layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Wednesday, June 9, 2010

cuti-cuti jakarta, bandung... day 1 part 1 - UPDATED

Do you like this story?

weeehaaa...baru nak update blog....
end of May hari tu me and husband jenjalan ke kota Jakarta & Bandung..
oleh kerana aku tengah pregnant, so all the preparation, aku pastikan semuanya cukup before hari nak travel
hotel pun dah book, transport, mana tempat nak pegi, kesihatan aku & semua yang bersangkut paut aku pastikan sudah tersedia... (tapi ada satu benda aku lupa... yang ni nanti aku cerita..)
aku tak nak sampai sana nanti nak gamble la, nak try and error la.. nak backpack la.. semua tu aku dah cakap kat husband awal-awal.. aku ingatkan dia awal-awal ... "Ingat, awak bawak seorang ibu mengandung... :)" waktu beli ticket hari tu tak expect akan mengandung on travelling month tu, tapi alhamdulillah dah rezeki kan..alhamdulillah juga sepanjang travel tu, takder masalah lansung, kesihatan pun dalam keadaan baik..

ok.. mari citer pasal journey kat sana pulak..

a day before 25th May 2010 - aku cuti...
~ hubby pergi tukar RM kepada indonesia rupiah IDR...juta-jutaan pak.. penat nak mengira duit indon ni.. besar sangat.. kadang-kadang boleh confuse di buatnya...
~ then seperti biasa aku dengan tugas teGAR ku - packing... bawa barang seminima yang boleh.. :)

day 1 26th May 2010 - KUL to CGK
~ flight kami ke jakarta bertolak pada pukul 625 pagi. so pukul 3 pagi dah bangun dah.. siap2 semua.. double check semua barang-barang yang nak dibawak..
~ pukul 4.30 pagi dah bersiap sedia ke airport.. before ke airport, destinasi utama adalah rumah member kami iaitu Halim. oleh kerana halim bekerja di airport & tinggal berdekatan airport, maka dia telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar kami ke airport & menjaga kereta kami sepanjang percutian.. tugas biasa halim sekiranya kami travel.. terima kasih halim.. jasamu dikenang...
so we arrive Soekarno Hatta Airport around 0825 pagi, so dekat malaysia dah pukulk 0925 pagi sebab Jakarta lambat sejam..
setelah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan imigresen dan ambil barang, misi seterusnya adalah mencari supir yang pegang nama aku..  dari kejauhan aku dah nampak dah seorang lelaki yang pegang nama "Bu Susana"... wah spelling nama aku.. susana gitu... so he is the correct person.. pak sulis.. baik orangnya.. setelah beramah mesra beberapa minit, terus Pak Sulis tanya,  mau ke mana bu..
wah aku pun jawab.. lansung ke bandung aja pak.. hehehe...





so our next destination is Bandung...




on the way ke Bandung, ingatkan la nak snap gambar sana sini kan... tapi Pak sulis ni boleh tahan jugak drive nya.. laju dan aku rasa cekap la.. mostly driver kat jakarta ni.. bagi aku kategori memandu tahap berbahaya la.. hon memang sentiasa akan berbunyi... tapi diorang tak marah pulak kalau kena hon.. sebab dah lali dah...
tahap traffic jam dia tak payah cakap la.. memang tahap jam yang melampau-melampau la... keretanya pulak semua tinted gelap...
sebenarnya kalau diikutkan perjalanan ke Bandung mengambil masa dalam 1 jam macam tu jer.. tapi oleh kerana jam @ macet dalam versi indon, perjalananan tu mengambil masa 3 jam... so sepanjang perjalanan ke Bandung tu, kitorang hanya menghabiskan masa tidur.. simpan tenaga... so tak banyak la gambar yang boleh diambil sepanjang perjalananan tu..
we safely arrive Bandung around 12 noon..
cerita di Bandung akan di update di Day 1 Part 2.. untuk part 1 ni, akan diupdate dengan gambar-gambar sepanjang perjalanan sekiranya ada yang menarik. ok..

