hi semua..
mari try resepi kek cheese lapis bakar pulak.. senang jer nak buat. dalam 30-40 minit dah siap.
BAHAN-BAHAN
1 blok Cheddar Cheese
10 biji telur
16 oz mentega
1 tin kecil susu manis
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 bungkus kecil horlick
CARA-CARA MEMBUATNYA :
Persediaan - panaskan oven pada suhu 150 darjah, guna api atas sahaja. Guna acuan 9x9
1.Pukul gula dengan mentega sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3.Masukkan susu, pukul hingga sebat.
4.Masukkan tepung & horlick dan pukul hingga sebati
5.Akhir sekali masukkan cheese yang diparut, gaul rata supaya cheese tidak berketul di dalam adunan
Bakar secara selapis. Pertama masukkan adunan ke dalam acuan. Masukkan 3 senduk ke dalam acuan dan bakar pada masa 5 minit. setelah lapisan pertama masak, masukkan 3 senduk lagi adunan ke atas lapisan pertama tadi. begitulah seterusnya.
Sukatan setiap lapisan hendaklah sama. Jika lapisan pertama 3 senduk, maka lapisan kedua pun sama 3 senduk, begitulah seterusnya.
Bakar setiap lapisan pada kadar 5-10 minit.
selamat mencuba.
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Wednesday, January 16, 2013
Tuesday, June 12, 2012
Resepi Lasagna Daging & Cendawan..
hari ni nak share resepi lasagna..
nama resepi lasagna daging & cendawan tu saya sajer bagi sebab nya ada daging dan saya suka cendawan yang banyak..
ini adalah cubaan pertama saya membuat lasagna.. heheh boleh dikatakan berjaya dan masih ada ruang utk improvement.. 1st attempt ni kira try & error jugak.. so next time boleh la adjust-adjust mana yang patut kan.. first tengok gambar dulu.. :)
bahan-bahan sos daging & cendawan
cara-cara untuk buat sos daging & cendawan
bahan-bahan untuk sos putih atau sos cheese...
cara-cara nak layerkan lasagna
** tips lagi : untuk rasa cheese yang lebih.. pada yang suka cheese la.. selepas lasagna tu masak, dalam suhu yang masih panas, boleh taburkan cheese di atas. jadi cheese itu akan cair dengan sendiri.
selamat mencuba. boleh adjust-adjust mana yang perlu.. boleh guna resepi ini untuk macaroni, spiral & sebagainya.
nama resepi lasagna daging & cendawan tu saya sajer bagi sebab nya ada daging dan saya suka cendawan yang banyak..
ini adalah cubaan pertama saya membuat lasagna.. heheh boleh dikatakan berjaya dan masih ada ruang utk improvement.. 1st attempt ni kira try & error jugak.. so next time boleh la adjust-adjust mana yang patut kan.. first tengok gambar dulu.. :)
bahan-bahan sos daging & cendawan
- daging cincang
- cendawan butang
- cendawan shitake
- carrot - optional.. saya tak suka ada carrot dalam lasagna saya..
- tomato - 1 biji pun cukup
- sos spagethi kimball tradisional
- tomato puree
- stok ayam - boleh beli yang botol atau buat sendiri. saya pakai yang cube jer.
- bawang putih - untuk menumis
- bawang kuning / bombay - 1 biji utk menumis.
- lada, gula, garam - utk perasa.
cara-cara untuk buat sos daging & cendawan
- tumis bawang putih & bawang bombay sehingga naik bau..
- masukkan cendawan shitake yang dah dipotong halus-halus sedang-sedang. gaul hingga sebati dan hingga cendawan agak-agak masak.
- masukkan daging cincang. biarkan daging cincang tersebut seketika sehingga betul-betul masak dan lembut.
- selepas itu masukkan cendawan butang yang dah dipotong-potong nipis. gaul hingga sebati. kemudian masukkan tomato yang dah dipotong dadu.gaul hingga sebati.
- masukkan stok ayam. kalau guna kiub, rendam kiub tu dalam air dan hancur-hancurkan.gaul hingga sebati.
- kemudian masukkan tomato pes. gaul seketika. kemudian masukkan sos kimball traditional. gaul hingga sebati. biarkan seketika sehingga kuah itu mendidih. dalam pada tu, campurkan air kalau kuah cair. kepekatan bergantung kepada citarasa. kalau cair sangat pun tak best jugak.. kalau pekat sangat pun tak best.
