layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Friday, January 28, 2011

saja terfikir

Do you like this story?

sekiranya kita tak dapat apa yang kita inginkan.. atau apa yang kita inginkan tidak terjadi seperti yang diharapkan.. saya selalu beranggapan atau memotivasikan diri saya bahawa itu bukan rezeki saya.. bukan ketentuan yang Allah tetapkan kepada saya.. walaupun mungkin terdetik di hati 'kenapa'.. walaupun mungkin ada cakap-cakap belakang yang mematahkan semangat kita... walaupun ada sekelumit penyesalan ...
tetapi setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya... setiap perkara ada hukum karmanya.. kita cuma berdoa dan tawakal semoga apa yang kita perolehi adalah yang terbaik dari-NYA.
kita hanya mampu merancang tapi DIA lah yang menentukan segalanya..

setiap orang ada cara tersendiri... lain padang lain belalang.. kita cuma perlu ikut cara yang kita suka yang kita selesa.. yang penting kita tidak menyusahkan orang lain...

p/s.. tengah terfikir..

Thursday, January 27, 2011

BF

Do you like this story?

bf.. heheheh.. bukan blue film.. tapi breast feeding...
bangun pukul 4 pagi tadi pam susu... wah sangat gembiranya hati dapat 2 botol 5 oz penuh...
suke suke suke... ini yang membuatkan semangat utk mengepam susu berkobar2..
demi marissa.. supaya dia membesar dengan sihat..sekarang marissa dah 2 bulan lebih.. berat dalam 5.8 kg..
hari tu 1 bulan berat dalam 4.7 kg.. nanti 3 bulan berapa kg pulak erk... kne tunggu sebulan lagi la...

my princess marissa..

Tuesday, January 25, 2011

baru jer...

Do you like this story?

second day at office... setelah bercuti sekian lama.. 3 months ++ bercuti.. rasa macam tak nak keja pulak..
semalam 1st day at office rasa macam baru first time masuk keje... tak tau nak buat aper.. tiba2 rasa macam blur.. hehehehhe.. itulah natijahnya kalau cuti sakan...
dah lama jugak tak berblogging.. ingatkan cuti hari tu nak berblogging sakan.. tapi macam takder mood la plak.. anyway.. ini short update jer.. akan ada cerita terbaru.. about ours... especially on marissa..
tunggu..

Wednesday, September 29, 2010

my cheese cake.. yummy yummy...

Do you like this story?

monday hari tu buat kek cheese..
actually ingatkan nak buat untuk hari raya.. tetapi memandangkan hari raya tahun ni macam pasif jer.. jadi lansung tak terbuat kek cheese nyer..
so monday ni tadi lepas balik kerja.. malamnya merajinkan diri nak buat kek cheese ni..



bahan-bahan dan cara-caranya simple sahaja... kalau makan sedap hingga menjilat jari...

~~ kek cheese berlapis ~~
bahan-bahan (ni untuk sukatan 500g cheese)
2 kotak cheese philadelphia
1 tin tinggi susu manis (kalau tak nak manis sangat jangan pakai sampai habis.. ikut sesedap rasa yer)
2 bungkus biskut salted cheese
1 kotak kecil susu segar

cara membuatnya
  • pukul cheese dengan susu manis hingga sebati. (susu manis boleh di tambah /dikurang ikut kesesuaian rasa, kalau terlalu banyak nanti adunan menjadi terlalu cair)
  • lapik bekas/loyang dengan cling wrapping/aluminium foil (supaya senang nak keluarkan kek tu nanti)
  • masukkan satu senduk adunan ke dalam bekas.
  • celup biskut salted cheese ke dalam susu segar kemudian lapiskan di atas adunan tadi.
  • buat selang seli seperti kek lapis sampai habis.
  • di antara lapis tersebut boleh letak nestum kalau nak. lapis yang atas sekali boleh dihiaskan dengan chocolate rice. terpulang. kepada citarasa masing-masing.
  • jadi dah siap.. simpan di dalam freezer semalaman atau sehingga cheese mengeras. sedap di makan sejuk-sejuk...
selamat mencuba.... lepas makan.. say cheeeeeesssssssseeeeeeeee...

Tuesday, September 28, 2010

baru nak update blog

Do you like this story?

weeeehuuu...
lamanya tak menyinggah di blog sendiri.. apatah lagi nak menyinggah di blog orang lain..
bukannya apa... vitamin M sedang menguasai diri.. ingatkan hari raya hari tu cuti panjang-panjang bolehlah meng-update blog... rupa-rupanya habuk pun takdak...
hari raya tahun ni masuk tahun ke dua bersama suami tak balik sarawak untuk beraya..
tahun lepas tak balik disebabkan kekangan kerja..
tahun ni plak sebab dah alang-alang nak balik sarawak untuk cuti bersalin bulan 11 nanti.. jadi simpan cuti..
terpaksa la berkorban sikit.. insyAllah tahun depan balik raya..
raya tahun ni pendek kata memang tak sambut raya langsung.. beli biskut just untuk standby jer incase rumah kena serbu... baju raya pun tak beli.. lebih kepada membeli barang2 baby..
alhamdulillah juga ramadhan tahun ini saya telah berjaya menamatkan puasa saya dengan jayanya...
setelah sekian lama tiada istilah tamat puasa.. akhirnya tahun ni tamat jugak puasa saya... yea !!!! syabas kepada saya.. alhamdulillah..
jadi doktor pesan lepas puasa.. maksudnya bila dah raya la tu.. kena makan banyak sikit sebab berat badan dah turun... weee.... jangan skip waktu makan... demi pembesaran baby.. dan juga ibunya.. wakakakakka..
perut pun semakin bulat.. sesuai dengan angka 8.. 8 bulan.. rasa macam cepat jer masa berlalu...
sedar tak sedar dah 8 bulan kandungan..