tapi before we end part 1 ni.. i have a few tips yang boleh dikongsikan bersama bagi yang first time nak pegi or bagi sesiapa sahaja yang memerlukan...

travel tips

1. untuk memudahkan perjalanan, make sure transportation sudah disediakan dari malaysia lagi.. kalau nak uruskan kat sana boleh juga.. tapi i rasa membuang masa saja.. better uruskan siap-siap before travel day.. lagipun kalau nak travel by taxi kat sana, macam tak berbaloi jer sebab dengan jalan jam lagi.. kang berapi bayar tambang taxi.. lagipun kalau pakai supir lebih senang nak ke mana-mana.
2. make sure hotel dah book awal-awal.. yer la kadang-kadang sesetengah orang bila dah sampai airport baru nak book.. tapi for me better book awal-awal kerana kita takkan tahu keadaan di negara orang.. kemungkinan hari tu diorang ada perayaan @ keramaian dan mungkin hotel fully booked.. jadi untuk langkah selamat kita dah book siap-siap.. tak pening kepala.. tapi kalau yang jenis backpacker, jenis yang tak kisah tidur di mana-mana.. mungkin tak apa kot.. ikut selera masing-masing la ya..
3.before nak pegi, make sure kita dah ada rough itenary. tempat mana kita nak pegi, hari apa kita nak pegi.. so before pergi tu buat-buat la research kat internet.. for me, sebelum travel day, memang dah survey awal-awal intresting places, tempat yang macam tak berbaloi pergi, restoran/tempat makan yang best-best... , tempat yang kita teringin nak pegi.. so at least kita ada guideline.. senang la nak rancang perjalanan bersama-sama supir anda nanti.. jadi kita tak pening kepala.. tak penat menempuh jam.. tak kelam kabut...
3. barang-barang yang nak dibawak - for me setiap kali travel memang i akan ada checklist i sendiri barang apa yang bawak.. jadi tak ada la barang yang tertinggal atau terlebih muatan..
a. toiletries - i prefer bawak sendiri punya.. jarang guna yang hotel punya.. dan jarang dah sampai kat tempat yang nak dituju baru nak membeli... ikut suka masing-masing la yer
b. small backpack / sling bag - untuk keselesaan membawa barang.. sebab kat tempat padat penduduk macam Jakarta ni, beg yang macam ni adalah lebih selamat. senang di pantau oleh kita sendiri..
c. extra bag - bawak la extra bag yang mudah lipat / disimpan - ni bagi yang jenis shopping sakan.. kita takkan tahu barang-barang apa yang kita akan beli.. jadi bila ada extra bag takda la kita nak beli bag baru untuk barang-barang kita yang dah terlebih tu. macam kitorang extra bawak 40L back pack & small bag plastik yang boleh lipat. so kalau excess baggage boleh la jadi hand luggage...
d. tukar duit - so before travel tu, survey-survey la best rate untuk currency exchange.. tukar la siap-siap.. jadi nanti tak payah la tukar kat jakarta.. sebab rate di jakarta lebih kecil nilainya... tapi yang bab currency exchange ni aku pun masih tak expert.. ni kena tanya yang pakar..
e. manual currency converter - some people mungkin dah set dalam handphone untuk kira tukaran mata wang sekiranya nak shopping kan.. tapi kalau ada manual punya lagi senang la aku rasa.. rujuk jer.. tak payah nak tekan-tekan.. so try la buat dalam excel dari amount terkecil 1000 rupiah ke nilai tertinggi yang korang rasa sesuai 2 juta rupiah ke.. 3 juta rupiah ke.. so bila nak membeli belah boleh la refer kan.. senang..
5. berhati-hati dengan barang-barang yang kita bawak.. passport, tiket flight, duit hendaklah di simpan di tempat selamat..jangan letak terlampau banyak duit dalam wallet... letak sikit jer.. kalau boleh agihkan siap-siap duit untuk shopping, makan, transport dan sebagainya.... merancang perbelanjaan katakan.. takut pulak tarik punya tarik .. nanti tak sedar dah terover budget..
6. so di jakarta memang banyak salesman yang tak bertauliah.. .jangan tertipu sudah.. langkah yang paling senang jangan beli lansung.. sebab kalau kita dah beli dengan seorang nanti semua salesman akan berpusu-pusu memaksa kita membeli barangan mereka.. pesan daripada supir kami, "ngak usah kesian kak, jangan dibeli barangannya .. nanti lansung dipaksa.."
7. jangan lupa bawak makanan kering seperti coklat, kekacang dan sebagainya... ini kerana anda mungking menghabiskan masa yang lama di dalam kereta..
8. haaa... ni yang penting jugak ni.. jangan lupa bawak ubat-ubatan yang korang rasa perlu....
ok.. itu antara tips yang aku boleh share.. kalau ada yang terlintas di fikiran, nanti aku akan update yer..

