layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Friday, June 18, 2010

cuti-cuti jakarta ... day 4 & day 5

Do you like this story?

weehaaaa.. bersambung semula journey di hari ke-4..

seperti biasa pagi-pagi breakfast di hotel.. luckily sarapan disediakan jadi tak der la risau sangat nak carik breakfast kat mana kan...
alif pulak tak sihat, dari semalaman asyik keluar masuk tandas.. sakit perut dan muntah-muntah.. tak tahu apa yang dia makan sampai boleh jadi macam tu.. kalau nak dikatakan makanan, padahal aku pun makan benda yang sama tapi alhamdulillah ok plak.. so kitorang suspect mesti minuman dia... di restoran seafood malam tadi dia minum es soda gembira & di cafe hotel kitorang minum cappucino & ice latte.. penyebab terbesar dia mungkin es soda gembira... lansung tak gembira lepas minum air tu... kesiannn.... 
kesian kat dia menanggung sakit perut dan tak berapa selera nak breakfast...muka pun monyok je menahan sakit..
lepas breakfast, ajak supir untuk mencari farmasi yang berdekatan dengan hotel untuk mencari ubat sakit perut.. tapi terlupa pulak nak beli panadol.. aku pun terlupa jugak nak bawak bekalan ubatan dari rumah.. sebabnya aku tak boleh nak makan ubatan tanpa doctor prescription.. lansung terlupa pasal alif sebab dia pun jarang sakit.. alamak.. macam mana boleh lupa pasal ubat ni.. jadi tips berguna lagi nih -- jangan lupa bawak ubat-ubatan yang perlu seperti panadol, ubat selsema, ubat sakit perut dan lain-lain yang dirasakan perlu in case diperlukan dalam keadaan emergency kan... nasib baik ada bawak minyak angin..
so selepas ke farmasi, kami terus menuju ke Tanah Abang - pusat grosir ataupun pusat pemborong yang menjual pelbagai jenis barangan ... macam-macam ada... yang paling banyak kain-kain, pelbagai jenis busana, telekung, pakaian umrah & haji, langsir.. alat permainan dan sebagainya..




sewaktu sampai di Tanah Abang, keadaan tidak begitu sesak kerana kedai-kedai pun baru buka..
dengan keadaan Alif yang sakit perut dan muka yang menahan sakit, kami terus mencari barang-barang yang kitorang nak..
dalam beberapa minit, keadaan di Tanah Abang mulai sesak.. kebetulan pulak kumpulan Samson ada membuat persembahan di Level 7, Tanah Abang dibanjiri dengan pelbagai jenis manusia...
Alif pulak dah demam, jadi kitorang hanya dapat pegi ke tingkat LG, G & 1 sahaja.. selepas itu kitorang terus bergerak ke tempat lain.. at first nak pegi ke WCT Mangga Dua, tapi hasrat tu dibatalkan kerana keadaan di situ pun sesak dengan orang ramai.. aku pun malas nak berhimpit-himpit dan kesian tengok alif yang dah demam..
jadi kitorang decide ke BLOK M shopping complex sahaja, jadi keadaannya agak selesa sebab tidak sesak..
first sekali pegi makan dulu.. oleh kerana si Alif ni macam tak berselera jer nak makan, so kitorang makan kat kfc saja sekadar mengisi perut. KFC kat sini langsung tak best... dah la tak boleh tukar air dengan air lain.. set ayam dia pulak ada sup & nasi.. kitorang ambik jer la.. sudahnya hanya ayam yang di makan..


setelah ronda-ronda di dalam Blok M tanpa memperolehi apa-apa seterusnya kitorang decide untuk ke Monas sahaja..



Monas adalah tugu kebangsaan nasional. kata supir kami, kubah monas yang berwarna gold itu adalah emas betul-betul.. berapa karat aku tak sure.. hari tu pun ramai orang yang beratur untuk naik ke atas menara itu.. kami stop by hanya untuk pusing-pusing dan tangkap gambar sahaja.. 


 lagipun cuaca yang panas begitu mendesak untuk kami beredar cepat-cepat dari situ.. nasib baik keadaan Alif much-much better selepas makan panadol dan mendapat urutan sakti daripada aku.. hehehhee
selepas ke Monas, kami hanya pusing-pusing di sekitar bandar Jakarta dengan keluar masuk shopping complex....
kami ke Sarinah.. bersebelah Sarinah terdapat Manchester United Restaurant & Bar.. so Alif dying to stop by to check on Man U merchandise.. tapi nothing much yang ada.. ada benda-benda biasa macam jersey & cenderamata yang biasa-biasa jer...


lepas tu kitorang stop by hard rock cafe jakarta bersebelahan dengan mall EX.. si Alif seperti biasa .. to check on hard rock cafe jakarta merchandise walaupun dia dah ada... lepas dapat apa yang dia nak.. then.. kitorang lepak-lepak minum kejap...


next destination, kami ke ambassador mall..bersebelahan ambassador mall adalah itc kuningan.. di itc kuningan banyak menjual peralatan digital dan komputer.. kita boleh describe dua-dua mall ni macam lowyat dengan bb plaza
dah puas ronda-ronda and beli barang yang kitorang nak.... kami pun decide untuk dinner sahaja... malam tu kami decide untuk makan nasi padang di restoran yang berdekatan sahaja iaitu restoran nasi padang sederhana..


selepas dinner... kami terus pulang ke hotel kerana esok kami dah nak balik... flight pulak pukul 625 pagi,  pukul 3 pagi dah kena bangun... selepas siap semuanya... pastikan tiada barang yang tertinggal... so pukul 430 pagi checkout dan bertolak dari hotel terus ke Bandara Soerkano Hatta...

huhuhuhu... bye bye jakarta... here i come Malaysia..

so journey di jakarta sudahpun berakhir...

exclusively brought to you by ladysuerauf.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam Lady Sue,


    Would love to chat with you and have you be part of our affiliate programme. Our program allows you to offer fantastic rates from hotels over the world and whenever there are bookings made and materialized, you will receive a reward on a revenue sharing basis with us. The beauty of our program lies in the tools. We’ve deep linkings that enable you to link to any relevant pages on our website. Email me and we can talk further. By the way, you don’t need to pay a single cent. In fact we pay you.

    Regards

    Siti Sarah
    sitisarah@holidaycity.com
    www.holidaycity.com

    ReplyDelete
  2. hai...sue...
    besnya tgk pic korg g jakarta...
    juz nk tny...
    bes x ancol park tue?
    n rate prasada mansion hotel tue brp ek?
    coz view kt web dia xde plk...

    kindly email me @ evana_fariduddin@yahoo.com

    thnx,sue.

    frm'ivana

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.