layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga
Showing posts with label travel tips. Show all posts
Showing posts with label travel tips. Show all posts

Friday, May 4, 2012

jom cuti-cuti - Gold Coast Morib Resort

Do you like this story?

ha.. saya baru berkesempatan nak update...

kepada anda yang bercadang nak bercuti - cuti hujung minggu atau saja nak bawak anak jalan-jalan atau nak bawak diri sendiri jalan - jalan pun boleh, apa kata terjah ke Gold Coast Morib Resort.

Perjalanan ke Gold Coast Morib Resort ni, kalau dari rumah saya agak dekatla, kerana ia menghala ke arah Banting. Masih lagi dalam negeri Selangor, bukannya Gold Coast Australia ok.

Apa yang ada kat Gold Coast Morib ni, ada theme park yang comel, takder la besar gedabak macam Sunway Lagoon tu yer.. Bilik dia pun agak ok siap ada jakuzi lagi. Kalau nak honeymoon berjakuzi boleh la pegi ke sini.

Kalau nak dapatkan katil ala-ala bali, kena pilih yang menghadap car park. Oleh kerana kitorang lebih kepada berlibur dan menghiburkan hati marissa maka kitorang pilih bilik twin sharing menghadap theme park. Bilik dia pun agak besar dan selesa.

Demi mengelak kebanjiran manusia, kitorang spend 2 hari 1 malam during weekdays, ambik pakej bilik lengkap dengan buffet dinner & buffet breakfast. Masa kitorang pergi tu ada a few company yang buat teambuilding kat situ, (bolehlah suggest kat bos pas ni buat team building kat sini). Kawasan persekitaran dia boleh dikatakan agak cantik jugak dan selesa. Ada private beach, ada restoran atas air dan lain-lain. Kalau nak ke Pantai Bagan Lalang pun dah dekat jugak dari Morib ni, so kalau malam-malam nak spend masa makan seafood boleh la menghala ke Pantai Bagan Lalang.

btw theme park dia rasanya tak mewajibkan swimming attire yang lengkap as long as sesuai sudah memadai.. kalau nak tahu juga, Gold Coast Morib ni adalah lokasi penggambaran Langkah Bendul DRAMA TV Astro tu, part yang Fizz Fairuz, bawak Amy Mastura pergi honeymoon tu.. dan tak jauh jugak daripada bukit JUGRA.

Tak payah cerita panjang-panjang, korang layan jer la gambar ni ok..

main entrance

marissa yang tak sabar nak bermain-main di theme park
jakuzi dan toilet ada tingkap boleh bukak dari bilik
sekitar theme park

marissa yang excited

Jangan lupa like kami FAN PAGE ALMARI VITAMIN di facebook.com/almarivitamin. ada give away untuk fans semua...

lawati blog almarivitamin kami juga..  http://almarivitamin.blogspot.com 



Saturday, July 31, 2010

Dalam satu bungkusan..

Do you like this story?

huh.. lamanya tak update blog ni.. dah bersawang-sawang dah..

actually bukannya takder citer yang nak dikongsikan tetapi entah tetiba jer dalam bulan july ni cam busy semacam jer..

hari ni baru la macam boleh bernafas sikit...<<< ni merujuk kepada hari rabu..

yer la last week attend training kat training center for 3 days..  sebabnya nak kejar kpi .. training hours tak cukup 40 hours la plak.... sekali dah g training, melambak-lambak la plak training yang kena attend.. huhuhuhu... hentam sajalah labu...

semalam pulak buat UAT dengan user.. hari khamis ni pegi dengar orang bercakap-cakap
lepas tu next week buat training lagi dengan user..
lepas tu pegi training lagi...
lepas tu barulah boleh relax.. itupun kalau boleh...

entah kenapa bulan july ni pack semacam jer.. tak cukup dengan keje yang ada bertambah lagi dengan masalah kerja yang tiba2 muncul.. dicampur tolak lagi denngan kehidupan peribadi.. memang busy memanjang la...

well.. oleh kerana asyik busy jer kan.. dikesempatan yang ada ni kita masukkan semua dalam satu bungkusan... hahha..
dari citer lama sampaila ke citer terbaru... cam poyo jer.. macam la ada orang nak tahu.. tapi apa ku kesah.. janji boleh tulis.. hahah.. mana tau boleh buat novel... wakakakaka.. ada-ada jer yang aku bebelkan..

well kita nak start dari mana yer...