well ni baru day 1 part 1.. ni pun 3 hari baru aku siap nak tulis..
day 1 part 2 akan lebih cepat update.. insyaAllah...

exclusively by ladysuerauf.blogspot.com

Nota Cinta

Do you like this story?

dah  tengok video ni...

cuba klik link ini ... Nota Cinta .. & menang hadiah percutian ke Bali..




Tonton video Nota Cinta dan jawab soalan mudah untuk memenangi pakej percutian ke Bali! Hadiah lumayan menanti anda iaitu:

Dua hadiah utama berupa pakej percutian ke Bali untuk dua orang.

20 hadiah saguhati berupa hamper Nestle bernilai RM 100.

Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan nota cinta paling menarik.
 
macam best kan... apa kata kita tengok ramai-ramai....

Tuesday, June 8, 2010

setahun sudah berlalu

Do you like this story?

it is our first wedding anniversary on 5th June 2010..
sedar tak sedar sudah setahun kami mendirikan rumah tangga..
terasa sekejap masa berlalu..
what did we do on our anniversary..
luckily it was Saturday.. so boleh la celebrate dengan hati yang gumbira...
so we decide to have our dinner anniversary @ lemon garden cafe shang ri la hotel..
theme for that night is deep blue ocean.. so makanannya banyak dengan seafood
ingatkan malam tu, tak ramai yang akan dinner.. tetapi boleh full house pulak.. nasib baik dah buat reservation.. kalau tak ada jugak yang join waiting list kan...




oleh kerana terlupa nak bawak camera.. pakai kamera hp jer la.. quality nyer, u know i know la..


after having dinner.. we decide untuk tengok movie.. alang-alang dah lalu pavilion, terus decide tengok movie kat pavilion.. kat pavilion pun full house... punyala ramai umat hari tu.. padahal jam dah dekat nak pukul 10 malam tapi rasa macam pukul 6 petang jer.. nak tengok movie pun panjangnya line nak beratur.. ingatkan nak tengok dua movie malam tu.. nak tengok shrek & lagenda budak setan.. tapi bila dah kira-kira masa gap di antara dua movie tak sempat pulak nak catch up the second movie.. last-last decide tengok je la lagenda budak setan.. adaptasi dari novel ahadiat akashah..  itu pun duduk seat depan sekali sebab semua seat dah penuh...

memang ternganga la tengok movie tu.... so pukul 1 macam tu balik rumah...

esok nya ahad pulak.. masak laksa sarawak.. nyum nyum...
for those yang nak tahu resepi laksa sarawak.. click this link 
Laksa Sarawak .. nyum nyum .. for the recipe ok... siap dengan illustrasi bergambar sekali...


brought to you by  ladysuerauf.blogspot.com

Friday, June 4, 2010

provoking.. provoking.. provoking..

