layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, August 22, 2011

ramadhan yang mulia.. syawal yang bahagia..

Do you like this story?

cet.. tajuk tak blh blah.. hahahaahah

hari ni genap la 22 ramadhan.. bererti 22 hari sudah kita berpuasa.. dan bererti tidak lama lagi saya sekeluarga akan balik kampung ku nan jauh di sana.. yeayyyyyyyyyyy...
tak sabar rasanya nak blik kuching sebab dah 2 tahun raya di perantauan dalam erti kata yang lain.. tak raya..
so syawal kali ni lebih bermakna sebab kami dah bertiga.. dulu berdua tak berpeluang balik raya.. jadi tahun ni balik bertiga.. haaa... di atas keterujaan saya.. saya dah mula packing baju nak bawak balik.. excited kan.. flight balik hari khamis ni.. bersama firefly... harap perjalanan kami selamat...
tahun ni saya tak membeli biskut.. tapi memborong kerepek.. macam2 kerepek di borong.. malas nak beli biskut sebab confirm tak habis.. baik beli kerepek jer.. boleh makan2 depan tv sambil goyang kaki.. hahahha


di kesempatan ini jugak.. nak share.. marissa dah 9 bulan.. haa.. terasa cepat jer masa berlalu... sedar tak sedar dah 9 bulan... teringat pada waktu ketika ini tahun lalu marissa masih di dalam perut lagi.. heheheh
marissa sekarang plak.. dah makin bijakk.. n makin manja pun ada gak.. marissa dah tau kalau daddy n mama dia marahkan dia.. mula la buat muka nak nangis... lepas tu skarang ni macam jinak2 merpati.. malu2 kucing kalau orang tegur dia.. nak tapi malu.. hahahha.. marissa pun dah pandai menerima arahan.. kalau suh bye-bye.. mula la tangan dia melambai2 macam usop wilcha.. kalau suh french kiss.. buat french kiss tangan terbalik sambil buat bunyi mmmuuuahhh yang tak jadi.. suruh tepuk tangan tepuk tangan memanjang... suruh twinkle2 litle star.. buat malu2.. tak nak tunjuk kat orang... sekarang ni marissa pun dah menggigit.. especially mamanya.. kalau daddy tak nak plak dia gigit... marissa .. marissa..
skarang ni marissa dalam practise nak berdiri.. asyik berpaut dengan benda2 yang boleh dia paut utk berdiri.. kadang2 risau gak tengok dia.. takut terhantuk ker.. tapi biarlah dia berusaha sendiri.. heheheheh.
saya rasa sekarang marissa dah tak chubby macam dulu lagi... kalau orang tua2 cakap.. dia nak meringankan badan dia.. nak pemande kata orang sarawak.. tak per la.. janji marissa sihat, cergas & cerdas..

dapatkan headband ini di http://www.facebook.com/almarimerahjambu
ooo.. ada lagi satu kegembiraan...
hari ni dapat surat menyatakan yang rumah kami sudah boleh diduduki.. kunci boleh di ambil pada 10 september nanti.. wah .. gembira rasanya hati... sebab dah berbulan2 tunggu bila nak dapat kunci rumah ni...
well.. deco deco mode activated...



itulah dia.. ramadhan yang mulia.. syawal yang bahagia.. heheheh

oh ya sebelum terlupa.. sapa2 kengkawan yang blum like page almari merah jambu.. sila la like yer.. terbuka utk semua.. http://www.facebook.com/almarimerahjambu

kepada sapa2 yang belum juga follow blog ni boleh la klik follow di sebelah kanan ni.. kepada yang dah follow.. boleh klik follow utk blog berkenaan kesihatan di blog http://almarivitamin.blogspot.com. boleh beli vitamin sekali.. hehehhehe... tq..

itu sahaja utk hari ni.. caaaalooooooo

Monday, August 8, 2011

Buka Puasa

Do you like this story?