nak menunjukkan betapa busynya aku .. huhuhuh. ni nak citer pasal buku cerita yang aku beli tapi tak menyempat-nyempat lagi untuk dihabiskan..
ada 3 buku waiting list..
bila la nak baca suma buku ni...
oleh kerana tak sempat lagi nak menghabiskan baca buku citer ni, so aku tak leh nak bagi review kat korang tentang novel ni.. tapi aku baru baca sikit baju pengantin mak andam tu, layan jugak citer die..

oleh kerana dah sebulan lamanya blog ni tak update .. kiter mulakan dengan citer yang paling basi sekali...

recap ---- > hujung bulan june hari tu, company hubby buat family day untuk staff & keluarga mereka...
jadi, family day tahun ni company hubby buat gathering ramai-ramai kat genting.
so we all stay kat awana genting resort and spa for 3 days 2 nights.
jadi hari jumaat 25.6.2010 tu aku saja ambik cuti, sebab nak setelkan hal-hal kat umah - (ala keje-keje biasa sebelum keluar daerah mengemas, mencuci baju, packing dan yang seangkatan dengannya).
antara aktivti family day tu .. malam 25 jun tu ada dinner di GICC.. pastu hari sabtu pulak kitorang semua diberi tiket free utk bersuka ria di Genting Theme Park...

tak sanggup rasanya nak main benda ni...

weeehuuuu.. lihatlah pipi ku yang semakin bulat & tembam.. 
takper... heheheheh ...tembam & bulat itu membawa berkat.. heheheh

   view from our room... sun shiny day..
view from our room... early morning... awan berarak..

then hari ahad pulak ada sukaneka.. so petang ahad tu boleh balik umah...

masa untuk balik.. hari hujan malu malu...


so habis cita family day & genting..

so awal july seperti biasa la busy dengan tugas tegar ku... awal bulan .. user nak data.. jadi haruslah memastikan data berada di persekitarannya... eheh.. ye ker.. yer la tu.. heheheh

lepas tu plak kan.. aku nak citer pasal kesukaan aku.. aku suka notebook.. ni cth notebook yang aku ada..

my collection.. the blue one i reserve for my baby..

kebanyakkanya aku tak pakai pun lagi.. kalau ikutkan hati banyak lagi notebook yang aku berkenan tapi kan.. kawal .. kawal.. jangan teroverdos pulak.. hehehe...

lepas tu kan... aku nak cita pasal perasaan aku pulak..
perasaan sekarang ni berbaur-baur especially menyambut ketibaan orang baru..
neves.. happy.. cuak.. neves nak jadi mommy.. neves nak bersalin.. at the same tak sabar nak tunggu kelahiran our baby.. waaa.. aku bakal menjadi seorang ibu.. at the same time jugak.. prepare apa yang patut untuk menyambut kelahiran baby ni nanti..

selain itu.. aku tak sabar nak balik rumah aku kat sarawak.. banyak mission yang aku nak laksanakan.. one of it is.. deco bersama suzanne.. aku nak deco-deco bilik aku kat sana.. yoyo oo. jer aku ni..

lepas tu aku nak bukak balik majalah sekolah aku.. haaa.. ni misi mengenakan orang.. waaa.. jahatnyer.. hehehe.. ni edisi mengenang balik zaman lampau la.. tunggu korang erk.. sapa-sapa yang rasa dia makan cili.. mula-mula la buat baik ngan aku sekarang.. hahahhaaha.. mesti budak-budak ni nerves.. tengok-tengok aku yang terkena dulu..

lepas tu.. kan sekarang ni dah dekat bulan puasa.. jadi kat ofis aku orang dah start mempromosikan tempahan biskut raya... heheh.. so di sini aku pun nak mempromosikan kek lapis sarawak..

sapa-sapa yang berminat untuk tempahan  boleh la tinjau-tinjau blog ni yer.. http://ladysue-blogshoppe.blogspot.com/

http://ladysue-blogshoppe.blogspot.com


pelbagai jenis dah rasa kek lapis ada.. di jamin sedap.. tak rugi membeli..
singgah la blog ni yer.. banyak kek lapis sampai rambang mata nak pilih.. hehehehhe


ok la..citer ni pun habis.. setakat ni jer idea yang aku ada buat masa ni...
ada lagi.. ziha... saya tak buat lagi tag yang awak bagi tu.. heheheh.. hold dulu la yer...

nite u ooollllssssssssss

Friday, June 18, 2010

cuti-cuti jakarta ... day 4 & day 5

Do you like this story?

weehaaaa.. bersambung semula journey di hari ke-4..

