layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Sunday, January 31, 2010

Mister Potato Contest

Do you like this story?

ha.. selamat tengah malam...

sapa suka makan kerepek kentang mister potato... mesti ada yang suka makan kan.. tak pun sengaja terbeli ker..

kalau dah terbeli kerepek kentang MISTER POTATO tu.. apa kata join contest ni .. boleh menang sampai 200 00 ribu.. banyak kan.. tak payah cerita panjang-panjang.. pegi jer kat website ni MISTER POTATO CONTEST
boleh dapat semua detail bagaimana cara nak menang 200 000 ribu ringgit tu... mana tahu usaha kita yang efforless kata orang putih berbaloi kan.. menang jangan tak menang...






Saturday, January 30, 2010

Kotex Luxe

Do you like this story?

night everyone.. iklan nak lalu .. iklan nak lalu..

here is a good news for girls out there...

kotex is launching their Soft & Dry New Kotex Luxe. One Pad No Compromise.. itu slogan dia...

kotex luxe adalah ultrathin pad with revolutionary Fusion Technology.. iaitu menggabungkan kelembutan kapas & kekeringan net hanya dalam satu pad..

so kepada siapa yang tengah mengibarkan bendera jepun, bolehlah pegi usha kat kedai-kedai yang berdekatan dan dapatkan 1 bungkus or berbungkus-bungkus stok KOTEX LUXE ni dan rasakan sendiri KOTEX LUXE FUSION TECHNOLOGY..

kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi boleh klik link ini KOTEX LUXE

daripada website di atas jugak kita boleh dapatkan free sample.. and jangan lupa untuk sebarkan berita baik kepada kawan-kawan baik @ orang tersayang anda... sharing is caring maaa....

daripada website ni juga you have chance to win melinda looi dresses & update to promotion & activities of kotex luxe...

so tunggu apa lagi.. nak tahu cerita menarik lagi.. go to this website KOTEX LUXE..

do what you have to do...

selamat malam semua...

lewat seminit dari ladysuerauf.blogspot

Thursday, January 28, 2010

What happen to me in this week!!!!

Do you like this story?

well.. morning everyone..

kembali ke tempat asal ku... hehheheh

past 3 days.. memang sangat busy.. blog aku sendiri pun aku tak sempat nak tengok, apatah lagi nak singgah-singgah di blog lain.. baru hari ni  baru nak menyempat update dan membaca cerita-cerita menarik yang dah aku tertinggal...
actually, pada ketika ini pun.. (cherrrr ayaaat...) otak aku macam freeze jer... beku.. tak boleh nak fikir lebih lebih .. dalam otak ni sekarang terlalu banyak benda yang bersangkut paut dengan pekerjaan...
yang aku risaukan sebenarnya.. next week aku nak cuti 5 hari sebab mak aku nak datang sini, bila parents kita nak datang jadi we have to entertain them rite?.. di jadikan kisah nya pulak.. aku tak boleh nak bercuti dengan tenang disebabkan kekangan pekerjaan.. nak cuti dengan rasa yang serba salah adalah perkara yang tidak menyeronokkan sama sekali...
oleh kerana 3 hari lepas aku dan project team yang lain sibuk buat UAT, jadi selepas UAT kita kena ada UAT Fixes & Retest.. aduh.. pening nya kepala... macam mana nak cuti macam ni.. parents aku pulak dah tak boleh nak tunda flight dia orang.. so sekarang ni aku hanya dapat berkata.. cuti jer lah.. nak buat macam mana... buat kerja remote dari rumah la nampaknya..

so next week, me and husband together with my parents akan berkelana ke PULAU PINANG.. 2 days trip macam tu..
penang here i come.. walaupun hati & perasaan tak tenang..
nak beli fridge magnet banyak-banyak.. hua hua hua..
nak pergi hard rock cafe penang...
nak makan rojak penang..

so siapa ada suggestion, kat penang apa yang best yer ????

*** jap.. before tu aku nak citer jugak.. hari isnin lepas me and husband jumpa kawan lama kita orang satu kelas.. lama jugak la tak jumpa budak ni.. lepas habis sekolah memang dah tak jumpa dah... nama dia saiful aiee.. dulu kitorang 1 kelas form 4 & forn 5. husband aku dengan dia pulak dari form 1 sampai form 5 satu kelas.. jadi bila dah jumpa tu mula lah nak mengimbau kenangan waktu sekolah dulu.. best jugak kan.. rindu masa sekolah... nanti nak buat entry masa sekolah lu.. tunggu ada masa yang best sikit nak share k...