Alhamdulillah..
hari ni dah hari ke-8 kita berpuasa..
hari ni nak buka puasa lauk apa yer.. marilah kita share nak masak apa hari ni..
hari ni saya plan nak buat sup ikan jenahak sebab sabtu lepas g pasar malam beli ikan jenahak.. heheh
so buka puasa hari ni saya plan nak buat sup ikan jenahak jer.. senang dan pantas..

bahan-bahan yang diperlukan:
  • ikan jenahak yang dah dipotong
  • rempah sup ikan
  • bawang merah, bawang putih - dipotong halus
  • halia - di potong halus
  • serai - diketuk
  • kentang
  • tomato
  • garam secukup rasa
  • daun sup
  • cili besar sebagai hiasan
  • bawang goreng - boleh goreng bawang merah yang dah dipotong halus
  • minyak masak
  • air
cara-cara memasak
  • pertama sekali panaskan kuali dan masukkan minyak masak sedikit sahaja. setelah minyak panas masukkan bahan tumisan iaitu bawang 2 beradik (bwg merah & putih) halia & serai dan rempah tumis (biasanya ada disertakan sekali dalam rempah sup ikan)
  • setelah naik bau dan bahan tumisan agak kekuningan masukkan air. biarkan air mendidih, masukkan kentang & bunjut sup ikan.
  • biarkan seketika, masukkan ikan. tambah garam secukup rasa
  • setelah ikan masak masukkan tomato, blh masukkan daun saderi jika suka.
  • boleh dihidangkan, hias dengan daun sup, bawang goreng & cili.
gambar akan diletak kemudian.. hehehhehehe.. (update: tak sempat nak ambik gambar sup ikan nya dah habis)
itu sahaja dari resepi dari saya..

esok resepi sup daging plak.. wakakakak.. sebenarnya dah tak tau nak bli apa kat bazar ramadhan.. balik2 benda sama jugak yang jual. tapi bila jalan2 kat bazar ramadhan tengok air cam sedap jer.. sejuk mata memandang. hehehhee ..
buffet ramadhan plak memang melambak2.. tapi tak tahu mana yang best.. second day puasa hari tu bawak ayah bukak puasa kat sacc shah alam. try buffet ramadhan rasa nusantara..semua yang ada adalah masakan melayu. not bad la. ada kambing sekor .. kambing kebuli nama nya.. saya try sikit jer sebab tak berapa nak lalu makan kambing. tpi kurma kambing dia ok la.. boleh gak lalu kat tekak saya ni. pegi hari tu pun 1st day pembukaan diorang siap ada orang interview diaorang punya bos lagi.
ada persembahan juga dari kumpulan nasyid nice ker apa ntah .. lupa dah nama dia.
layan gambar marissa dengan atok dia jer la.. saya tak plak ambik gambar makanan.. sebab tak sempat..

marissa dengan atok.. marissa dah lapar makan sudu..

bajet siap sedia nak makan la konon.. hehehe

budak kecik ni makan tisu plak..
our seat. A2. orang tak sampai pun lagi.. hehehhe
** akak tailor rumah depan merangkap jiran saya sms kata 3 pasang baju dah siap. ini menjadikan total baju raya saya tahun ni 8 pasang.. haaaa.. amek kaw...
alhamdulillah suma baju raya dah setel.. baju raya marissa before puasa lagi dah setel. tinggal baju melayu daddy jer lagi.. main tunjuk kat kedai jer..
tahun ni saya pilih kain jenis cotton semua.. senang nak menyusu n berjalan2.. heheheh tak panas.. malas nak beli yng fancy2. dah la tu pesen semua sedondon jer.. cuma satu baju je cotton berbunga.. tema kitorang tahun ni cream.. wakakakkaka.. dan... warna warni ala pelangi... hehehhehe

Monday, August 1, 2011

Salam 1 Ramadhan

Do you like this story?

