layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga
Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Menabung dengan mudah

Do you like this story?

salam & apa khabar semua.

hari ni share dengan korang semua macam mana nak menabung dengan mudah. bukan budak-budak jer yang kena menabung. orang dewasa pun lagi la kena menabung..

cara yang paling senang :

1. kena tetapkan nak simpan apa & berapa.
contoh nak simpan wang kertas rm 5 sahaja. atau nak simpan wang kertas rm 1 sahaja. kalau saya.. saya simpan wang kertas rm 1 yang baru sahaja & semua syiling. jadi setiap kali dapat wang kertas rm 1 baru saya akan simpan. begitu jugak dengan syiling.

2. kena sediakan tempat simpanan atau tabung
kalau boleh tempat simpanan atau tabung ni kena berada di tempat yang mudah dicapai atau senang dilihat.
contoh wang kertas boleh simpan dalam sampul, dan sampul tu boleh dibawa ke mana-mana sahaja. nak senang yang ladies boleh letak dalam hand bag. kalau syiling pulak kena letak tabung kat banyak tempat. biar kecik janji berisi.. itu tag line dia.. hehehehe. kalau saya sampul wang kertas memang sentiasa ada dalam beg, jadi setiap kali setel shopping memang akan masukkan wang kertas rm 1 baru ke dalam sampul tu. wang kertas lama pulak boleh belanja.. heheheh. kalau tabung syiling pulak, memang merata tempat ada, kat bilik tidur, kat sebelah washing machine sebab washing machine saya macam syiling vending machine.. selalu jumpa syiling dalam washing machine.



3. kena set target nak simpan lama mana
dah simpan-simpan kenalah  set target bila wang ini akan digunakan. betul tak?  jadi anda boleh set target nak simpan selama mana yang anda mahu. kalau nak senang tetapkan target yang boleh diukur, contoh nak simpan selama sebulan, nak simpan sampai raya tahun depan, nak simpan sampai hujung tahun. nak simpan utk setiap 2 bulan. nak simpan sampai tabung syiling ni penuh.. ingat kena letak target yang boleh diukur, baru dia jalan. kalau tak nanti simpanan tu sekerat jalan jer.. heheheh

4.dah simpan nak buat apa dengan duit ni??
ha.. benda ni yang paling orang suka nak dengar. apa nak buat lepas duit tu dah sampai target simpanan. well, depends kat korang nak buat apa. contoh, boleh simpan duit tu untuk bagi duit raya kat budak-budak. boleh juga simpan untuk masukkan dalam simpanan anak-anak, beli barang kesukaan anda, atau masukkan dalam simpanan pelaburan anda. Boleh jugak buat tabung simpanan untuk melancong. so kegunaan dia meluas boleh ikut kemahuan anda sendiri.


so dah buat ke belum?? kalau belum jom la kita menabung..

Friday, May 25, 2012

Hobi - DIY fridge magnet board

Do you like this story?


salam hari jumaat..

hari ni nak update tentang hobi..
well.. hobi saya kumpul fridge magnet. oleh kerana fridge magnet sudah memenuhi ruang fridge maka saya pun fikir-fikirkan cara terbaik untuk menyimpan collectible magnet saya ni.
kalau anda pun macam saya, dah tak tahu nak letak mana fridge magnetnya.. apa kata ikut cara ini..
nampak gambar di sebelah, saya dah letakkan magnet saya di satu board yang khas. macam mana nak dapatkan board ni?
caranya senang sahaja, saya beli magnet board putih di sebelah di IKEA. anda boleh juga guna white board  atau mana-mana magnet board yang sesuai. di IKEA ada jual pelbagai color magnet board tapi saya pilih yang putih sebab nak ilusi lebih bersih, menampakkan magnet saya dan senang nak match dengan apa kaler dinding pun.
untuk mencantikkan lagi magnet board tadi, saya pergi hantar buat frame kat kedai frame berdekatan rumah saya.. cost buat frame pun takder la mahal sangat, depends dengan frame apa yang kita pilih. so saya pilih frame warna putih ada line wrna silver. so memang matching la dengan board putih.


sekarang ni dah ada dua board yang penuh.. hasil collection sikit demi sikit. kalau dah bertambah ni nak cari dinding mana pulak nak tampal magnet board saya ni.

ok itu saja.. semoga mendapat ilham daripada idea ni.
selamat mencuba.

