layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Tuesday, June 12, 2012

Resepi Lasagna Daging & Cendawan..

Do you like this story?

hari ni nak share resepi lasagna..
nama resepi lasagna daging & cendawan tu saya sajer bagi sebab nya ada daging dan saya suka cendawan yang banyak..

ini adalah cubaan pertama saya membuat lasagna.. heheh boleh dikatakan berjaya dan masih ada ruang utk improvement.. 1st attempt ni kira try & error jugak.. so next time boleh la adjust-adjust mana  yang patut kan.. first tengok gambar dulu.. :)


bahan-bahan sos daging & cendawan

  1. daging cincang
  2. cendawan butang
  3. cendawan shitake
  4. carrot - optional.. saya tak suka ada carrot dalam lasagna saya.. 
  5. tomato - 1 biji pun cukup
  6. sos spagethi kimball tradisional
  7. tomato puree
  8. stok ayam - boleh beli yang botol atau buat sendiri. saya pakai yang cube jer.
  9. bawang putih - untuk menumis
  10. bawang kuning / bombay - 1 biji utk menumis.
  11. lada, gula, garam - utk perasa.

cara-cara untuk buat sos daging & cendawan
  1. tumis bawang putih & bawang bombay sehingga naik bau..
  2. masukkan cendawan shitake yang dah dipotong halus-halus sedang-sedang. gaul hingga sebati dan hingga cendawan agak-agak masak.
  3. masukkan daging cincang. biarkan daging cincang tersebut seketika sehingga betul-betul masak dan lembut.
  4. selepas itu masukkan cendawan butang yang dah dipotong-potong nipis. gaul hingga sebati. kemudian masukkan tomato yang dah dipotong dadu.gaul hingga sebati.
  5. masukkan stok ayam. kalau guna kiub, rendam kiub tu dalam air dan hancur-hancurkan.gaul hingga sebati.
  6. kemudian masukkan tomato pes. gaul seketika. kemudian masukkan sos kimball traditional. gaul hingga sebati. biarkan seketika sehingga kuah itu mendidih. dalam pada tu, campurkan air kalau kuah cair. kepekatan bergantung kepada citarasa. kalau cair sangat pun tak best jugak.. kalau pekat sangat pun tak best.
  7. perasakan dengan lada & gula. garam sedikit sahaja sebab stok ayam dah masin. rasakan kuah mengikut citarasa masing-masing. gaul hingga sebati, biarkan seketika dan tutup api memasak.



bahan-bahan untuk sos putih atau sos cheese...
  1. 2 sudu butter
  2. 2 sudu tepung gandum
  3. fresh milk
  4. cheddar cheese
  5. bahan perasa lada, garam.
bahan-bahan lain
  1. lasagna sheet 
  2. mozarella cheese
cara-cara membuat sos putih pulak,
  1. panaskan kuali, masukkan butter.
  2. kemudian masukkan tepung gandum. tepung gandum digunakan untuk kepekatan sos. kalau banyak sangat sos putih itu akan menjadi pekat. so 2-3 sudu memadai. gaul hingga sebati.
  3. kemudian tutup api seketika, masukkan fresh milk, gaul-gaul sehingga tepung tidak berketul. kemudian bukak api semula. gaul hingga sebati kemudian masukkan cheddar cheese. cheddar cheese rasanya agak masin-masin. gaul hingga sebati sehingga sos tersebut pekat dan smooth. saya tak masukkan mozarella cheese sebab mozarella akan membuat tekstur dia sticky sikit.
  4. perasakan sos putih dengan lada. garam boleh masukkan jika kurang rasa masin. gaul-gaul hingga sebati kemudian tutup api.
  5. tips : guna api kecil dan boleh guna pemukul telur utk menggaul sos putih agar dia menjadi sebati.
gambar 1. rupa ketika dimasukkan susu. gambar 2. selepas digaul sebati

cara-cara nak layerkan lasagna
  1. panaskan oven dalam suhu 180 darjah selama 10 minit. 
  2. lasagna sheet anda boleh pilih sama ada utk rebus seketika atau pakai terus. saya pakai terus lasagna  sheet tersebut.
  3. letakkan lasagna sheet di dalam bekas, kemudian lapiskan dengan sos daging, kemudian lapiskan dengan sos putih. kemudian taburkan cheese. buat sekurang-kurangnya 3 layer. rujuk gambar di bawah.
  • Saya layerkan dengan campuran cheddar cheese & mozarella. cheddar utk salty taste, mozarella utk tekstur sticky macam kita tarik pizza tu..  dah habis lapiskan semua. boleh la dimasukkan di dalam oven. masak dalam suhu 180 darjah selama 30 -35 minit. cara nak tahu dah masak ke blum, bila kita masukkan sudu atau stick dia dah tak melekat kat stick tu dan boleh dipotong cantik.

yeayyyyy .. baking in progress..
 ** tips lagi : untuk rasa cheese yang lebih.. pada yang suka cheese la.. selepas lasagna tu masak, dalam suhu yang masih panas, boleh taburkan cheese di atas. jadi cheese itu akan cair dengan sendiri.

selamat mencuba. boleh adjust-adjust mana yang perlu.. boleh guna resepi ini untuk macaroni, spiral & sebagainya.


3 comments:

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.