Alhamdulillah.. kita dipertemukan sekali lagi dengan 1 Ramadhan.
terasa cepat masa berlalu..sedar tak sedar dah Ramadhan balik.
teringat Ramadhan yang lepas, waktu tu tengah sarat mengandung.. Alhamdulillah puasa saya tamat.
tahun ni belum tahu lagi entah tamat atau tidak. harap-harap tamat jugak la yer.
Sempena Ramadhan yang mulia ini, di harap kita dapat memperbaiki diri kita sendiri.. membanyakkan amalan & sedekah.. tolong menolong sesama umat. kita tidak tahu ketentuan yang diberi oleh Allah kepada kita. entah-entah ini Ramadhan kita yang terakhir bersama orang tersayang.
oleh itu hargailah orang yang anda sayangi kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita. dan jangan lupa banyakkanlah amalan kepada Allah, berbuat baik kepada jiran tetangga dan kawan-kawan, berbuat baik kepada semua umat manusia & hamba Allah.

itu sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada saya hari ni.

bagi ibu-ibu yang ingin kekal bertenaga, kekal terhidrasi dapatkan SHAKLEE PERFORMANCE DRINK anda hari ini di http://almarivitamin.blogspot.com @ email kepada saya di ladysuerauf@gmail.com

Perfomance Drink (PD)

 boleh juga top up Energizing Soy Protein untuk kesihatan prostat & payudara, membaiki tisu badan.
Sangat sesuai utk breastfeed mommy.. blh digunakan sebagai milk booster.. mengandungi protein kacang soya yang boleh menyihatkan jantung.

Energizing Soy Protein (ESP)
tunggu apa lagi.. dapatkan ESP atau PD daripada saya hari ni. dijamin harga istimewa.

***p/s ibu menyusu & mengepam - kedua-dua produk ini sangat recommended untuk memastikan anda tidak dehidrasi selepas mengepam dan memastikan bekalan susu maintain (insyAllah).

dapatkan stok anda hari ini di http://almarivitamin.blogspot.com @ email kepada saya di ladysuerauf@gmail.com

Friday, August 20, 2010

Persiapan menghadapi Ramadhan

Do you like this story?

walaupun dah hari ke 10 kita berpuasa, tapi its never too late nak share benda ni semua..
Selamat beramal...


 
Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : -
Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)


1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir 1
1) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pancaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

Wednesday, August 11, 2010

yeay.. yeay.. syabas kepada saya

Do you like this story?

alhamdulillah... hari ini 1 ramadhan 1413..
saya berjaya menamatkan puasa saya.. walaupun kadang-kadang rasa macam perut memanggil-manggil untuk di isi tetapi saya mampu bertahan.. tapi hari ini saya cuti... jadi kalau lapar boleh tidur sekejap.. boleh baring-baring..
tak tahu esok macam mana.. mampu ke tidak untuk berpuasa.. harap-harap mampu..
sebab esok kat ofis sejuk... kalau lapar nak baring macam mana.. takkan nak lepak kat surau baring-baring.. huhuhuhu..
saya harap saya dapat menamatkan puasa untuk 1 bulan ramadhan kali ini..
lama dah tak tamat puasa.. kalau tamat puasa tahun ni syok jugak... hehehhehe

sempena bulan ramadhan ni kan.. mesti ramai yang nak congak-congak nak berbukak kat mana.. mesti ada terfikir nak bukak kat hotel-hotel ke.. tak pun dapat baucer berbuka puasa dari mana-mana hotel..
so di sini saya nak share senarai hotel yang mempunyai sijil halal dari jakim..
yer la.. kadang-kadang kita ni terlalai seketika.. dengar jer buffet ramadhan.. mesti kita ingat benda tu dah halal.. tapi tak semestinya... so boleh bukak website ni SENARAI HOTEL YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL SAH
and survey-survey la senarai hotel yang korang nak pegi untuk berbuka nanti...


ok la .. itu ajer...

SALAM RAMADHAN DARI SAYA...

pomot lagi : http://ladysue-blogshoppe.blogspot.com

Tuesday, August 10, 2010

aku dan kerjaku.....

