar ke dalam tempat yang dah disediakan. Anda juga boleh design mengikut citarasa sendiri. tak susah pun nak buat. anda boleh ubah
background, tambah
frame, guna function
Mask &
Scrapbook, nak ubah
pagestyle pun boleh. semua anda boleh ubah mengikut kreativiti anda. semuanya drag dan drop sahaja.
last step :
once dah siap semua, anda pun dah puas hati dengan design photobook anda, so anda boleh hantar dengan klik butang order yang macam bentuk troli supermarket tu.
Ikut jer arahan di skrin anda. once dah habis semua, tunggu beberapa hari Photobook anda akan sampai di depan pintu rumah anda.
|
yang ni pulak jenis Twin Window Die Cut |
** tips : saya suka pilih photobook jenis yang hardcover seperti window cut, ruff n tuffed debosed. kalau yang jenis soft cover pulak, kulit dia agak lembut dan selalunya saya guna untuk buat gambar yang daripada handphone atau ipad.
|
yang ni jenis Image Wrap. hardcover jugak. |
untuk permulaan, anda boleh cuba yang mini photobook atau softcover. sekarang ni banyak promosi photobook yang best-best, murah even percuma pun ada cuma perlu bayar kos postage sahaja.
nanti saya akan share tips & trick untuk buat photobook ini.. nantikan next entry saya...
selamat mencuba... :)