Do you like this story?

tengah kebosanan ni.. apa kata kita bercerita tentang penemuan terbaru..

actually .. takderlah baru sangat, ada juga sebelum ini berlaku cuma tidak diceritakan
last 2 days berdepan dengan orang yang sungguh provoking..intentionally provokes controversy... bikin isu panas jer...
intentionally provokes angry reaction from other people.. supaya orang lain menyokong apa yang diperkatakan oleh nya adalah benar-benar belaka...

kadang-kadang apabila manusia bercakap, selalu tidak memandang pada keadaan diri sendiri...
selalu mendabik dada... bercakap seolah-olah langit itu tiada rendah nya...
ingat-ingatlah.. dunia ini umpama putaran roda.. kadang-kadang kita di atas.. kadang-kadang kita di bawah..
adakalanya kita dihormati, diagungi, disenangi tapi mungkin satu ketika kita dicaci, dikeji, dimaki..

moralnya... bila bercakap tu berhati-hati sebab Allah itu maha adil...

Thursday, April 29, 2010

Ibubapa bukan liabiliti

Do you like this story?

Salam semua ~~~~~@

nak share something yang very very interesting..
kawan yang hantar thru mail.. and i think i should share it..

please read .. IBUBAPA BUKAN LIABILITI

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."
Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

P/S : kadang-kadang mungkin kita rasa pemberian kita tidak bernilai atau tiada ertinya kepada orang yang menerimanya.. tetapi kita selalu terlupa bukannya nilai yang lebih penting tapi perasaan atau keikhlasan kita kepada orang itu.. what you give is what u get back..
mungkin balasan yang kita dapat tidak nampak pada ketika itu atau balasannya bukan dalam bentuk apa yang kita telah berikan.. tapi kita selalu terlupa bahawa kebaikan, rezeki atau pertolongan itu datang dalam pelbagai bentuk, mungkin itulah balasan atas kebaikan yang kita lakukan.. InsyaAllah... amin..

bagi sesiapa yang nak mengetahui mengenai Pahrol Mohd Juoi >> ini blog beliau.. GENTA RASA


Wednesday, April 28, 2010

zaman mensia marek....

Do you like this story?


bila bukak-bukak semua fail gambar-gambar lamak, terjumpa video lamak tok dengan geng-geng kamceng. zaman tok semua gik masih bujang..
sekarang tok suma dah kwen dah jadi mak orang nak jadi mak orang ... tinggal hanim gik masih mencarik arjuna idaman.. haha..
lawak eh bila ngenang balit video tok.. bukannya apa... lucu jak nangga olah masa ya.. nangga muka masing-masing...
video tok di ambik sempena nak wish bday dengan can aku waktu ya merangkap hasbend kesayangan..
sidak tiga dalam video tok kira pelakon extra la.. tapi malangnya video tok sik complete2...
to hanim, butet and achik yot.. layan la video kitak orang tok... hahahha.. dari ria kitak orang carik video tok nak.. tanggalah puas...
jangan mare...

Novel Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah

Do you like this story?


last week, baca novel Cinta Kau & Aku by Siti Rosmizah. at first aku beli buku ni sebab lama dah tak baca novel lepas tu tak tau nak cari novel apa yang best. so g mph bookstore cari la buku top seller.. nampak novel ni is one of top seller novel... jadi try la beli... kalau baca sinopsis dia nothing yang extraordinary atau wow factor yang membuatkan aku dying to read.. tapi bila dah start baca tak boleh lepas... kalau aku stop baca buku ni rasa macam ada medan magnet yang menarik-narik aku supaya habiskan membaca buku cerita ini..
jalan cerita dia simple tapi menarik.. lawak .. dan ada unsur-unsur kekeluargaan yang boleh membuatkan kita menitis air mata..
buku ni bukan sahaja untuk golongan wanita tetapi amat sesuai sekali di baca oleh golongan lelaki, kerana banyak dalam novel ini mengisahkan tentang hubungan suami isteri, kepercayaan & keharmonian rumah tangga.. pendek kata nya tak rugi la kalau beli novel ni... sesuaaaaiiii..

beli la ya..

pada siapa yang nak baca sinopsis dia, kat bawah ni ada sinopsis nya. sila la baca.. kalau tak puas hati pergi beli novel ni...


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.