layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, June 20, 2011

jom layan tempat makan best.. island bbq steamboat - updated

Do you like this story?

jom cuci mata di pagi isnin yang boring .. layan tempat makan yang best...

island bbq steamboat @ kampung melayu subang..

sangat recommended.. sebab tempatnya best.. dalam taman.. blh chill out, rilek-rilex bersama family.. dan yang penting.. harga sangat berpatutan..

steamboat seperti biasa blh pilih sup ayam @ tomyam.. dan yang penting ada grill...
pilihan makanan pun banyak..

owner & pekerja pun ramah tamah... heheheh.. rasa macam makan kat rumah sendiri..

marissa n daddy tengok makanan...

kiter layan gambar dulu...

comel tak.. ehehhehe




nasi pun ada..
suasana di waktu malam...

so sapa-sapa suka makan steamboat blh la bawak family makan sini.. surrounding pun sangat luas.. boleh jalan-jalan pusing taman kalau perut kenyang.. ada ruang sembahyang juga disediakan..
kedai pun bersih.. n mendamaikan..

** updated pd 29 mei 2012 harga per pax - rm 21.90
kanak-kanak - rm 9.90
bawah 5 tahun percuma..

cara nak pegi.. senang jer.. rujuk map di bawah.. hehehe..



boleh rujuk website diorang.. http://islandbbqsteamboat.wordpress.com/

Wednesday, September 29, 2010

my cheese cake.. yummy yummy...

Do you like this story?

monday hari tu buat kek cheese..
actually ingatkan nak buat untuk hari raya.. tetapi memandangkan hari raya tahun ni macam pasif jer.. jadi lansung tak terbuat kek cheese nyer..
so monday ni tadi lepas balik kerja.. malamnya merajinkan diri nak buat kek cheese ni..



bahan-bahan dan cara-caranya simple sahaja... kalau makan sedap hingga menjilat jari...

~~ kek cheese berlapis ~~
bahan-bahan (ni untuk sukatan 500g cheese)
2 kotak cheese philadelphia
1 tin tinggi susu manis (kalau tak nak manis sangat jangan pakai sampai habis.. ikut sesedap rasa yer)
2 bungkus biskut salted cheese
1 kotak kecil susu segar

cara membuatnya
  • pukul cheese dengan susu manis hingga sebati. (susu manis boleh di tambah /dikurang ikut kesesuaian rasa, kalau terlalu banyak nanti adunan menjadi terlalu cair)
  • lapik bekas/loyang dengan cling wrapping/aluminium foil (supaya senang nak keluarkan kek tu nanti)
  • masukkan satu senduk adunan ke dalam bekas.
  • celup biskut salted cheese ke dalam susu segar kemudian lapiskan di atas adunan tadi.
  • buat selang seli seperti kek lapis sampai habis.
  • di antara lapis tersebut boleh letak nestum kalau nak. lapis yang atas sekali boleh dihiaskan dengan chocolate rice. terpulang. kepada citarasa masing-masing.
  • jadi dah siap.. simpan di dalam freezer semalaman atau sehingga cheese mengeras. sedap di makan sejuk-sejuk...
selamat mencuba.... lepas makan.. say cheeeeeesssssssseeeeeeeee...

Thursday, January 21, 2010

Laksa Sarawak kaw kaw punya...

Do you like this story?

ni nak share resepi laksa sarawak dengan semua.. kepada sesiapa yang belum try.. boleh la try lepas ni..
tapi kalau nak beli laksa sarawak kat area kl / selangor / semenanjung m'sia ni.. tak sure plak kesedapan dia sebab penah try kat laksa shackyyyy... hmm.. tak best .. tapi tak tau la kalau org swk yg buat bisnes kat sini kan.. any way.. kalau berkesempatan try la...

bahan - bahan penting..
pes laksa sarawak - main ingredient ni.. jangan lupa..
bihun
dada ayam / isi ayam
udang
santan kelapa - nak pakai fresh / kotak terpulang kepada masing-masing
telur
tauge
daun ketumbar - sebagai penyedap rasa / hiasan
garam & penambah perisa secukup rasa
belacan
cili kering
limau kasturi


cara-cara penyediaan...

langkah pertama..

- penyediaan kuah laksa -


masak pes laksa bersama 2 liter air di dalam periuk.. gaul-gaul sehingga sebati supaya pes laksa itu larut di dalam air. untuk menyedapkan lagi kuah tersebut, masukkan dada ayam (jangan dipotong) & kepala udang (yang sudah di bersihkan) ke dalam kuah laksa tersebut. biar kuah tersebut mendidih & sehingga aroma masakan menusuk kalbu.. hehehehhe
sekiranya ayam tersebut sudah masak (jangan overcook k) boleh dikeluarkan dari kuah tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.

p/s : tujuan ayam & kepala udang di campur bersama pes laksa tersebut adalah untuk menambahkan lagi kepekatan kuah tersebut. bila kita masukkan ayam, secara tidak langsung kita buat stok ayam..
ada faham... faham kan...

bila kuah tersebut sudah masak, tutup api dapur. sejukkan seketika. dah sejuk, tapis kuah tersebut.. jadi kuah laksa tersebut akan bebas hampas pes laksa & kepala udang tadi..
masakkan semula, sekiranya mendidih, masukkan santan, gaul hingga sebati. kalau air dah berkurang boleh la tambah air k... kuah tu jangan terlampau pekat atau jangan terlampau cair
tambah garam & penambah perisa secukup rasa..

p/s lagi : kesedapan laksa sarawak bergantung kepada kesedapan kuah dia.. kalau kuah dia sedap.. maka laksa sarawak tu for sure akan jadi tip top..

ok.. ni cerita bab kuah saja tau.. kalau di antara masa menunggu kuah tersebut mendidih boleh la buat penyediaan isi laksa di bawah.. multi tasking kata orang.. hehehhehe

1. ayam - ayam yang sudah dimasak tadi, isinya di carik-carik.
hasilnya seperti di bawah


2. udang di buang kulit & buang yang hitam panjang belakang dia tu... dont know how to explain.. lepas tu rebus/masak seketika.. jangan overcook..


3. telur di goreng dadar & di hiris halus-halus


4. tauge di rebus seketika (jangan overcook / layu sangat)


5. sebagai penyedap rasa, tumbuk @ blend cili kering bersama belacan & goreng dengan minyak sedikit.

6. bihun di rendam dengan air panas seketika sehingga ia menjadi lembut.

jadi complete set laksa sarawak tersebut jadi seperti di bawah


jadi cara nak hidang / makan nya...

masukkan bihun dalam mangkuk.. then letak la bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk.. masukkan kuah .. lepas tu makan... nyummy...

daun ketumbar boleh di tambah di atas laksa sebagai penyedap rasa.. kalau takder pun tak pe..

selamat menjamu selera...

p/s: kalau sebelum ni g sarawak, beli tikar beli pasu beli kek lapis.. nanti-nanti boleh la beli pes laksa sarawak pulak..

selamat mencuba
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.