Thursday, July 14, 2011

tutorial - felt flower stick & love magic stick - part 1

Do you like this story?

just for fun..

saya dalam proses membuat felt flower stick & love magic stick untuk saya gunakan di majlis akikah marissa nanti as a door gift.. instead of bunga telur.. saya gantikan dengan flower stick.. saja suka2.. lagi pun cam meriah jer tengok bunga-bunga & love stick ni.. dalam pembikinan baru ada corak love & bunga.. corak lain akan ditambah dari masa ke semasa mengikut perkembangan otak saya.. hehehehe
ini apa yang saya dah buat  untuk fren saya mr munzir untuk prop dia di JEJARI PICTURE..

 tutorial untuk buat felt flower stick & magic love stick ni saya akan update kemudian yer..

bahan-bahan:

kain felt
benang & jarum
glue gun
stick - blh beli kat giant, tesco

cara-cara
1. gunting kain felt ikut bentuk bulat.. saiz bulat depends.. saya ikut saiz botol  peanut butter..

 p/s: makin besar bulatan tersebut.. makin besar la kelopak bunga dia..

2. lepas tu susun bulatan tersebut secara bertindan dan gunting sedikit di bahagian hujung bulatan tersebut. gunakan gunting yang tajam..

3. kemudian jahit bahagian hujung yang dipotong tadi bersambung-sambung dengan bulatan yang lain


 4. kemudian.. tarik dengan ketat sehingga membentuk kelopak bunga yang sempurna.. dan jahit..


6. akhir sekali hias bunga anda.. dan lekatkan di stick menggunakan glue gun..

Wednesday, June 29, 2011

dapat fridge magnet lagi..

Do you like this story?

yea.. dapat fridge magnet lagi.. kwan husband bagi..


tq eriq.. next time blh bagi lagi.. hehehehe

Tuesday, June 21, 2011

fridge magnet bulan ini...

Do you like this story?

today is marissa 7 mths... cepatnya masa berlalu.. tapi bukan ini stroy untuk entry ni..
bulan ni keje saya mengumpul fridge magnet.. menambah koleksi yang sedia ada.. sambil membawa family saya berjalan-jalan.. sambil-sambil tu membeli fridge magnet yang menarik dan takder lagi dalam koleksi..
kita layan gambar jer la..
jeng jeng jeng..






  
menambah koleksi melaka yang sedia ada.. ni jumpa yang terbaru.. masjid lama.. 


sungai melaka..






a part of my fridge magnet.. kat petiais dh penuh..


sebenarnya magnet board kat atas tu i nak anta g buat frame kat kedai frame.. tapi tak kesampaian.. hari tu ada tanya kat kedai frame kat sungai buluh .. tapi dia tak buat pulak.. kena g hantar kedai lain plak..
p/s utk diri sendiri : tambah koleksi sedia ada... perasaan = puas.. hehehhe

Wednesday, June 1, 2011

vanilla aromatic sachet..

Do you like this story?


cara-cara nak buat senang jer..
bahan-bahan yang diperlukan ..
kain (blh beli kat fabric fanatic)

felt fabric
benang & jarum
aromatic sachet (berlambak kat kedai hinode.. satu barang 5 ringgit) saya pilih vanila flavour



1.potong kain ikut saiz sachet tapi jangan terlalu besar / terlalu kecik.. sedang2 jer.. supaya boleh muat sachet tu.. dan lipat 2.
2.potong felt fabric kepada 3 saiz berlainan dalam bentuk love..saiz love yang paling besar sekali hendaklah sama dengan lebar kain tadi. (nak buat lebih daripada 3 pun blh)


3.susun love tersebut dengan susunan yang terbesar di bawah sekali.. dan jahit di tengah love tersebut..
kemudian.. jahit love ke atas kain pulak.. jahitkan di bahagian dalam kain..
4. jahit di bahagian dalam kain untuk bahagian bawah dan tepi.. supaya bila kita terbalikkan kain tu jahitan tak nampak..biarkan bahagian atas kain terbuka.
5. masukkan sachet melalui bahagian atas kain dan jahit bahagian tersebut.
6. akhirnya hasil seperti di bawah..

Monday, March 7, 2011

new babe in the house...