- perasakan dengan lada & gula. garam sedikit sahaja sebab stok ayam dah masin. rasakan kuah mengikut citarasa masing-masing. gaul hingga sebati, biarkan seketika dan tutup api memasak.
bahan-bahan untuk sos putih atau sos cheese...
- 2 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum
- fresh milk
- cheddar cheese
- bahan perasa lada, garam.
- lasagna sheet
- mozarella cheese
- panaskan kuali, masukkan butter.
- kemudian masukkan tepung gandum. tepung gandum digunakan untuk kepekatan sos. kalau banyak sangat sos putih itu akan menjadi pekat. so 2-3 sudu memadai. gaul hingga sebati.
- kemudian tutup api seketika, masukkan fresh milk, gaul-gaul sehingga tepung tidak berketul. kemudian bukak api semula. gaul hingga sebati kemudian masukkan cheddar cheese. cheddar cheese rasanya agak masin-masin. gaul hingga sebati sehingga sos tersebut pekat dan smooth. saya tak masukkan mozarella cheese sebab mozarella akan membuat tekstur dia sticky sikit.
- perasakan sos putih dengan lada. garam boleh masukkan jika kurang rasa masin. gaul-gaul hingga sebati kemudian tutup api.
- tips : guna api kecil dan boleh guna pemukul telur utk menggaul sos putih agar dia menjadi sebati.
![]() |
| gambar 1. rupa ketika dimasukkan susu. gambar 2. selepas digaul sebati |
cara-cara nak layerkan lasagna
- panaskan oven dalam suhu 180 darjah selama 10 minit.
- lasagna sheet anda boleh pilih sama ada utk rebus seketika atau pakai terus. saya pakai terus lasagna sheet tersebut.
- letakkan lasagna sheet di dalam bekas, kemudian lapiskan dengan sos daging, kemudian lapiskan dengan sos putih. kemudian taburkan cheese. buat sekurang-kurangnya 3 layer. rujuk gambar di bawah.
- Saya layerkan dengan campuran cheddar cheese & mozarella. cheddar utk salty taste, mozarella utk tekstur sticky macam kita tarik pizza tu.. dah habis lapiskan semua. boleh la dimasukkan di dalam oven. masak dalam suhu 180 darjah selama 30 -35 minit. cara nak tahu dah masak ke blum, bila kita masukkan sudu atau stick dia dah tak melekat kat stick tu dan boleh dipotong cantik.
![]() |
| yeayyyyy .. baking in progress.. |
selamat mencuba. boleh adjust-adjust mana yang perlu.. boleh guna resepi ini untuk macaroni, spiral & sebagainya.
Saturday, May 5, 2012
jom makan - Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram
haa.. ni nak cerita pasal makan plak..
kepada korang yang suka makan seafood.. layan angin laut.. lepak-lepak tepi pantai, apa kata korang terjah tempat makan ni Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor.
Actually kalau ikutkan, restoran ni takder la sampai kena masuk kuala selangor betul-betul, bak kata orang sempadan jer gitu. Kalau dari Klang memang dah dekat sangat dah restoran ni. Cuma kalau pergi waktu malam tu, kena tengok signboard dia betul-betul sebab takut terlepas simpang. Kalau dari arah Klang simpang dia sebelah kiri selepas Petronas. Kalau dari arah Kuala Selangor simpang dia sebelah kanan, ada signboard Pantai Jeram. Lepas masuk simpang tu, jalan terus ikut jer signboard Aroma Ikan Bakar, simpang masuk dia sebelah kanan. Jalan dia agak sempit tapi jangan risau takut tersalah jalan ke apa.. nanti memang akan nampak restoran Aroma Ikan Bakar tu tersergam indah.. hehehhehe.