Saturday, January 23, 2010

My fridge magnet collection

Do you like this story?

walla..

well, saja nak share dengan everyone.. one of my hobby is collecting fridge magnet..



so, everytime melancong @ berjalan-jalan ke tempat baru, benda yang aku akan aim dulu is fridge magnet.. rasa macam satu family la giler dengan fridge magnet nih.. kalau nak beli souvenior , fridge magnet ni satu kemestian..
oleh kerana aku just married, so aku tak blh la nak kalahkan peti ais rumah aku kat sarawak sana.. eventhough waktu aku bujang lu.. aku jugak yang belikan fridge magnet tu.. bila time aku kawen aku macam nak ambik fridge magnet yang aku dah beli @ di hadiahkan kepada aku.. adik aku siap warn aku lagi... jangan ambik.. nanti aunty perasan.. heheh.. dia yang sebenarnya tak bagi ambik.. well..  kalau ada fridge magnet yang lebih dari satu tu aku cilok jer la... kalau satu jer tak dapat laa aku nak cilok kan..

so kat sini.. aku nak share koleksi fridge magnet aku.. so sapa2 yang ada hobby yang sama.. boleh la share sekali...



banyak jugak fridge magnet yag takda kat sini, e.g - beijing - pemberian kawan aku.. akuaria - yang aku beli time g akuaria dulu, bahrin - waktu hubby keja kat qatar and lain lain.. semua nya ada kat umah sarawak...
yang ni macam aku cita tadi tak blh cilok sebab ada 1 jer..

most of the magnet adalah hasil 'perjalanan' aku sendiri.. yang selebihnya kawan hadiahkan.. or kawan tlg belikan..

heheh.. fun jugak collect fridge magnet.. ni..

Friday, January 22, 2010

Mimpi .. Make your dreams come true..

Do you like this story?

salam semua.. semenjak dua menjak internet kat umah aku ni bengong.. n kesibukan keja kat ofis .. rasa cam dah lama tak update blog ni.. so hari ni aku bersempatan nak share yang ni...





"Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang anda ingin anda tujui dan jadikanlah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin ada lakukan."


p/s: harap-harap keinginan tu biarlah yang berfaedah yer.. jangan pulak nak jadi superman ke batman ker.. yang relevan la... :)


http://suzannalady.blogspot.com

Thursday, January 21, 2010

Laksa Sarawak kaw kaw punya...

Do you like this story?

ni nak share resepi laksa sarawak dengan semua.. kepada sesiapa yang belum try.. boleh la try lepas ni..
tapi kalau nak beli laksa sarawak kat area kl / selangor / semenanjung m'sia ni.. tak sure plak kesedapan dia sebab penah try kat laksa shackyyyy... hmm.. tak best .. tapi tak tau la kalau org swk yg buat bisnes kat sini kan.. any way.. kalau berkesempatan try la...

bahan - bahan penting..
pes laksa sarawak - main ingredient ni.. jangan lupa..
bihun
dada ayam / isi ayam
udang
santan kelapa - nak pakai fresh / kotak terpulang kepada masing-masing
telur
tauge
daun ketumbar - sebagai penyedap rasa / hiasan
garam & penambah perisa secukup rasa
belacan
cili kering
limau kasturi


cara-cara penyediaan...

langkah pertama..

- penyediaan kuah laksa -


masak pes laksa bersama 2 liter air di dalam periuk.. gaul-gaul sehingga sebati supaya pes laksa itu larut di dalam air. untuk menyedapkan lagi kuah tersebut, masukkan dada ayam (jangan dipotong) & kepala udang (yang sudah di bersihkan) ke dalam kuah laksa tersebut. biar kuah tersebut mendidih & sehingga aroma masakan menusuk kalbu.. hehehehhe
sekiranya ayam tersebut sudah masak (jangan overcook k) boleh dikeluarkan dari kuah tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.