seperti biasa pagi-pagi breakfast di hotel.. luckily sarapan disediakan jadi tak der la risau sangat nak carik breakfast kat mana kan...
alif pulak tak sihat, dari semalaman asyik keluar masuk tandas.. sakit perut dan muntah-muntah.. tak tahu apa yang dia makan sampai boleh jadi macam tu.. kalau nak dikatakan makanan, padahal aku pun makan benda yang sama tapi alhamdulillah ok plak.. so kitorang suspect mesti minuman dia... di restoran seafood malam tadi dia minum es soda gembira & di cafe hotel kitorang minum cappucino & ice latte.. penyebab terbesar dia mungkin es soda gembira... lansung tak gembira lepas minum air tu... kesiannn.... 
kesian kat dia menanggung sakit perut dan tak berapa selera nak breakfast...muka pun monyok je menahan sakit..
lepas breakfast, ajak supir untuk mencari farmasi yang berdekatan dengan hotel untuk mencari ubat sakit perut.. tapi terlupa pulak nak beli panadol.. aku pun terlupa jugak nak bawak bekalan ubatan dari rumah.. sebabnya aku tak boleh nak makan ubatan tanpa doctor prescription.. lansung terlupa pasal alif sebab dia pun jarang sakit.. alamak.. macam mana boleh lupa pasal ubat ni.. jadi tips berguna lagi nih -- jangan lupa bawak ubat-ubatan yang perlu seperti panadol, ubat selsema, ubat sakit perut dan lain-lain yang dirasakan perlu in case diperlukan dalam keadaan emergency kan... nasib baik ada bawak minyak angin..
so selepas ke farmasi, kami terus menuju ke Tanah Abang - pusat grosir ataupun pusat pemborong yang menjual pelbagai jenis barangan ... macam-macam ada... yang paling banyak kain-kain, pelbagai jenis busana, telekung, pakaian umrah & haji, langsir.. alat permainan dan sebagainya..




sewaktu sampai di Tanah Abang, keadaan tidak begitu sesak kerana kedai-kedai pun baru buka..
dengan keadaan Alif yang sakit perut dan muka yang menahan sakit, kami terus mencari barang-barang yang kitorang nak..
dalam beberapa minit, keadaan di Tanah Abang mulai sesak.. kebetulan pulak kumpulan Samson ada membuat persembahan di Level 7, Tanah Abang dibanjiri dengan pelbagai jenis manusia...
Alif pulak dah demam, jadi kitorang hanya dapat pegi ke tingkat LG, G & 1 sahaja.. selepas itu kitorang terus bergerak ke tempat lain.. at first nak pegi ke WCT Mangga Dua, tapi hasrat tu dibatalkan kerana keadaan di situ pun sesak dengan orang ramai.. aku pun malas nak berhimpit-himpit dan kesian tengok alif yang dah demam..
jadi kitorang decide ke BLOK M shopping complex sahaja, jadi keadaannya agak selesa sebab tidak sesak..
first sekali pegi makan dulu.. oleh kerana si Alif ni macam tak berselera jer nak makan, so kitorang makan kat kfc saja sekadar mengisi perut. KFC kat sini langsung tak best... dah la tak boleh tukar air dengan air lain.. set ayam dia pulak ada sup & nasi.. kitorang ambik jer la.. sudahnya hanya ayam yang di makan..


setelah ronda-ronda di dalam Blok M tanpa memperolehi apa-apa seterusnya kitorang decide untuk ke Monas sahaja..



Monas adalah tugu kebangsaan nasional. kata supir kami, kubah monas yang berwarna gold itu adalah emas betul-betul.. berapa karat aku tak sure.. hari tu pun ramai orang yang beratur untuk naik ke atas menara itu.. kami stop by hanya untuk pusing-pusing dan tangkap gambar sahaja.. 


 lagipun cuaca yang panas begitu mendesak untuk kami beredar cepat-cepat dari situ.. nasib baik keadaan Alif much-much better selepas makan panadol dan mendapat urutan sakti daripada aku.. hehehhee
selepas ke Monas, kami hanya pusing-pusing di sekitar bandar Jakarta dengan keluar masuk shopping complex....
kami ke Sarinah.. bersebelah Sarinah terdapat Manchester United Restaurant & Bar.. so Alif dying to stop by to check on Man U merchandise.. tapi nothing much yang ada.. ada benda-benda biasa macam jersey & cenderamata yang biasa-biasa jer...


lepas tu kitorang stop by hard rock cafe jakarta bersebelahan dengan mall EX.. si Alif seperti biasa .. to check on hard rock cafe jakarta merchandise walaupun dia dah ada... lepas dapat apa yang dia nak.. then.. kitorang lepak-lepak minum kejap...