Sekarang ni dia dah buat extension yang agak besar jugak.. kalau pergi time malam memang meriah dengan lampu-lampu gitu.. Pergi time weekend selalunya full house tetapi jangan risau, ada jer tempat kosong sebab restoran dia agak besar.
seperti biasa, kat sini pelanggan boleh pilih ikan, udang, ketam, sotong, pepahat, kerang, kepah & spesies hidupan lain yang boleh di makan. ikan pun banyak jenis. harga macam biasa ikut timbang. harga pun agak berpatutan, tak mahal tak murah.
sekarang ni, dia dah besarkan tempat makan dia, dulu kitorang pergi takder benda alah ni.. sekarang ni dia dah buat cantik, ada tempat duduk ala pondok, menghadap laut, ada hall macam dalam gambar ni.. so ok la..
makanan dah sampai.. masa untuk makan.. menu best kat sini.. selalunya dia akan rekomen, kalau ketam tu masak cili dan pelbagai jenis masakan yang lain.. boleh try yang anda suka..
selamat mencuba... :)

Labels:
aroma ikan bakar jeram,
family,
Makanan,
makanan laut,
restoran,
seafood
Monday, April 16, 2012
Tips Ringkas Galakkan Makanan Sihat untuk Anak
Jom baca tips ringkas ni..
- Libatkan anak-anak anda bila memasak supaya dia boleh merasai sendiri makanan yang disediakan olehnya sendiri
- Jangan biarkan anak-anak makan snek sebelum masa makan atau merasuah mereka dengan sweets atau snek sekiranya mereka menghabiskan makanan.
- Biarkan kanak-kanak mencuba makanan baru untuk meningkatkan 'kamus' rasa mereka.
- Kurangkan makan di luar dan makanan segera yang mengandungi banyak bahan perasa & pewarna tiruan.
- Makan lebih banyak makanan yang dimasak di rumah dan mencuba resepi yang menyeronokkan dan
- cuba untuk sertakan 5 jenis buah-buahn & sayur-sayuran setiap hari. Pilih buah & sayur-sayuran yang berwarna kuning atau merah seperti lobak merah yang kaya dengan vitamin A.
- kekurangan vitamin D akan menyebabkan penyakit riket, jadi ambil vitamin D melalui susu, kuning telur, ikan.
- Vitamin E kaya dengan anti-oksidan dan selalunya dijumpai dalam sayur berdaun hijau, kekacang, oats, barli dan nasi.
Labels:
baby,
baby food,
baby health,
bayi,
kesihatan bayi,
Makanan,
makanan bayi,
Tips Makanan Bayi
Thursday, April 5, 2012
Butter Prawn sweet & creamy
yah... itu dia.. tora datang lagi dengan mainan baru..
udang butter prawn sweet & creamy..
resepi butter prawn ni lain sikit dari yang selalu kita makan kat kedai.. yang ni mak saya punya resepi.. dan saya buat dia basah-basah sikit.. bak kata omputeh creamy gitu.. :)
Resepi Butter Prawn Sweet & Creamy
Bahan-bahan
udang
secubit garam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu lada sulah
minyak masak
butter
daun kari
cili (sedikit sahaja 1-2 btg)
susu cair (agak-agak dlm 100 ml)
chicken stok - blh pilih kiub, cecair atau buat sendiri.
cara-cara
yang ni utk buat udang
1. udang dicuci bersih, jangan dibuang kulit & belah belakangnnya. selepas dicuci, toskan.
2. perap udang dengan tepung gandum, sedikit garam & lada sulah. biarkan seketika.
3. panaskan minyak, goreng udang hingga garing & toskan minyak berlebihan & letak tepi.
yang ni utk buat gravy butter tu..
4. panaskan mentega, masukkan daun kari 2, 3 helai.
5. masukkan cili padi yang dipotong halus. jangan banyak sangat nanti pedas pulak...
6. dah agak-agak sebati masukkan susu cair, masukkan garam secukup rasa, lada sulah, gula & chicken stok. Gaul sehingga pekat.
7. Akhir sekali masukkan udang dan gaul sehingga gravy tadi menyaluti kesemua udang itu. Guna api perlahan.
Selamat Mencuba :)

resepi,
resepi butter prawn,
resepi udang butter
Monday, July 4, 2011
marissa and feeding time...
marissa kan dah 7 bulan.. so sekarang ni marissa dah start makan regularly...
marissa pun dah suka makan bubur sekarang... jadi sekarang ni setiap hari saya akan masakkan bubur nasi untuk marissa.. nasib baik ada beli slow cooker hari tu,
jadi malam2 dah siap masukkan beras n sayur-sayuran ke dalam rice cooker..
jadi pagi-pagi hanya tunggu nak blend saja.. tugas blend memblend kita serahkan kepada daddy yer.. hehehhee
jadi mari kita share resepi bubur nasi marissa...
untuk bubur nasi saya akan varietykan flavour bubur marissa..