Do you like this story?

weeee huuuuuu......

naper makin nak cuti panjang makin banyak jer keje ni..
tak dapat la bercuti dengan tenang....
waaaaaaaaaaa... camner nak buat ni...

tapi dalam banyak-banyak keje boleh lagi erk update blog...
sebab nya.. saya suka buat banyak keja dalam satu masa..
semakin tension saya semakin banyak keja saya buat dalam 1 masa..
sebab tu makin tension... waawawaaa..
esok nak puasa... harap2 dapat puasa.. amin...

selamat berpuasa semua.... semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua....
amin...

SALAM RAMADHAN 2010...

promote lagi.. http://ladysue-blogshoppe.blogspot.com/

Friday, September 4, 2009

Today is Friday... hari isnin CUTI !!

Do you like this story?



yihaaa... seperti kebiasaan... hari ni jumaat.. dan lepas jumaat kita ada sabtu & ahad.. yang paling masyuknya hari Isnin 7 September 2009 ni negeri2 seperti Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu & SELANGOR (negeri pekerjaan ku) dapat cuti umum sempena NUZUL AL-QURAN.. cuti panjang lagi.. ni yang syok... tapi hubby kena pegi keja sebab dia keja kat kl.. heheheh kesian member..
so my plan on that day is.. SHOPPING RAYA heheh... bukan shopping sakan..
teman kan kawan i yang nak membeli belah.. last year temankan dia.. tahun ni dia cakap dia dah tak berteman nak membeli belah hari raya utk family dia.. so aku teman kanla dia.. lagipun aku nak usha2 barang jugak.. nak memantau2 pasaran tempatan.. ada yang berkenan blh la membeli...

well weekend ni tak tau nak buat apa.. rilek2 je kat umah..
esok bukak posa kat Grand Season Hotel ngan hubby.. dapat voucher free.. blh la bukak posa kat hotel..
hari ahad nak kemas2 rumah.. kalau tak merayap ke mana2 la..
hari isnin kuar shopping...
lepas tu hari Selasa kena keja balik...
mula bulan ini setiap 8 hb adalah hari kecederaan.. hari kena run script... sebab 10hb semua report kena deliver...
so hari ini aku buat ulangkaji yang bos aku ajar hari tu pasal nak load script baru.. sebab before ni pakai database ORACLE.
so starting from this month, kena pakai database GREENPLUM, yang semua orang tak familiar, semua baru nak bukak kitab nak belajar... so harap2 ok je la nanti.. smua berjalan dengan lancar.. INSYAALLAH..

so thats all for today.. kita sambung di waktu dan hari yang lain... sehingga kita bertemu lagi.. SELAMAT BERAMAL & RENUNG-RENUNGKAN LAH...

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Do you like this story?

salam ramadhan untuk semua..

alhamdulillah Ramadhan datang lagi.. semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada diri kita, ahli keluarga kita & sluruh umat islam...

kareem


happy ramadan

Manisnya Ramadhan...

Do you like this story?

salam ramadhan utk semua...

alhamdulillah, kita semua masih lagi sempat menyambut Ramadhan kali ini..
Ramadhan kali ini amat bermakna..
sebabnya.. ini adalah ramadhan yang pertama bersama suami..
so keadaan tentulah berbeza ketika hidup membujang..
kalau dulu, tak payah pening2 pk nak bangun sahur or nak memasak utk sahur..
tapi sekarang.. semua benda tu kena buat.. kena sediakan makan minum untuk suami..

itu bab sahur.. kalau bab berbuka plak..
kalau dulu berbuka dengan kengkawan or sorang2..
tapi sekarang.. berdua dengan suami.. kena tanya suami nak makan, minum apa..
memasak.. g bazar ramadhan sama2.. sampai rambang mata.. :)

malam plak.. solat jemaah.. pegi tarawih bersama...

itu adalah aktiviti di bulan ramadhan.. harap2 ramadhan ini mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.. INSYAALLAH.. amin..

waiting for syawal...
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.