layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga
Showing posts with label ebm. Show all posts
Showing posts with label ebm. Show all posts

Monday, July 25, 2011

8 months suda.. marissa.. mama .. daddy & semesta...

Do you like this story?

weehuu... marissa is 8 months old..
berat dalam 8.05 kg.. gigi ketiga marissa sudah menunjukkan dirinya.. quite funny.. sebab marissa dah tumbuh 2 gigi di bawah.. and suddenly keluar gigi ketiga sorang2 jer.. mesti nampak cam pelik sebab gigi atas ada satu jer.. lepas tu gigi bawah ada 2..
semalam.. kami 3 beranak having fun untuk sessi outdoor kami bersama jejaripictures. thanks to munzir my frens yang sudi melayan kerenah kami 3 beranak.. wakakakkaka... tak sabar nak tunggu marissa pandai jalan plak utk next outdoor session.. nasib baik marissa tak meragam walaupun tengah batuk & selsema..
so di sini saya share sikit-sikit aktiviti kami semalam.. hehehehehhe... i like.. thanks jejaripictures. google jejaripictures utk servis photography..












yesterday was fun.. terlalu banyak gambar yang nak dikongsikan.. hehehhehehe itu sahaja setakat ini..


oh ya.. ada promotion untuk hot momma semua.. baik yang menyusukan baby ataupun tidak...

lawati ALMARI VITAMIN untuk promosi istimewa...

Monday, April 25, 2011

marissa is 5 months

Do you like this story?

hari ni 25nd April. marissa dah 5 bulan..
sabtu lepas bawak marissa g injection 5 bulan.. berat marissa sekarang 7.5 kg.. last month 4 bulan marissa berat 7.0 kg.. terasa pantas masa ni berlalu.. next month marissa dah boleh makan solid food..
lots of thing yang saya nak blog, hari ni saya nak cerita pasal marissa & nurseri pulak...
dah masuk 3 bulan marissa di nurseri.. so far alhamdulillah walaupun ada beberapa perkara yang mungkin tidak menepati citarasa kita sebagai ibu bapa tapi dah lumrah alam.. kita tak dapat nak puaskan hati kita 100%.
yang penting semuanya ok, pengasuh2 di nurseri menyayangi anak kita dan mengambil tanggungjawab yang sepatutnya itu sudah cukup baik. kita tak boleh nak expect nurseri itu akan bagi tumpuan 100% kepada anak kita as long as diorang tak mengabaikan dan memberi perhatian yang sewajarnya pun dah cukup baik.
bukannya apa.. sekarang ni dah banyak sangat dengar kes pasal nurseri & pusat jagaan ni..
kita sebagai parents hanya tawakal apabila nak hantar anak ke nurseri.. jangan terjadi perkara yang tak diingini sudah..
saya hantar marissa ke nurseri yang registered under abim berdekatan dengan ofis saya. jadi setiap hari marissa akan ikut kami travel pegi & balik kerja. walaupun, kalau difikirkan kesian dekat baby sebab awal-awal pagi dah kena travel tapi kami suami isteri fikir itu adalah jalan terbaik untuk kami sekeluarga. kalau saya hantar ke rumah pengasuh / nurseri yang berdekatan dengan rumah, lagilah kesian sebab pagi-pagi seawal 630 dah berpisah dengan baby & balik kerja petang pulak baby akan tunggu lama untuk kita ambil (jalan jam, balik keje lambat, hujan lebat + hal2 yang tak dijangka), dan caj OT untuk nurseri pulak akan melambung2. jadi masa kita bersama baby akan singkat sebab dari monday to friday 7 am to 7pm baby akan berada dalam jagaan nurseri sahaja.. jadi berapa banyak je masa yang kita ada untuk bersama baby??.. jadi itulah yang membuat kami untuk memilih nurseri yang berdekatan dengan ofis sahaja..
jadi seawal 630 marissa dah ready nak pegi nurseri .. pagi2 husband akan siapkan marissa - tukar diaper, buang2 taik mata, lap2 air liur basi dan sebagainya.. (marissa say thank u kat daddy sebab siap2kan awak.. thank u daddy)  dan saya akan susukan marissa dalam kereta .. jadi sepanjang perjalanan marissa akan jadi sleeping beauty...
selewat 6 petang daddy akan ambik marissa pastu baru ambik saya.. jadi marissa akan menyusu directly pada sebelah petang dan seperti biasa akan jadi sleeping beauty balik...
di nurseri pulak cikgu2 akan mandikan baby2 di bawah jagaan mereka 2 kali sehari. sekali pagi sekali petang. jadi isnin - friday marissa mandi & dikemaskan di sekolah..
bab makan minum pulak.. untuk nurseri marissa akan dibekalkan dengan ebm (susu perahan) selalunya akan bekalkan marissa dalam 4 botol susu - 3++ ke 4 oz per bottle.. oleh kerana pagi dan petang selepas balik dari nurseri marissa menyusu directly, jadi marissa selalunya habiskan 3 botol ke 4 botol saja. selalunya kalau marissa terlebih menyusu pun stock ebm mesti ada kat nurseri. so sekarang ni tuntutan menyusu di nurseri tu masih mencukupi la..
marissa's ebm stock..


oleh kerana marissa mandi dan dikemaskan di nurseri, jadi chances untuk kita make-up kan anak kita akan berkurangan.. jadi inisiatif yang saya ambil, pada malam hari selepas balik nurseri la ni.. saya akan bukak baju & stocking marissa semula.. check2 la apa yang patut takut2 kalau ada lebam ke.. calar balar ker... kesan2 yang tidak diingini ke.. kena gigit dengan serangga ker... taik tak cuci bersih ke.. kekotoran di celah2 lipatan kulit ke.. dsbg.. 
sebab kita ibubapa ni manusia biasa.. kadang2 pun kita terlalai dengan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan.. kalau ada apa2 yang pelik tu boleh la kita tanya dengan pihak nurseri..
selepas dah habis bukak2 semua baju & diaper, saya @ husband bersihkan muka marissa dengan kain lembap & pasangkan krim muka (utk ekzema) kemudian akan sapukan losyen di seluruh badan sambil urut2 badan marissa.. lepas tu pasangkan semula marissa dengan baju dan diaper baru.. saya harap apa yang saya amalkan berbaloi.. hehehehhe..
jadi itulah rutin harian marissa dan kami..



marissa @ 5 months.. get ready to clinic...

