layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Fahami maksud bacaan duduk antara sujud

Do you like this story?

Salam jumaat yang ceria.. semoga hari ini membawa keberkatan kepada semua..

hari ni nak share tentang bacaan duduk antara dua sujud yang boleh jadi doa mudah kepada kita semua.

Bacaan duduk antara dua sujud dan maksudnya adalah :

Rabbighfirli - ampuni aku
Warhamni -sayangi aku
Wajburni - cukupi kekuranganku
Warfa'ni - tinggikan darjatu
Warzuqni - berikan ku rezeki
Wahdini -berikan aku petunjuk
Wa'afini - berikanlah aku kesihatan
Wa'fu'anni - maafkan aku


semoga kita menghayatinya dan dijadikan amalan.

Wednesday, January 4, 2012

marissa .. 1 tahun 1 bulan 14 hari..

Do you like this story?

salam..

lama dah tak update cerita pasal marissa.. heheh.. patutnya update waktu marissa umur 1 tahun 1 bulan 11 hari & tukar tajuk di atas kepada 1 tahun 1 bulan 11 hari.. baru cantik.. hehhehehe.

alhamdulillah.. sudah 4 hari kita di tahun 2012.. diharapkan tahun 2012 ni kita akan  berubah daripada baik kepada menjadi lebih baik... diharapkan juga rezeki 2012 ini akan bertambah daripada tahun 2011.
rezeki yang Allah turunkan kepada kita datang dalam pelbagai rupa.. ada rupa yang nyata.. ada rupa yang samar-samar.. apa2 pun rezeki yang Allah berikan.. kita harus bersyukur dan jangan lupa bersedekah .. :)
jangan lupa berterima kasih kepada Allah atas rezeki yang diturunkan.. "Ya Allah, terima kasih di atas pemberianmu ini.Amin"
nak cerita pasal marissa pulak.. alhamdulillah marissa dah berusia 1 tahun 1 bulan 14 hari pada hari ini..
alhamdulillah juga marissa masih lagi mendapat susu saya sepenuhnya sehingga ke hari ini.. alhamdulillah rezeki marissa... di harap akan berterusan sehingga marissa berusia 2 tahun... skrg ni pun moving forward dengan lengkapkan diri dengan info pasal tandem nursing & bf during pregnancy.. nak kumpul maklumat sebanyaknya.. hehehhehe
marissa sesuai dengan umur nya.. makin menunjukkan siapa marissa sebenarnya.. hahahhaha..
masih dengan rambut halus ala2 blonde mat salleh gitu.. mat salleh la sangat kan.. ahakkks..
marissa dah makin cerdik.. sekarang ni dah pandai psiko mama & daddy dia.. boleh buat-buat nangis untuk tarik perhatian.. padahal air mata tak keluar pun.. mulut jer bukak besar dengan suara ala-ala nangis..
adoi... macam2 hal marissa ni..
skrg ni pun dia nak berjalan.. asyik ajak daddy dia pegi jalan2 kat luar pegi taman.. tak nak main kat halaman rumah.. nak jugak keluar dari pagar rumah tu...
skrg ni pun dah tak blh ambik barang dari tangan dia sesuka hati, kalau di ambil mesti dia merajuk..
pasal makan pulak.. apa makanan yang kita masukkan ke mulut, itu la yang dia nak.. sampaikan dia nak kiss mulut kita semata-mata nak rasa makanan tu..

alhamdulillah marissa dah mula menunjukkan minat terhadap buku dan sekarang pun saya menggalakkan marissa ke arah minat itu. dan seperti kanak-kanak lain..(saya rasa) marissa amat sukakan iklan di tv dan nasib baik marissa not so into cartoon except upin & ipin. iklan yang paling marissa suka adalah iklan dequadin yang sakit tekak pastu kungfu tu.. adoi.. blh pulak dia pegi tiru iklan tu dengan berteriak sekali.. heheheh..

well that is my marissa... itu sahaja cerita utk hari  ini untuk tatapan peminat marissa .. hahhahahahahah.. banyak fans la konon.. :) i like..


ahaa... berminat untuk mencari pendapatan sampingan untuk keluarga.. hubungi saya.. emel pun blh.. ladysuerauf@gmail.com or blh pegi layari website http://almarivitamin.blogspot.com.
nak whatsapp/sms ke pun blh.. whatsapp or sms ke 014.888.4894

tak nak cari pendapatan sampingan tapi nak beli vitamin.. pun blh.. contact ajer saya.. hehehhe :)

Thursday, August 12, 2010

Dalam Rahim Ibu

Do you like this story?

di sini saya nak share apa yang dah kawan saya email kepada saya..
dia forward dalam bentuk powerpoinnt..
saya dengan tahap kerajinan yang melampau dah convert kan kepada format image..
credit la kepada orang yang dah buat benda ni.. saya tumpang share saja k.. untuk manfaat bersama..

kepada ibu-ibu, ayah-ayah, anak-anak.. dan semuanya la...