antara flavour yang selalu saya buat :
bubur nasi + carrot
bubur nasi + bayam
bubur nasi + carrot + bayam
bubur nasi + carrot + brokoli
bubur nasi + kentang
bubur nasi + kentang + ayam
bubur nasi + ayam + carrot
bubur nasi + ayam + carrot + kentang
bubur nasi + labu
bubur nasi + labu + ayam
flavour ni saya akan tukar-tukar / selang-selikan.. kalau hujung minggu saya akan rebuskan ikan merah dan masukkan isi ikan merah ke dalam bubur marissa.. campur dengan sayur-sayuran..
sekarang ni kalau outing pun kena bawak bekalan makanan marissa.. di antara waktu makan pula, selalunya saya akan beri marissa makan buah-buahan seperti betik, dragon-fruit, pisang, tembikai...
saya pun baru try beri marissa makan jus buah yang diblend sendiri, saya try beri jus buah epal.. tapi muka marissa kelat masam2.. hehehe.. sebab air epal tu masam kot ikut lidah dia... sekali tengok muka marissa minum pun lawak jugak.. dalam masam2 tu pun masih nak bukak mulut.. heheheh

| marissa & mama |

| marissa & daddy |
saya pun baru try beri marissa makan jus buah yang diblend sendiri, saya try beri jus buah epal.. tapi muka marissa kelat masam2.. hehehe.. sebab air epal tu masam kot ikut lidah dia... sekali tengok muka marissa minum pun lawak jugak.. dalam masam2 tu pun masih nak bukak mulut.. heheheh
Labels:
baby,
baby health,
bayi,
Makanan,
makanan bayi,
marissa,
resepi,
resepi bayi
Wednesday, February 9, 2011
Dadih Vanila Dragonfruit
nyum nyum.. meh try resepi dadih vanila dragon fruit. cara dia simple jer..
bahan-bahan :
serbuk dadih perisa vanila
buah dragon fruit
susu cair
cara-cara
didihkan air. setelah mendidih masukkan gula sedikit sahaja. selepas itu masukkan susu cair. gaul hingga sebati. tutup api dan biarkan selama 5 minit. selepas itu masukkan serbuk dadih vanila. biarkan sejuk seketika. sementara itu susun dragon fruit (buah naga) ke dalam acuan.
kemudian masukkan adunan dadih ke dalam bekas tersebut.
kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.
dah sejuk.. sedia untuk di makan...
note: the best thing about dragon fruit is .. dia lembut & bright in color.. (natural color) so.. dragon fruit tersebut akan spread the pink-licious color into white vanilla mixture.. jadi kaler dia akan putih susu campur pink-pink gitu.. kalau tak caya.. cuba try...
for those yang tak pernah nampak dragon fruit atau buah naga, this is how its look.. yang ni local dragon fruit. kalau vietnam punya isi dia putih di dalam.
selamat mencuba..

Wednesday, September 29, 2010
my cheese cake.. yummy yummy...
monday hari tu buat kek cheese..
actually ingatkan nak buat untuk hari raya.. tetapi memandangkan hari raya tahun ni macam pasif jer.. jadi lansung tak terbuat kek cheese nyer..
so monday ni tadi lepas balik kerja.. malamnya merajinkan diri nak buat kek cheese ni..
bahan-bahan dan cara-caranya simple sahaja... kalau makan sedap hingga menjilat jari...
~~ kek cheese berlapis ~~
bahan-bahan (ni untuk sukatan 500g cheese)
2 kotak cheese philadelphia
1 tin tinggi susu manis (kalau tak nak manis sangat jangan pakai sampai habis.. ikut sesedap rasa yer)
2 bungkus biskut salted cheese
1 kotak kecil susu segar
cara membuatnya

- pukul cheese dengan susu manis hingga sebati. (susu manis boleh di tambah /dikurang ikut kesesuaian rasa, kalau terlalu banyak nanti adunan menjadi terlalu cair)
- lapik bekas/loyang dengan cling wrapping/aluminium foil (supaya senang nak keluarkan kek tu nanti)
- masukkan satu senduk adunan ke dalam bekas.
- celup biskut salted cheese ke dalam susu segar kemudian lapiskan di atas adunan tadi.
- buat selang seli seperti kek lapis sampai habis.
- di antara lapis tersebut boleh letak nestum kalau nak. lapis yang atas sekali boleh dihiaskan dengan chocolate rice. terpulang. kepada citarasa masing-masing.
