weeeehuuu...
lamanya tak menyinggah di blog sendiri.. apatah lagi nak menyinggah di blog orang lain..
bukannya apa... vitamin M sedang menguasai diri.. ingatkan hari raya hari tu cuti panjang-panjang bolehlah meng-update blog... rupa-rupanya habuk pun takdak...
hari raya tahun ni masuk tahun ke dua bersama suami tak balik sarawak untuk beraya..
tahun lepas tak balik disebabkan kekangan kerja..
tahun ni plak sebab dah alang-alang nak balik sarawak untuk cuti bersalin bulan 11 nanti.. jadi simpan cuti..
terpaksa la berkorban sikit.. insyAllah tahun depan balik raya..
raya tahun ni pendek kata memang tak sambut raya langsung.. beli biskut just untuk standby jer incase rumah kena serbu... baju raya pun tak beli.. lebih kepada membeli barang2 baby..
alhamdulillah juga ramadhan tahun ini saya telah berjaya menamatkan puasa saya dengan jayanya...
setelah sekian lama tiada istilah tamat puasa.. akhirnya tahun ni tamat jugak puasa saya... yea !!!! syabas kepada saya.. alhamdulillah..
jadi doktor pesan lepas puasa.. maksudnya bila dah raya la tu.. kena makan banyak sikit sebab berat badan dah turun... weee.... jangan skip waktu makan... demi pembesaran baby.. dan juga ibunya.. wakakakakka..
perut pun semakin bulat.. sesuai dengan angka 8.. 8 bulan.. rasa macam cepat jer masa berlalu...
sedar tak sedar dah 8 bulan kandungan..
|
my 8th months bump |
yessssss!!!!! tak lama lagi boleh balik sarawak... inilah masa yang ditunggu-tunggu...dinanti-nanti.. pendek kata.. makan tak kenyang .. mandi tak basah...
actually tinggal a few days jer lagi nak balik sarawak pun..
itu adalah antara sebab musabab malas nak update blog.. sebab fikiran ni dah takde benda lain nak fikir selain fikir balik sarawak.. kat ofis pun fikiran mengelamun jauh.. bukannya nak fikir buat kerja sangat pun... nasib baik la jugak tak banyak keja berfikir yang kena buat..
pendek kata kalau orang sarawak cakap.. dah kejeron nak balit dah...
well... satu bag dah siap packing dah... cuti pun dah apply.. tinggal nak setelkan hal-hal kat umah.. mengemas segala bagai... yang penting sebelum balik bercuti sarawak.. rumah kena berada dalam keadaan yang menenangkan.. lagipun mr alif akan berkursus 2 minggu di klia selepas hantar saya balik ke sarawak.. jadi kena pastikan everything kemas sekemasnya...
yeehhaaa... hujung minggu ni boleh bersantap dan bersenang lenang di rumah ku yang indah permai...
tapi cam cuak jugak nak naik flight weekend ni.. harap2 everything ok.. kesihatan pun harap dalam keadaan yang tip top..
segala jenis surat dah mintak doktor kat sini sediakan.. sampai jer sarawak nanti terus register kat hospital yang nak bersalin... harap2 takder la masalah yang tak dijangka berlaku nanti.. harap2 segalanya dipermudahkan oleh-NYA.. amin...
baiklah... itu sahaja update setakat ini... nanti bila dah start cuti, kita update sakan sampai tak hengat...