next destination, kami ke ambassador mall..bersebelahan ambassador mall adalah itc kuningan.. di itc kuningan banyak menjual peralatan digital dan komputer.. kita boleh describe dua-dua mall ni macam lowyat dengan bb plaza
dah puas ronda-ronda and beli barang yang kitorang nak.... kami pun decide untuk dinner sahaja... malam tu kami decide untuk makan nasi padang di restoran yang berdekatan sahaja iaitu restoran nasi padang sederhana..


selepas dinner... kami terus pulang ke hotel kerana esok kami dah nak balik... flight pulak pukul 625 pagi,  pukul 3 pagi dah kena bangun... selepas siap semuanya... pastikan tiada barang yang tertinggal... so pukul 430 pagi checkout dan bertolak dari hotel terus ke Bandara Soerkano Hatta...

huhuhuhu... bye bye jakarta... here i come Malaysia..

so journey di jakarta sudahpun berakhir...

exclusively brought to you by ladysuerauf.blogspot.com

Thursday, June 17, 2010

cuti-cuti jakarta, bandung... day 3 - 28th May 2010

Do you like this story?

weehaaa.. kita sambung semula story kita dalam journey kami ke Jakarta..

malam sebelum tu packing ala kadar jer sebab dah nak check out dari Cipaku Garden Hotel dan akan check in pula di Prasada Mansion di Jakarta..
so, pagi tu supir kami datang agak awal sedikit tapi kami dah janji untuk gerak dalam pukul 9. jadi masa yang ada tu kami gunakan untuk breakfast terlebih dahulu di hotel.



selepas check out, kami terus ke destinasi yang dirancang iaitu rumah Mode.. masih ada lagi yang perlu dibeli untuk buah tangan kepada sanak saudara..
sampai jer kat Rumah Mode, ramai orang sudah menunngu di luar untuk masuk kerana Rumah Mode belum lagi buka... so kami menyempatkan diri untuk ambil gambar..kebetulan juga hari tersebut adalah Wesak Day, jadi di Bandung sudah mula dipenuhi dengan umat manusia dari seluruh pelusuk Jakarta.


setelah membeli belah, kami terus bergerak keluar dari kota Bandung menuju ke Jakarta melalui Puncak. kebetulan juga supir kami bersetuju untuk membawa kami ke situ..
on the way nak ke puncak pun boleh tahan jam jugak jalan dia.. i spend most of the time ke puncak dengan tidur.. nak tidur dengan lena pun tak best sebab jalan dia berbukit bukau macam jalan ke cameron highlands..
sepanjang jalan di daerah Puncak tersebut banyak ladang-ladang teh dengan permandangan yang hijau belaka...
 sampai jer di puncak, rehat sekejap dengan ambik gambar di hot spot lepas tu kami terus bergerak ke Bogor...



on the way ke Bogor, jalan memang jam giler-giler di kedua-dua belah arah.. jam tahap gaban la... jam yang sampai tak boleh gerak especially jalan menghala ke Bandung... masssyarakkkkatttt... boleh 'masuk wad dibuatnya'.. tension giler la... jam dia dari sepanjang jalan kampung sampai la ke highway sampai la ke tol...
nasib baik la jalan menghala ke Jakarta tu tak jam seperti jalan menghala ke Bandung.. kalau tak entah pukul berapa la kami sampai di Jakarta...
di Bogor banyak terdapat kilang membuat hand bag atau tas tangan, so supir kami membawa kami ke beberapa kedai handbag, tapi tiada satu pun yang aku berkenan... mungkin juga keadaan jam yang tak reti-reti nak cool down membuatkan aku macam give up..
sudahnya aku mengajak husband aku terus ke jakarta sahaja.. lagipun waktu sudah beransur petang dan kitorang belum lagi singgah makan.. nasib baik la aku ada bawak bekalan coklat.. boleh la mengisi perut yang kosong...
so we decide untuk makan seafood sesudah sampai di Jakarta nanti. Supir kami terus membawa kami ke Ancol. Ancol ni macam taman tema jugak la.. ada macam-macam dalam Ancol ni..