Do you like this story?

taaadaaaa...

new babe in the house..



my little cactus... hari tu g cameron bawak mertua jenjalan so sempat la membeli cactus ..
actually rambang mata tengok cactus yang comel.. rasa nak borong jer setiap jenis cactus tu..
tapi disebabkan kereta pun dah penuh.. ambik jer yang sesuai...
mengikut orang yang jual cactus tu.. cara penjagaan cactus ni senang jer...
kena siram 2 kali seminggu..
baja sebulan sekali..
tukar pasu setahun sekali.. sebab cactus tu akan membesar...

pastu kita ada new fridge magnet in the house..
yang ni dapat time bawak mentua g kenduri hujung minggu lepas kat teluk intan pastu kitorang menapak kat lumut...
time g pangkor dulu tak jumpa plak frigde magnet yang camni.. time g kali ni terjumpa plak.. so apa lagi.. kita rembat ler...


teluk intan leaning tower


susah nak dapat fridge magnet yg teluk intan nih.. nanti kiter citer panjang pasal fridge magnet(fm) ... yang cameron punya pun ada gak.. tapi tak ambik gambar..  nanti kita buat satu entry pasal fm plak...
jom tengok gambar marissa jenjalan...


baru bangun tido... menggeliat..



marissa tengok mama...
tengah borak-borak
bila nak tido nih....






*** super duper exhausted.. sebab tengah pikir banyak nya baju tak iron lagi nih.. teringat zaman sekolah lu.. kalau hujung minggu mesti sibuk iron baju untuk stok berminggu-minggu.. yer la duduk asrama kan.. semua nak kena kongsi..
so sapa-sapa yang dah dapat tempat iron tu mesti berebut-rebut nak cop sapa nak iron lepas tu pulak...

Friday, February 18, 2011

cross stich - hobi di masa lapang

Do you like this story?

sekarang ni saya ada hobi baru.. menambh pekerjaan yang sedia ada banyak iaitu cross stitch.. tapi takde la saya buat cross stitch yang complicated tu.. saya buat yang simple jer.. ni pun saya buat yang DIY yang saya beli kat Living Cabin.. dia ada pelbagai corak dan bentuk.. yang saya beli ni small wallet dengan corak love..
baru buat setakat ni... a long way to go...



set ni dilengkapi dengan kain cross stitch, benang & gambar corak sekali... kita perlu ikut jer corak tu.. lepas tu boleh jahit wallet tu..

kalau dah siap.. saya post gambar yang dah siap pulak...

actually cross stitch ni dah jadi macam satu terapi kepada saya... bila saya buat cross stich ni saya akan fokus.. bila saya fokus kat cross stitch ni saya akan lupa kepada masalah-masalah yang lain.. pendek kata mengurangkan bebanan fikiran... lagi satu, bila cross stitch ni dah menjadi rasa macam puas.. hehehehehhe ..
kepuasan diri ke tahap yang maksimum...

baiklah... itu sahaja setakat ni.. akan bersambung bila cross stitch ni dah siap..

Saturday, January 23, 2010

My fridge magnet collection

Do you like this story?

walla..

well, saja nak share dengan everyone.. one of my hobby is collecting fridge magnet..



so, everytime melancong @ berjalan-jalan ke tempat baru, benda yang aku akan aim dulu is fridge magnet.. rasa macam satu family la giler dengan fridge magnet nih.. kalau nak beli souvenior , fridge magnet ni satu kemestian..
oleh kerana aku just married, so aku tak blh la nak kalahkan peti ais rumah aku kat sarawak sana.. eventhough waktu aku bujang lu.. aku jugak yang belikan fridge magnet tu.. bila time aku kawen aku macam nak ambik fridge magnet yang aku dah beli @ di hadiahkan kepada aku.. adik aku siap warn aku lagi... jangan ambik.. nanti aunty perasan.. heheh.. dia yang sebenarnya tak bagi ambik.. well..  kalau ada fridge magnet yang lebih dari satu tu aku cilok jer la... kalau satu jer tak dapat laa aku nak cilok kan..

so kat sini.. aku nak share koleksi fridge magnet aku.. so sapa2 yang ada hobby yang sama.. boleh la share sekali...



banyak jugak fridge magnet yag takda kat sini, e.g - beijing - pemberian kawan aku.. akuaria - yang aku beli time g akuaria dulu, bahrin - waktu hubby keja kat qatar and lain lain.. semua nya ada kat umah sarawak...
yang ni macam aku cita tadi tak blh cilok sebab ada 1 jer..

most of the magnet adalah hasil 'perjalanan' aku sendiri.. yang selebihnya kawan hadiahkan.. or kawan tlg belikan..

heheh.. fun jugak collect fridge magnet.. ni..

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.