layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Thursday, January 21, 2010

Laksa Sarawak kaw kaw punya...

Do you like this story?

ni nak share resepi laksa sarawak dengan semua.. kepada sesiapa yang belum try.. boleh la try lepas ni..
tapi kalau nak beli laksa sarawak kat area kl / selangor / semenanjung m'sia ni.. tak sure plak kesedapan dia sebab penah try kat laksa shackyyyy... hmm.. tak best .. tapi tak tau la kalau org swk yg buat bisnes kat sini kan.. any way.. kalau berkesempatan try la...

bahan - bahan penting..
pes laksa sarawak - main ingredient ni.. jangan lupa..
bihun
dada ayam / isi ayam
udang
santan kelapa - nak pakai fresh / kotak terpulang kepada masing-masing
telur
tauge
daun ketumbar - sebagai penyedap rasa / hiasan
garam & penambah perisa secukup rasa
belacan
cili kering
limau kasturi


cara-cara penyediaan...

langkah pertama..

- penyediaan kuah laksa -


masak pes laksa bersama 2 liter air di dalam periuk.. gaul-gaul sehingga sebati supaya pes laksa itu larut di dalam air. untuk menyedapkan lagi kuah tersebut, masukkan dada ayam (jangan dipotong) & kepala udang (yang sudah di bersihkan) ke dalam kuah laksa tersebut. biar kuah tersebut mendidih & sehingga aroma masakan menusuk kalbu.. hehehehhe
sekiranya ayam tersebut sudah masak (jangan overcook k) boleh dikeluarkan dari kuah tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.

p/s : tujuan ayam & kepala udang di campur bersama pes laksa tersebut adalah untuk menambahkan lagi kepekatan kuah tersebut. bila kita masukkan ayam, secara tidak langsung kita buat stok ayam..
ada faham... faham kan...

bila kuah tersebut sudah masak, tutup api dapur. sejukkan seketika. dah sejuk, tapis kuah tersebut.. jadi kuah laksa tersebut akan bebas hampas pes laksa & kepala udang tadi..
masakkan semula, sekiranya mendidih, masukkan santan, gaul hingga sebati. kalau air dah berkurang boleh la tambah air k... kuah tu jangan terlampau pekat atau jangan terlampau cair
tambah garam & penambah perisa secukup rasa..

p/s lagi : kesedapan laksa sarawak bergantung kepada kesedapan kuah dia.. kalau kuah dia sedap.. maka laksa sarawak tu for sure akan jadi tip top..

ok.. ni cerita bab kuah saja tau.. kalau di antara masa menunggu kuah tersebut mendidih boleh la buat penyediaan isi laksa di bawah.. multi tasking kata orang.. hehehhehe

1. ayam - ayam yang sudah dimasak tadi, isinya di carik-carik.
hasilnya seperti di bawah


2. udang di buang kulit & buang yang hitam panjang belakang dia tu... dont know how to explain.. lepas tu rebus/masak seketika.. jangan overcook..


3. telur di goreng dadar & di hiris halus-halus


4. tauge di rebus seketika (jangan overcook / layu sangat)


5. sebagai penyedap rasa, tumbuk @ blend cili kering bersama belacan & goreng dengan minyak sedikit.

6. bihun di rendam dengan air panas seketika sehingga ia menjadi lembut.

jadi complete set laksa sarawak tersebut jadi seperti di bawah


jadi cara nak hidang / makan nya...

masukkan bihun dalam mangkuk.. then letak la bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk.. masukkan kuah .. lepas tu makan... nyummy...

daun ketumbar boleh di tambah di atas laksa sebagai penyedap rasa.. kalau takder pun tak pe..

selamat menjamu selera...

p/s: kalau sebelum ni g sarawak, beli tikar beli pasu beli kek lapis.. nanti-nanti boleh la beli pes laksa sarawak pulak..

selamat mencuba

5 comments:

  1. aaaaaa lady ni, buat aku terliur di pagi hari...alamak, xpenah try lagi la laksa sarawak, tapi aku ni hantu laksa, laksa kedah la hehe...eh laksa sarawak xdak guna ikan ek? menarik2, kena try ni...

    ReplyDelete
  2. try la ruby.. memang tak pakai ikan...

    pes dia tu rempah2.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. nang bagus juak kitak cita sal tok... kmk nang carik juak cara molah bertulis... salu ngar wa bibah verbal jak... mala sik jadi,.. cara plg cepat g kuching mtk wa masak..kaw punya..;p

    ReplyDelete
  4. suri : hehehe... cubalah try.. lok mk jadi tukang makan jak.. nek tok mun laki nak makan terpaksa la polah.. ne nak carik kat kl tok...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum wrt wbt ...

    Jemput singgah. Pelbagai produk makanan spesel dari Sarawak. Ada kek lapis, pes laksa sarawak, ikan terubuk masin dan macam-macam lagi :)

    http://kedaiummie.blogspot.com

    ReplyDelete

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.