Ancol

kitorang pun tak explore... kitorang hanya singgah di restoran seafood tapi malangnya orang terlalu ramai sampai makan pun kena tunggu turn... waiting list gitu... daripada kitorang menunggu lama yang tak tahu kesudahannya, kami decide untuk ke seafood restaurant yang lain saja.


selepas dinner, kitorang decide untuk terus ke ke hotel saja. Di Jakarta kitorang check in di Prasada Mansion, sebuah hotel baru yang dibina pada tahun 2009.


oleh kerana hotel tersebut hotel baru, daripada review yang dibaca, ramai yang tidak tahu kedudukan hotel tersebut walaupun lokasinya berdekatan dengan golden triangle.. supir kami hanya tahu nama jalan tapi tidak tahu kedudukan sebenar hotel tersebut.. nasib baik la kitorang tak sesat dalam misi mencari hotel...
sampai je di hotel, kami terus check in dan berehat di bilik...



time for rest setelah sehari suntuk duduk melepak di dalam kereta menghayati "keindahan" traffic jam..

to be continue on day 4 trip to jakarta...

exclusively brought to you by ladysuerauf.blogspot.com

Monday, June 14, 2010

cuti-cuti jakarta, bandung... day 2 - 27th May 2010

Do you like this story?

weehaa... kita sambung journey kita di Bandung pada hari kedua...

hari kedua kami dah plan awal-awal dengan pak sulis untuk ke pasar baru, toko tiga , FO & makan di kampung daun..

so our first destination adalah Pasar Baru. Pasar Baru ni boleh dikategorikan sebagai Jalan TAR la.. sebab dekat sini ada menjual pelbagai barangan terutamanya pakaian, kain-kain, telekung dan sebagainya..

so apa lagi.. mulakan misi membeli belah... di Pasar Baru pun orangnya terlalu ramai... kalau tak silap Pasar Baru ada 7 tingkat dan setiap tingkat menjual barangan yang berlainan.. di Pasar Baru juga, ramai penjaja yang menjual minuman dan cenderahati.. macam biasa salesman tak bertauliah.. bagi yang belum dapat menjual apa-apa dari pagi mereka akan memujuk rayu kita untuk membeli sebagai pelaris.. bak kata mereka pecah telur... sampaikan ada sorang budak tu cakap kat kitorang ... ha abang dah beli air (sebab kitorang dah beli air dengan penjaja lain).. tadi cakap tak nak beli air... at last hubby aku cakap.. tadi tak haus sekarang dah haus... so kena pandai la bermain dengan kata-kata..
 cantikkan kebaya coklat kat belakang tu.. heheheh..

di Pasar Baru, sempat la membeli belah telekung, kain-kain untuk diri sendiri dan ahli keluarga, kain batik & kain sarung & busana-busana yang menarik mata memandang... harganya pula agak murah jika dibandingkan di malaysia..

Di Pasar Baru ini juga, kami sempat bertemu dengan Malaysians yang singgah membeli di kedai yang sama.. mereka datang ke Bandung bersama rombongan syarikat.. kami sempat la berkenalan & beramah mesra.. kami sempat juga sama-sama tawar menawar kain-kain di kedai tersebut..

selepas ke Pasar baru, destinasi seterusnya adalah Toko Tiga - kedai yang menjual jeans & pakaian.. sesetengah daripadanya ada yang original dan ada juga yang tak ori.. so kalau nak cari yang ori dengan harga yang berpatutan, pandai-pandai la belek ya..

lepas belek-belek jeans & pakaian di toko tiga, aktiviti seterusnya adalah tawaf FO. So FO yang pertama di kunjungi adalah Heritage.. dah habis pusing Heritage, pegi FO Cascade pulak, sebelah Heritage jer..
then di seberang jalan ada FO Summit, lepas tu berdepan Summit ada Terminal Tas dan banyak lagi.. aku dah tak boleh nak keep track, sebab terlampau banyak.. ada yang kitorang masuk jer tak beli apa-apa..

tak dapat ambik gambar bangunan.. gambar plastik pun jadi la...

last sekali FO yang kitorang pegi adalah The Secret.. suasana di The Secret pun best jugak.. macam Rumah Mode.. nampak dari luar macam bangunan segiempat jer, tapi kat dalam dier ada taman jugak.. boleh la lepak-lepak kalau penat..




selepas membeli belah di The Secret kitorang decide untuk makan di Kampung Daun.. on the way ke restoran Kampung Daun, boleh nampak permandangan bandar Bandung dari atas..

suasana makan di Kampung Daun memang superb.. yang terbaik.. sesuai untuk bersantai-santai bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Ruang makan menggunakan konsep pondok macam summer house gitu... boleh baring-baring dan makan sambil relax.. ada air terjun dan suasana dia sejuk dan nyaman.. makanannya juga sedap dan harganya amat berpatutan.. so kalau ke Bandung, jangan lupa ke Kampung Daun..




selepas makan kami decide untuk terus balik ke hotel. esoknya kami dah pakat dengan supir untuk ke Rumah Mode terlebih dahulu sebelum bergerak ke Jakarta.

so journey untuk day 2 sudahpun berakhir..

exclusively brought to you by ladysuerauf.blogspot.com
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.