p/s : tujuan ayam & kepala udang di campur bersama pes laksa tersebut adalah untuk menambahkan lagi kepekatan kuah tersebut. bila kita masukkan ayam, secara tidak langsung kita buat stok ayam..
ada faham... faham kan...

bila kuah tersebut sudah masak, tutup api dapur. sejukkan seketika. dah sejuk, tapis kuah tersebut.. jadi kuah laksa tersebut akan bebas hampas pes laksa & kepala udang tadi..
masakkan semula, sekiranya mendidih, masukkan santan, gaul hingga sebati. kalau air dah berkurang boleh la tambah air k... kuah tu jangan terlampau pekat atau jangan terlampau cair
tambah garam & penambah perisa secukup rasa..

p/s lagi : kesedapan laksa sarawak bergantung kepada kesedapan kuah dia.. kalau kuah dia sedap.. maka laksa sarawak tu for sure akan jadi tip top..

ok.. ni cerita bab kuah saja tau.. kalau di antara masa menunggu kuah tersebut mendidih boleh la buat penyediaan isi laksa di bawah.. multi tasking kata orang.. hehehhehe

1. ayam - ayam yang sudah dimasak tadi, isinya di carik-carik.
hasilnya seperti di bawah


2. udang di buang kulit & buang yang hitam panjang belakang dia tu... dont know how to explain.. lepas tu rebus/masak seketika.. jangan overcook..


3. telur di goreng dadar & di hiris halus-halus


4. tauge di rebus seketika (jangan overcook / layu sangat)


5. sebagai penyedap rasa, tumbuk @ blend cili kering bersama belacan & goreng dengan minyak sedikit.

6. bihun di rendam dengan air panas seketika sehingga ia menjadi lembut.

jadi complete set laksa sarawak tersebut jadi seperti di bawah


jadi cara nak hidang / makan nya...

masukkan bihun dalam mangkuk.. then letak la bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk.. masukkan kuah .. lepas tu makan... nyummy...

daun ketumbar boleh di tambah di atas laksa sebagai penyedap rasa.. kalau takder pun tak pe..

selamat menjamu selera...

p/s: kalau sebelum ni g sarawak, beli tikar beli pasu beli kek lapis.. nanti-nanti boleh la beli pes laksa sarawak pulak..

selamat mencuba

Wednesday, January 20, 2010

Ceritera comment di Facebook

Do you like this story?

pagi semua...

ni nak story pasal facebook lagi..

semalam dapat email dari facebook fren untuk join group "Kami Anti Hani Tarmizi"..
tertanya2 jugak dalam hati sapa la Hani Tarmizi ni.. apa la kesalahan yang dia dah buat...
nak tengok kat facebook time tu tak blh sebab kat ofis takleh bukak fb dengan cara yang biasa...
so aku google la HANI TARMIZI kat tenet.. google punya google.. banyak la jugak hasil pencariaan google tu..
so baca la kat blog bebudak ni... al kisahnya si Hani Tarmizi ni telah mencetuskan kemarahan orang sarawak... especially girls..
dalam komen facebook dia mengutuk dengan kata2 kesat @ lucah yang menghina gadis2 sarawak..
detail2 apa yang dia komen tu aku malas la nak tunjuk kat sini... nanti blog aku ternoda pulak dengan ayat2 yang tak best @ tak sedap di dengar kan..

well, kalau korang nak tahu lebih detail.. korang google la sendiri k...

apa2pun nasihat daripada aku.. jangan post komen ikut sesuka hati & perasaan kita di facebook tu... ataupun apa2 jer saluran.. sebab skrg ni ada orang yg dh dipenjarakan, di tangkap, di reman & seangkatannya la di sebabkan komen2 di facebook tu..
jangan mencetuskan isu2 yang sensitif, berbaur perkauman, polittik & sebagainya.. walaupun niat kita hanya sekadar gurauan atau nak marah sekejap jer.. hehehehhe... (biasalah kan, kadang2 orang tu suka nak meluah perasaan dia kat fb).
ceh.. aku dah macam pemuda umno lak.. hehehhehe..

tapi perkara ni memang serius.. dalam the star hari sabtu yng lepas ada orang kena tahan dgn polis di sebabkan komen di facebook tu.. so berhati2 dengan ayat2 yg kita tulis..

ok la .. setakat itu sahaja laporan utk hari ni.. heheheheh
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.