my 8th months bump
yessssss!!!!! tak lama lagi boleh balik sarawak... inilah masa yang ditunggu-tunggu...dinanti-nanti.. pendek kata.. makan tak kenyang .. mandi tak basah...
actually tinggal a few days jer lagi nak balik sarawak pun..
itu adalah antara sebab musabab malas nak update blog.. sebab fikiran ni dah takde benda lain nak fikir selain fikir balik sarawak.. kat ofis pun fikiran mengelamun jauh.. bukannya nak fikir buat kerja sangat pun... nasib baik la jugak tak banyak keja berfikir yang kena buat..
pendek kata kalau orang sarawak cakap.. dah kejeron nak balit dah...
well... satu bag dah siap packing dah... cuti pun dah apply.. tinggal nak setelkan hal-hal kat umah.. mengemas segala bagai... yang penting sebelum balik bercuti sarawak.. rumah kena berada dalam keadaan yang menenangkan.. lagipun mr alif akan berkursus 2 minggu di klia selepas hantar saya balik ke sarawak.. jadi kena pastikan everything kemas sekemasnya...
yeehhaaa... hujung minggu ni boleh bersantap dan bersenang lenang di rumah ku yang indah permai...
tapi cam cuak jugak nak naik flight weekend ni.. harap2 everything ok.. kesihatan pun harap dalam keadaan yang tip top..
segala jenis surat dah mintak doktor kat sini sediakan.. sampai jer sarawak nanti terus register kat hospital yang nak bersalin... harap2 takder la masalah yang tak dijangka berlaku nanti.. harap2 segalanya dipermudahkan oleh-NYA.. amin...
baiklah... itu sahaja update setakat ini... nanti bila dah start cuti, kita update sakan sampai tak hengat...

Tuesday, August 31, 2010

me & my pregnancy.. my 3d/4d scan..

Do you like this story?

weeee huuuu... oleh kerana kita bercuti hari ini.. sempena hari kemerdekaan yang ke 53 tibalah masa mengupdate blog... sebelum itu... SELAMAT HARI MERDEKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA...

semalam 30 august 2010, ada appointment untuk buat 3d/4d scan kat vision college..oleh kerana Vision College ni dekat jer dengan ofis.. memang sesuai la.. tak der la nak terkejar-kejar dengan appointment.
actually appointment tu dah buat 3 weeks before sebab vision college ni selalu full house bab-bab 3d/4d scan ni..
waktu yang sesuai untuk buat 3d/4d scan ni dalam 28-32 weeks..kalau kurang dari 28 weeks baby too small jadi nanti tak boleh nampak best image.. kalau later than 32 weeks pulak baby dah memenuhi ruang rahim kita, pun sama tak boleh nak capture best image..
masa yang diambil pulak terpulang kepada kedudukan bayi.. macam i.. i spend almost an hour untuk capture best image of my baby.. baby sangat shy shy.. asyik tutup muka dia dengan tangan dia.. so sweet..

so kat sini i want to share our precious moment... my baby girl...
video ni i dah combine dari a few clip.. sebab 1 clip hanya a few seconds jer.. bila dah combine blh la dapat dalam 1 minit camtu..

 
 what happen in my womb.. little baby relaxing...

mama.. baby so shy... tengokla dia tutup muka dengan tiny hand dia.. so sweet...
ba ba chak...
baby buka mulut...
baby malu-malu kucing.. tutup muka sambil senyum-senyum..
my tiny leg...
malu nya dier...
relaxnya anak mama ni...

mama.. look at my tiny mighy hand...
baby buka mulut lagi...
mama.. i want to sleep..
baby relax-relax...
so cute...
baby buka mulut..  nak bukak pose...
baby penat posing dalam perut..
so cute and adorable...

jadi kepada mama yang berminat nak buat 3d/4d scan di vision college boleh la calling2 buat appointment yer.. clik jer link VISION COLLEGE ni.. kos untuk buat 3d/4d scan di sini rm 90 termasuk cd 3d image and movie movement baby..
yang penting bila buat 3d/4d scan tu.. banyak-banyak la bertanya... dia akan layan kita sehabis baik.. ikut my experience la.. lady yang buat 3d/4d scan untuk saya sangat baik orang nya dan tidak berputus asa walaupun agak lama untuk my baby tunjuk muka dia.. dis lady jugak akan explain kita a lot of things especially bab-bab ukuran baby kita, ukur lilit kepala.. tulang kaki, tulang belakang, jari tangan dan kaki, jumlah air ketuban.. jantina.. yang penting kita pun kena rajin bertanya..

thats all about experience on 3d/4d scan..

lepas ni boleh la shopping barang baby lagi..

Friday, August 20, 2010

Persiapan menghadapi Ramadhan

Do you like this story?

walaupun dah hari ke 10 kita berpuasa, tapi its never too late nak share benda ni semua..
Selamat beramal...


 
Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : -
Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)


1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir 1
1) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pancaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.