Monday, April 18, 2011

breastpump

Do you like this story?

meh update blog... dah jelak tengok script..

hari ni nak cerita pasal breastpump..

waktu saya pregnant dulu, saya tak ambil pusing sangat pasal breastpump nih.. sebab saya ingat time dah dekat nak masuk keja (a.k.a dah habis pantang) barulah nak beli... tapi sebenarnya breastpump ni pun tak kurang pentingnya bagi ibu2 yang  bekerja dan bercadang nak breastfeeding selama mana yang boleh..

first breastpump yang saya miliki adalah medela harmony.


saya beli medela harmony ni dari salah satu online shop yang jual breastpum .. lilkai store.
saya beli harmony nih on 4th day of my confinement.
the reason saya beli harmony nih pada mulanya saya nak cuba2 sebab tak tau which breastpump yang suits me.. kebetulan pulak on day 5 marissa admitted sebab jaundice, jadi breastpump ni sampai kat rumah on day 5 saya terus mengepam dan bekalkan marissa ebm (express breast milk) ke hospital. lagi satu, harmony ni simple, tak complicated, ringan dan mudah diuruskan. boleh di bawa ke sana kemari dengan bawak beg kecik jer..
at first agak kekok jugak nak menggunakan harmony nih sebab first time mengepam so masih tak tahu lagi style & rentak nya.. bila dah dapat momentum mengepam tu, alhamdulillah proses mengepam tu berjalan dengan lancar.
bagi saya menggunakan harmony nih quite ok bagi yang mengepam occasionally.. suction tu quit ok cuma harmony ni manual pump so tenaga tangan tu amat diperlukan.. tapi takder la memenatkan..
after sum time.. i decided untuk tukar my breast pump sebab saya mengepam daily and i need breastpump yang more effective.. bukannya harmony ni tak effective.. for some people maybe ok tapi saya saja nak tukar pump.. kadang2 sekarang nih eventhough saya dah ada medela swing.. saya pun tetap gunakan my harmony..
harmony.. jasa mu tak pernah dilupakan... heheheh.. tuan mu ni saja gedik nak tukar breastpump..

my second pump is  medela swing.. still dari keluarga medela.. yang ni saya beli di  little whiz . saya dapat beli promotion price di little whiz. little whiz ni ada online store dan juga physical store di setia alam.. banyak jugak barang2 baby yang best2 kat sini.. dan kita boleh collect point dan accumulate utk next visit... point tu blh tukar barang..

the reason saya tukar ke medela swing nih sebab saya nak guna electric pump. dari review yang saya baca ramai jugak yang komen cakap swing ni ok. swing ni saya suka sebab ringan , mudah diuruskan, tak complicated dan boleh bawak dalam beg kecik jer.. nak selit2 dalam handbag pun blh... dengan swing ni pun saya boeh mengepam effectively.. compared to harmony masa mengepam pun berkurang.. swing ni pun blh digunakan dengan bateri.. kadang2 kalau saya tak sempat mengepam saya akan mengepam di dalam kereta.. sambil hubby drive sambil tu saya mengepam... cara nak membersih swing pun senang... selepas mengepam tiub getah pump ni akan berwap.. jadi nak menghilangkan wap air tu, biarkan pump tu on sekejap dan wap tu akan kering. dan.. baca dulu cara2 penggunaan sebelum menggunakan pump tersebut..

kedua-dua pump ni didatangkan dengan botol bpa free, silicone valve, breast shield dll... di little whiz ada banyak package menarik kalau kita beli breast pump nih..

pump ketiga? ... mungkinkah ada.. hehehe.. wallahu alam.. kita tengok saja nanti.. kalau ada nanti saya review pulak..

cerita pasal jadual mengepam saya di ofis pulak.. selalunya saya akan mengepam dalam tengahhari pukul 12 macam tu.. kalau petang pulak saya akan mengepam pukul 530. kalau awal2 dulu saya mengepam pukul 4 ptg tapi saya dah adjust schedule sya ke 530 sambil2 menunggu husband saya ambik saya balik keje..
jadi by that time orang tak ramai mengepam di surau, jadi boleh la mengepam dengan amannya... sebab mengepam susu memerlukan ketenangan hati dan fikiran.. hehehe
di rumah pulak... kalau weekdays kalau terbangun awal saya akan mengepam.. kalau tidur dengan nyenyaknya mintak maaf la yer.. tak mengepam la jawabnya.. kalau weekends pulak.. kebiasaannya pagi saya akan mengepam.. kalau kes2 susu ebm dah tinggal sikit, setiap hari awal pagi saya akan paksa diri untuk membukakan mata dan bangunn mengepam.. hehehhee.. ini cara saya.. setiap orang cara dia berbeza.. ikut kesesuian diri masing2... heheheheh.. yang penting we know what the best for ourselves rite...

ok la itu saja setakat nih... support la breastfeeding..
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.