layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Wednesday, June 29, 2011

breastfeeding .. expressing, working & outing...

Do you like this story?

assalamualaikum... gud day everyone...

marissa & magic mirror...


hari ni saya nak share pasal my journey on breastfeeding.. dah lama saya nak share benda ni tapi asyik tak kesampaian untuk menulis..

dulu time pregnant memang saya dah niat nak fully breastfeed my baby.. tapi saya takde pun nak carik maklumat dengan lebih detail lagi berkenaan dengan breastfeed ni. dalam fikiran saya.. oo apa susah.. nak breastfeed.. breastfeed jer la.. ikut kehendak baby dan kemampuan badan..
tapi sebenarnya bila dah breastfeed betul-betul baru saya faham breastfeed bukan sekadar breastfeed sahaja.. banyak lagi ilmu yang kita boleh dapat@cungkil@gali berkenaan dengan breastfeed nih.
selain tu juga banyak lagi yang kita kena tahu pasal breastfeeding.. saya boleh andaikan melakukan sesuatu perlulah ada ilmu supaya benda yang kita lakukan tu boleh dilakukan dengan lebih berjaya.. (chewah.. ayat.. tak boleh blah..) pengalaman mematangkan perbuatan dan fikiran.. tapi pengalaman juga kena seiring dengan ilmu.. begitulah anggapan saya.. kalau tiada kecekalan, azam dan usaha benda yang senang pun kadang2 boleh jadi susah..

kat sini saya just nak share a few things yang menyenangkan during breastfeeding...
sewaktu outing keluar jenjalan.. dulu first2 time saya jenjalan bawak baby keluar saya agak malu2 untuk menyusukan baby di khalayak ramai.. tapi skarang dah ok.. belajar daripada pengalaman...
selain daripada nursing poncho/nursing wear.. baju yang berbutang sangatlah membantu.. hanya perlu buka bahagian atas sahaja untuk menyusukan bayi and 80% orang sekeliling anda tak kan tahu yang anda sedang menyusukan bayi... baju jenis cardigan pun sangat berguna.. hanya perlu selak bahagian bawah tetapi bahagian belakang kita still tertutup dengan cardigan..
tempat nak menyusu pulak.. kalau kat kedai makan... boleh pilih tempat makan yang agak tersorok dan selesa untuk kita menyusu... kalau takder tempat yang selesa.. selamba jer la.. kadang2 orang tak perasan pun kita buat apa kan...
kalau kat shopping complex yang ada nursing room ok la kan.. kalau takder.. buat muka selamba n menyusu la sekreatif yang boleh.. boleh suh husband buat protection kat tepi.. hehehehhe
sebelum nak keluar daripada kereta.. susukan la baby sekenyang-kenyangnya agar kita blh meminimakan masa menyusu di luar...

during working plak...
 stok ebm(express breast milk) @ susu perahan..daripada pengalaman saya.. seelok-eloknya buat la stok ebm (express breast milk) seawal yang boleh bermula dari masa berpantang tu..
macam kes saya hri tu.. buat stok pun lewat-lewat.. dah dekat nak habis pantang baru pulun nak buat stok.. nasib baik stok mencukupi.. stok ebm boleh di simpan di dalam peti ais bahagian di atas sehingga 3 bulan.. kalau ada peti ais yang simpan ikan tu boleh tahan sampai 6 bulan.. kalau peti ais bahagian bawah ebm boleh digunakan dalam tempoh 72 jam sahaja.. selalunya kat kotak yang jual botol untuk simpan ebm ni ada tulis berapa lama tempoh masa penyimpanan ebm ni.. rajin2 la belek kotak botol tu yer..
cara pemanasan ebm pun ada tertulis di kotak botol tu.. ebm yang dah dipanaskan tidak boleh dipanaskan semula.. jadi bila nak buat stok ebm tu.. jangan la simpan penuh2 dalam botol tu.. memadai untuk sekali minum @ ikut kehendak baby.. selalunya dalam 3 oz ke 4 oz dah mencukupi..

kalau kat ofis.. selain daripada breast pump & aksesorinya.. ice pack pun berguna juga.. walaupun kadang2 kat ofis ada disediakan peti ais.. manalah tau ada meeting mengejut di luar.. jadi ice pack boleh jadi penyelamat.. selain tu, sewaktu travel nak balik rumah ice pack blh chill-kan susu sebelum sampai di rumah...
masa mengepam pulak ikut kesesuaian tubuh badan sendiri.. hanya diri sendiri yang tahu masa mana yang selesa untuk diri kita..
kdang-kadang mungkin kita dapat hasil perahan yang banyak... kadang-kadang mungkin dapat sikit... kalau dapat sikit jangan tension-tension pulak yer... sebab saya pun macam ni jugak.. kadang2 bila dapat hasil perahan sikit mulalah nak tension la.. perasaan down la.. tapi nasihat saya.. ( pandai nasihat orang..hheheheh) relak2 jer.. biasalah.. kadang2 ada masanya susu banyak atau susu sikit.. macam kehidupan jugak.. ada masa senang.. ada masa susah...ada masa gembira.. ada masa sedih...


setakat ini sahaja entry saya hari ni.. ni pun berhari2 berminggu saya habiskan entry nih.. hehehhehe

p/s: lawati blog http://almarivitamin.blogspot untuk mendapatkan tawaran menarik suplemen @ vitamin terbaik especially for breastfeeding.

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.