layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Tuesday, November 15, 2011

Lain padang lain belalang.. lain orang lain ragam...

Do you like this story?

hi semua... hari ni saya nak share penulisan Mommy Lyna berkenaan dengan suplements.
terdapat pelbagai pendapat mengatakan suplements itu perlu dan ada juga yang mengatakan suplements langsung tidak perlu. yang penting tuan empunya badan tahu keperluan masing-masing.
ikuti sharing di bawah...

********
Saya suka membaca artikel Dr Nadrah berkenaan ibu menyusu tak perlukan vitamin. Barang siapa tak tahu menahu tentangnya, sila Google sendiri, huhu. Cakap banyak tak guna, jom kita telusuri setiap satu isi yang dikongsikan oleh Dr Nadrah. Saya copy-paste artikel penulisan beliau warna HITAM dengan tambahan point saya dibezakan dengan warna PURPLE.
Mari kita Mulakan…
***********START*************
Harini saya dpt msg promosi dr smbody “Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye”…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.
Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.
Mommy Lyna: Fakta di bawah saya ambil dari : http://kellymom.com/herbal/natural-treatments.html#calcium.
kelly mom kalsium
Klik di sini  untuk baca tentang pengalaman ibu dengan kalsium.
Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.
Mommy Lyna: Riboflavin; salah satu elemen dalam B Complex, memberikan warna kepada susu ibu dan juga urin. Ia tidak menjadikan susu ibu lebih berkualiti; namun sokongan vitamin B tambahan memberikan ibu perasaan tenang dan mood yang baik, menambahkan rasa cinta pada anak tersayang, lalu mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan. Pernah kan bila dalam keadaan stress, kita pam susu pun taknak keluar…  Soal susu pekat juga bergantung kepada pelbagai situasi seperti cuaca, waktu mengepam etc (Klik sini kalau nak tahu detail pasal keunikan susu ibu).
Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?
Mommy Lyna: Terlalu banyak milk booster dipasaran dan sebab yg Dr Nadrah ckp ni la saya kureng dengannya sehingga membuatkan saya terpaksa mengambil vitamin untuk ibu yg menyusu bagi membantu proses penyusuan. Jika anda amati statement saya ni pasti dpt bau perbezaan keperluan vitamin untuk ibu menyusu vs pemakanan untuk susu ibu. Ibu yang sihat & bertenaga membuatkan bayi juga lebih gumbira. Akibatnya, perkembangan positif.

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.
Mommy Lyna: Kita patut makan ikut carta pemakanan tp itu juga tak menjamin ketiadaan spare tyre, hehe. Ada orang kata nk buang spare tyre kena pakai korset, huhu. Walaupun saya lebih pentingkan senaman, tak salah langsung nak pakai korset sebab keperluan, preference & gaya hidup manusia ni tak sama. Banyak je doktor boroi :P

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.
Mommy Lyna: That’s why saya sarankan OSTEMATRIX, kalsium Shaklee yang lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang. Best kan? Boleh baca tentang kalsium Shaklee (Ostematrix) di sini.  Ada jgk cerita tentang simen.
Great minds think alike gitu! Hahak…

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.
Mommy Lyna: Kita bebas memilih sama ada nk kalsium cukup2 je ke (yg kita pun tak tahu cukup tu berapa mg, huhu) atau standby yang lebih baik (kalsium dgn citrate, magnesium etc) sbb kita semua ada keperluan, kehendak & kemampuan berbeza2. Bak kata Dr, Allah Maha Bijaksana, kita hanya mampu berusaha.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.
Mommy Lyna: Vitamin A Shaklee adalah jenis beta karotena atau pro-vitamin A, hanya ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Kalau tak perlu, ia akan dibuang oleh tubuh kita. Selamat kan? Ia boleh berfungsi sebegitu simply becos diperbuat daripada bahan semulajadi. Vitamin E Shaklee pula mengandungi selenium untuk melengkapkan fungsinya.
Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.
Mommy Lyna: Kalaupun betul boleh tambah pengeluaran susu, kalau tak pam or direct feeding cemana susu tu nk kuar? huhu. Ada saya kongsikan konsep penyusuan ibu di sini; termasuklah “supply-demand”, “milk booster” & di awal kelahiran.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.
Mommy Lyna: Hakikatnya, hampir semua orang yang menjalankan gaya hidup seharian yg mencabar (terutamanya suri rumah) perlukan vitamin untuk kekal bertenaga. Personalization yg dibuat; seperti vitamin utk ibu menyusu, memang dah tailor-made untuk memenuhi keperluan masing-masing sebab tak semua org mampu beli, makan & telan banyak2 vitamin (esp org laki). Takkan lah penjualan MPV dianggap tak beretika jika dikaitkan dengan keperluan sekeluarga?
Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.
Mommy Lyna: Kan bagus kalau ambil vitamin E, pakai sun block elak UV & amek matahari pagi2. Why choose when can have all? Hmm… That’s why dalam Ostematrix, dilengkapi dengan Vitamin D kerana dari kajian pakar dalam bidang nutriceutical kebanyakan penduduk dunia terutama di negara yang berada di garisan sartan dan garisan jadi kurang vitamin D dari cahaya matahari.  Kita di khatulistiwa mungkin tak mengalami kerana negara kita matahari tegak sepanjang tahun, tapi better be safe la kan. Lebih baik ambil supplement kalsium yang dah lengkap dengan vitamin D dan mineral lain.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.
Mommy Lyna: Vitamin bukan ubat & takde nye tak payah makan nasi or bersenam sebab dah makan vitamin. Blur jap… Sapa la yg bg nasehat macam gitu ke Dr Nadrah.
***********END*************

I can’t deny the fact that almost anyone can sell supplements nowadays. Dengan jumlah pengedar yang semakin ramai (for various brand, of course), doesn’t surprise me kalau Dr Nadrah gagal mendapatkan maklumat terperinci tentang konsep, teknik & strategi pemakanan & penggunaan supplement yg tepat.
Tp, if indeed it happens to one of my Shaklee group, mau ku tempeleng sorang2. Sebabnya, saya pentingkan jualan atas kesedaran & ilmu pengguna daripada keuntungan semata-mata. Saya juga pengguna, so memang faham kekecewaan bila gagal mendapatkan kepastian; apetah lagi bila dah beli terus kena tinggal dek pengedar. Sebenarnya, apa saja masalah dalam penyusuan ke, pengambilan vitamin ke, dapat diatasi dengan konsultasi dengan pengedar sendiri. Masalahnya ramai yang main beli je dengan mana-mana pengedar (selepas baca maklumat sekali lalu dalam blog saya & my group – in case of Shaklee la) lepas tu bila ‘tak menjadi’ salahkan kita pulak. Sedangkan perkara boleh kita selidiki dan atasi dengan one-to-one consultation.
Saya baru saja selesaikan masalah ibu yang makin kurang air susunya, katanya sejak makan Shaklee jadi macam tu. Tapi bila diselidik rupanya dia skip mengepam dah 3 hari sebab sibuk meeting. Kan?


************
setiap individu ada pendapatnya yang tersendiri. setiap orang berhak membuat pilihan untuk kehidupan masing-masing. pendek kata ukur baju dibadan sendiri. tepuk dada tanyalah minda.. 

ikuti sharing saya mengenai kepentingan mineral kala menyusu di ALMARI VITAMIN
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.