Tuesday, July 27, 2010

Thursday, July 1, 2010

Petua Genggaman Monyet

Do you like this story?



Mari share tentang Petua Genggaman Monyet..
bukan ilmu silat..
bukan juga ilmu batin.. heheh.. tu je yang korang ingat erk..
tetapi ilmu kehidupan.. ehehhhee  (^.^)

Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet. Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah.
Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.
Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.
Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut.
Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.
Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.

Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu:
"Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"
Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.

Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi: "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"
Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang.
Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.

Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan.
Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita.
Di kala itu semuanya sudah terlambat.
Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana?
Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?

brought to you by suzannalady.blogspot.com

Wednesday, June 30, 2010

Sekilas Pandang.. Kecantikan Lelaki & Kegagahan Perempuan..

Do you like this story?

Sharing.. Sharing...


"Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

p/s : yang baik kita jadikan teladan.. yang buruk kita jadikan sempadan...

brought to you by suzannalady.blogspot

Friday, June 18, 2010

Perkara-perkara yang wanita tidak tahu mengenai lelaki

Do you like this story?

Morning everyone...
nak share something yang mungkin tidak semua orang berpeluang untuk membaca nya...
from my office's website..

~Perkara-perkara yang wanita tidak tahu mengenai lelaki~

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.
Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.
1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.
Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.
3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.
Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.
Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.
Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) . Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.
Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.
Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.
Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.
Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Susunan
ROSMAWATI MION

p/s : terima kasih kepada penyunting artikel ni...

exclusively brought to you by suzannalady.blogspot.com

Friday, June 4, 2010

provoking.. provoking.. provoking..

Do you like this story?

tengah kebosanan ni.. apa kata kita bercerita tentang penemuan terbaru..

actually .. takderlah baru sangat, ada juga sebelum ini berlaku cuma tidak diceritakan
last 2 days berdepan dengan orang yang sungguh provoking..intentionally provokes controversy... bikin isu panas jer...
intentionally provokes angry reaction from other people.. supaya orang lain menyokong apa yang diperkatakan oleh nya adalah benar-benar belaka...

kadang-kadang apabila manusia bercakap, selalu tidak memandang pada keadaan diri sendiri...
selalu mendabik dada... bercakap seolah-olah langit itu tiada rendah nya...
ingat-ingatlah.. dunia ini umpama putaran roda.. kadang-kadang kita di atas.. kadang-kadang kita di bawah..
adakalanya kita dihormati, diagungi, disenangi tapi mungkin satu ketika kita dicaci, dikeji, dimaki..

moralnya... bila bercakap tu berhati-hati sebab Allah itu maha adil...

Thursday, April 29, 2010

Ibubapa bukan liabiliti

Do you like this story?

Salam semua ~~~~~@

nak share something yang very very interesting..
kawan yang hantar thru mail.. and i think i should share it..

please read .. IBUBAPA BUKAN LIABILITI

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."
Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

P/S : kadang-kadang mungkin kita rasa pemberian kita tidak bernilai atau tiada ertinya kepada orang yang menerimanya.. tetapi kita selalu terlupa bukannya nilai yang lebih penting tapi perasaan atau keikhlasan kita kepada orang itu.. what you give is what u get back..
mungkin balasan yang kita dapat tidak nampak pada ketika itu atau balasannya bukan dalam bentuk apa yang kita telah berikan.. tapi kita selalu terlupa bahawa kebaikan, rezeki atau pertolongan itu datang dalam pelbagai bentuk, mungkin itulah balasan atas kebaikan yang kita lakukan.. InsyaAllah... amin..

bagi sesiapa yang nak mengetahui mengenai Pahrol Mohd Juoi >> ini blog beliau.. GENTA RASA


Tuesday, March 9, 2010

quote of the day .. 090310

Do you like this story?

quote dari website ofis aku...
tolong share untuk semua..

image : my own source.

Monday, January 4, 2010

Sekadar Renungan... Part 3

Do you like this story?

first post in 2010..


'Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, dugaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam "kasut"seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin juga menyakitkan orang lain juga.'

http://suzannalady.blogspot.com/

Wednesday, December 30, 2009

Sekadar Renungan... Part 2

Do you like this story?


"Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka."

Tuesday, December 29, 2009

Sekadar Renungan... Part 1

Do you like this story?



" Mungkin ALLAH sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul dalam hidup kita...
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita."


Everything happen.. happen for a reasons...
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.