layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Monday, April 26, 2010

last week punya story

Do you like this story?

salam and hello everyone...  :)

oleh kerana macam boring jer awal pagi ini.. apa kata kita meng - update blog .. :)

apa cerita last week yer..

last week, nothing much happen..
hari isnin seperti biasa.. tak best.. masih lagi dihantui dengan hantu malas kerja... apa masalah dengan hari isnin pun aku tak tahu...
hari selasa ok la sikit... takder la mim alif lam sin sangat kan...

hari rabu dan khamis pulak kena pergi training.. kena pulak training ni wajib attend.. TEAMING WITH PASSION..
teambuilding lagi... tak habis-habis kena pergi team building.. ni kes nak membina jatidiri la ni..
member-member yang dah pergi sebelum ni, ada la remind.. "ha nanti kena jerit-jerit"
bila member cakap macam tu bolehlah bayangkan ni mesti kena buat war cry, kena laung-laung semangat gitu..
so hari rabu yang mulia tu pergi la Telekom Training College dengan semangat yang berkobar-kobar..
seperti biasa, sebelum masuk dewan kena register dulu, carik nama duduk dalam group mana..
oleh kerana member aku miss ziyan walk-in utk training (tetamu yang tak diundang) jadi dia register la satu group dengan aku.. group YELLOW.. group Yellow punya port dekat hujung sekali dekat dengan peti air cond yang besar gedabak.. punya la sejuk nya duduk kat situ...

course ni actually designed & customised by DR LAWRENCE WALTER NG.. Dr Lawrence ni memang terror la bab-bab nak energising people @ developing talent orang ni..
tapi course yang kita orang attend ni conducted by Certified Trainers dari TM la.. jadi Dr Lawrence ni kira dah turunkan ilmu dia dekat trainer-trainer TM ni..
ok.. aktiviti kami pada hari tu adalah mengumpul seberapa banyak duit (ribu-ribu, juta-juta punya bisnes) bagi membolehkan kami graduate course tersebut.. target untuk graduate adalah 20 juta...
jadi untuk membolehkan kami graduate, kami hendaklah menjerit dengan penuh semangat, ikut pitch, ritma & lenggok-lenggok laungan yang betul.. semuanya kena buat as a team.. kalau nak duit lebih, kena lebih peka support team yang lain sambil jerit I SUPPORT YOU.. dapatlah dalam 100K.. kalau nak duit lebih lagi, team member kena contribute jadi volunteer bila kena jawab soalan.. boleh la dapat 100K lagi.. macam tu la caranya nak mendapat duit.. kena usaha...
apa yang kami jerit adalah kata-kata semangat untuk membentuk diri sendiri menjadi lebih PASSION. ha.. keyword yang penting tersebut adalah PASSION, CHALLENGE, TEAM WORK.. I SUPPORT YOU dan banyak lagi la...
yang paling aku suka.. NO FAILURE, WRONG RESULT CHANGE STRATEGY.. CANCEL-CANCEL GO AWAY.. YOU ARE YOUR ENERGY

banyak lagi la kata-kata semangat yang lain..
kalau aku letak semua kat sini, silap hari bulan aku boleh jadi pengulas Dr Lawrence pulak..
jadi ini adalah kata-kata semangat yang kami perlu ingat atau tanamkan dalam diri masing-masing..

di jadikan cerita.. hari khamis tu ada task office yang perlu di complete kan, oleh kerana baton lambat sampai kat tangan aku.. jadi aku terpaksa memulakan perlumbaan dengan lambat. nasib baik la ada munzir yang save my day... thank you berbanyak la munzir... walaupun cuti dah kena balik kampung kan, sanggup turun padang complete kan apa yang aku dah start... terima kasih ya munzir... I SUPPORT YOU... YOU SUPPORT I..
jadi course yang dua hari tu benar-benar dipraktik la...
anyway.. ia memang course yang ok.. sangat ok.. walaupun batuk-batuk sampai hilang suara terpaksa jerit.. tapi at least for two days you can release stress at work.. boleh jumpa staff-staff TM dari pelbagai department..

ha lupa nak cerita.. at first.. our YELLOW team is among the TERCOROT team... kira macam learning team la.. itu bahasa dalam course tu.. tapi finally we manage to be no 4th among 9 team.. we collect around 96 billion... 1st team yang menang pun at first diorang adalah team tercorot, lepas tu diorang dapat collect more than 100 billiion.. so our batch dah break AGM'S record.... itu kata our Master Trainer...
(actually nak upload photo TEAMING WITH PASSION tu, tapi hari ni tak bawak pulak usb nyer..)

well itu cerita hari rabu & khamis...
hari jumaat pulak... kena kerja seperti biasa.. then petang dia plak ada appointment dengan doktor..
so bila dah sampai klinik tu tengok doktor yang bertugas doktor lain plak.. ni yang tak syok ni...
bila dah sampai giliran ni, doktor ni dengan nada yang tak berapa best nak di dengar tanya aku what happen ni...
ayoyo doktor ni.. terus naik meter cuak aku... sedangkan nurse pun boleh baca apa yang ditulis kat kad aku ni.. takkan dia tak boleh baca ... kalau yer pun dia saja nak tanya aku tak boleh ke tanya dengan nada yang sesuai sebagai seorang doktor dengan pesakit.. kalau aku nak ceritakan babak seterusnya lagi kisah aku dengan doktor ni, mau panjang ulasan aku ni.. agak-agaknya doktor tu marah aku kot sebab kacau masa dia nak ber YM.. hehehe.. time aku masuk doktor tu baru on laptop dengan window ym terbukak.. mesti dia baru nak sign in tu... tak per la doktor...
walau apa pun .. pesanan aku kepada doktor-doktor yang lain.. janganlah garang sangat dengan patient kita.. beri peluang kepada patient kita untuk tanya soalan dan jawab soalan patient kita dengan berhemah walaupun soalan yang ditanya tu ibarat kacang la kalau doktor tu nak jawab... (lepas ni aku dah set tak nak pegi klinik tu time doktor ni duty...)

well apa-apa pun tu cerita minggu lepas..

minggu ni plak ... more story to come...

cheerio... :)

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.