- jadi dah siap.. simpan di dalam freezer semalaman atau sehingga cheese mengeras. sedap di makan sejuk-sejuk...
Labels:
cheese cake,
food,
Makanan,
resepi,
resepi cheese kek,
resepi kek keju
Thursday, January 21, 2010
Laksa Sarawak kaw kaw punya...
ni nak share resepi laksa sarawak dengan semua.. kepada sesiapa yang belum try.. boleh la try lepas ni..
tapi kalau nak beli laksa sarawak kat area kl / selangor / semenanjung m'sia ni.. tak sure plak kesedapan dia sebab penah try kat laksa shackyyyy... hmm.. tak best .. tapi tak tau la kalau org swk yg buat bisnes kat sini kan.. any way.. kalau berkesempatan try la...
bahan - bahan penting..
pes laksa sarawak - main ingredient ni.. jangan lupa..
bihun
dada ayam / isi ayam
udang
santan kelapa - nak pakai fresh / kotak terpulang kepada masing-masing
telur
tauge
daun ketumbar - sebagai penyedap rasa / hiasan
garam & penambah perisa secukup rasa
belacan
cili kering
limau kasturi

cara-cara penyediaan...
langkah pertama..
- penyediaan kuah laksa -
masak pes laksa bersama 2 liter air di dalam periuk.. gaul-gaul sehingga sebati supaya pes laksa itu larut di dalam air. untuk menyedapkan lagi kuah tersebut, masukkan dada ayam (jangan dipotong) & kepala udang (yang sudah di bersihkan) ke dalam kuah laksa tersebut. biar kuah tersebut mendidih & sehingga aroma masakan menusuk kalbu.. hehehehhe
sekiranya ayam tersebut sudah masak (jangan overcook k) boleh dikeluarkan dari kuah tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.
p/s : tujuan ayam & kepala udang di campur bersama pes laksa tersebut adalah untuk menambahkan lagi kepekatan kuah tersebut. bila kita masukkan ayam, secara tidak langsung kita buat stok ayam..
ada faham... faham kan...
bila kuah tersebut sudah masak, tutup api dapur. sejukkan seketika. dah sejuk, tapis kuah tersebut.. jadi kuah laksa tersebut akan bebas hampas pes laksa & kepala udang tadi..
masakkan semula, sekiranya mendidih, masukkan santan, gaul hingga sebati. kalau air dah berkurang boleh la tambah air k... kuah tu jangan terlampau pekat atau jangan terlampau cair
tambah garam & penambah perisa secukup rasa..
p/s lagi : kesedapan laksa sarawak bergantung kepada kesedapan kuah dia.. kalau kuah dia sedap.. maka laksa sarawak tu for sure akan jadi tip top..
ok.. ni cerita bab kuah saja tau.. kalau di antara masa menunggu kuah tersebut mendidih boleh la buat penyediaan isi laksa di bawah.. multi tasking kata orang.. hehehhehe
1. ayam - ayam yang sudah dimasak tadi, isinya di carik-carik.
hasilnya seperti di bawah
2. udang di buang kulit & buang yang hitam panjang belakang dia tu... dont know how to explain.. lepas tu rebus/masak seketika.. jangan overcook..
3. telur di goreng dadar & di hiris halus-halus
4. tauge di rebus seketika (jangan overcook / layu sangat)
5. sebagai penyedap rasa, tumbuk @ blend cili kering bersama belacan & goreng dengan minyak sedikit.
6. bihun di rendam dengan air panas seketika sehingga ia menjadi lembut.
jadi complete set laksa sarawak tersebut jadi seperti di bawah
jadi cara nak hidang / makan nya...
masukkan bihun dalam mangkuk.. then letak la bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk.. masukkan kuah .. lepas tu makan... nyummy...
daun ketumbar boleh di tambah di atas laksa sebagai penyedap rasa.. kalau takder pun tak pe..
selamat menjamu selera...
p/s: kalau sebelum ni g sarawak, beli tikar beli pasu beli kek lapis.. nanti-nanti boleh la beli pes laksa sarawak pulak..
selamat mencuba
Labels:
food,
Laksa Sarawak,
Makanan,
pes laksa haji manan,
resepi,
resepi laksa sarawak,
sarawak
Subscribe to:
Posts (Atom)
March's people
Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.