layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Monday, April 2, 2012

Makanan Pelengkap Bayi - updated

Do you like this story?

Holla semua..
Hari ni saya nak share tentang makanan pelengkap bayi. Selalunya bila baby dah berusia 6 bulan, mesti si ibu akan mula fikirkan makanan yang sesuai untuk baby mereka. Pemakanan yang baik dari segi habit & nutrisi akan menyokong tumbesaran & perkembangan baby.

Selalunya baby akan mulai makan pada usia 6 bulan. Saya kurang bersetuju sekiranya bayi di beri makanan pelengkap pada usia kurang daripada 6 bulan, kerana sistem penghadaman bayi belum matang sepenuhnya. Bimbang sekiranya bayi diberi makan terlalu awal akan menjejaskan kesihatan beliau.

Pada usia seawal 6 bulan, bayi seharusnya diperkenalkan kepada rasa terlebih dahulu dan makanan tersebut haruslah dilumat terlebih dahulu.

Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh di guna pakai oleh ibu-ibu untuk menyediakan makanan pelengkap kepada bayi

1. Susui bayi anda secara eksklusif sehingga usia 6 bulan. Mulakan makanan pelengkap selepas usia 6 bulan sebagai tambahan kepada penyusuan ibu. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan pertama akan melindungi bayi daripada jangkitan gastrousus & meningkatkan perkembangan motor. Susu ibu membekalkan protein, kalsium, zat besi dan nutrien-nutrien lain kepada bayi mereka.

2. Susui bayi mengikut permintaan sehingga usia 2 tahun atau selanjutnya. Susu ibu boleh mencegah dehidrasi dan membekalkan mikro nutrien  untuk melawan jangkitan. Ini juga turut membantu ibu-ibu yang mengepam supaya susu mereka sentiasa mencukupi untuk bayi mereka. Ingat konsep supply vs demand. Ada permintaan adalah bekalan.

3. Amalkan masa makan yang  responsif : makanan yang diberi, bagaimana, siapa, bila & di mana. 
Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak yang lebih besar boleh dibantu makan sendiri. Ibu bapa hendaklah bersabar dan menggalakkan anak-anak makan tanpa paksaan. Masa makan bayi atau kanak-kanak memang banyak ragam. Tidak dinafikan apabila kita menghantar anak-anak kita ke tempat jagaan dan mendapat komen anak kita tidak mahu makan, memilih makan, tidak suka makan dan sebagainya. Di antara salah satu sebabnya adalah sikap tidak sabar. Sekiranya bayi anda menolak makanan yang biasa, anda boleh mencuba kombinasi-kombinasi makanan lain. Be Creative..

4.Amalkan Kebersihan. Sentiasa cuci tangan sebelum menyediakan makanan & minuman. Basuh tangan sebelum makan. Gunakan perkakas, cawan atau pinggan mangkuk yang senang dicuci. Simpan di tempat yang sesuai dan bersih. Anda mungkin boleh menarik minat anak anda untuk makan menggunakan bekas makanan yang berwarna warni atau bercorak kartun kegemaran mereka. Anda juga boleh sediakan bib bayi sebagai alas supaya pakaian bayi anda tidak kotor. High Chair boleh digunakan sekiranya bayi anda sudah boleh duduk dengan sendiri.

5.Mula beri makanan dalam kuantiti yang kecil dan tingkatkan kuantiti apabila dia semakin membesar. Bagi menyokong pembesaran bayi, bayi perlu mendapatkan tenaga daripada makanan pelengkap setiap hari. Bayi berumur 6-8 bulan perlu pengambilan lebih kurang 200 kcal, bayi berusia 9-11 bulan memerlukan 300 kcal dan keperluan bayi berusia 12-24 bulan meningkat kepada 550 kcal. Peningkatan kalori secara beransur-ansur boleh dicapai dengan memberi makanan seperti bubur nasi, buah-buahan, sayur-sayuran pada setiap waktu makan.
* kcal = kilocalorie
* 100 kcal = sekurang-kurangya 1 cawan bubur nasi kosong, 1 keping roti atau 1 pisang sederhana

6.Tingkatkan kelikatan & kepelbagaian makanan si manja apabila dia beransur membesar. Bayi berusia 6 bulan boleh makan makanan yang dilumat atau separa pejal. Pada usia 8 bulan makanan seperti finger food atau snek boleh diberikan kepada bayi anda. Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh makan makanan keluarga pada usia 12 bulan. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan mereka tercekik seperti kekacang, buah anggur, buah rambutan & seumpamanya.

7.Tingkatkan beransur-ansur kekerapan bayi anda makan. Bayi berusia 6-8 bulan boleh diberi makan 2-3 kali sehari. Apabila bayi berusia 9-11 bulan, mereka boleh diberi makan 3-4 kali sehari. Bayi berusia 12-24 bulan boleh diberi snek  seperti kismis, kurma, buah-buahan dll sebagai khasiat tambahan sebanyak sekali atau 2 kali sehari.

8.Beri si manja anda pelbagai makanan yang tinggi nutrien. Makanan seperti daging,ayam, telur atau ikan perlu ada dalam diet si manja. Diet vegetarian semata-mata tidak sesuai untuk kanak-kanak pada usia muda. Sayur-sayuran seperi lobak merah, bayam, brokoli & buah-buahan kaya vitamin A seperti betik, mangga dan tembikai juga perlu ada dalam diet si manja anda.Elakkan makanan atau minuman bernutrien rendah seperti teh, kopi, atau minuman bergula seperti sirap & minuman ringan.

9.Adakalanya anda dan bayi perlu mengambil suplemen vitamin & mineral atau produk makan yang diperkuat. Ibu yang menyusu badan mungkin perlu melengkapi diet mereka dengan suplemen dan produk yan baik unuk kesihatan diri sendiri dan juga untuk membekalkan nutrien-nutrien tertentu di dalam susu mereka. Pilihlah suplemen yang terbaik dan semulajadi seperti Shaklee. :)

10. Jika bayi jatuh sakit, tingkatkan pengambilan cecair dan penyusuan susu  ibu sekerap mungkin. Jika bayi anda jatuh sakit, galakkan untuk makan makanan yang lembut dan menyelerakan. Apabila bayi kembali sihat berikannya makanan & susu ibu sekerap mungkin. Kanak-kanak memerlukan pengambilan nutrien lebih banyak bagi menggantikan nutrien yang hilang semasa sakit.


* my simple tips..
  • jadikan masa makan masa yang menyeronokkan.. jangan paksa bayi anda untuk makan kerana paksaan boleh menjadikan mereka fobia untuk makan. 
  • masa makan boleh jadi messy atau fussy.. jadi bersabar la.. boleh sediakan bib atau peralatan makan yang menggalakkan bayi anda untuk makan. boleh pilih bib yang jenis plastik - senang nak cuci dan sangat berguna especially time makan di luar atau travelling.
  • kaitkan masa makan dengan perkara yang anak anda minati atau ingati.. contoh saya.. saya selalu kaitkan elephant suka makan atau saya akan selalu cakap dengan marissa tunjukkan mama macamana elephant makan.. so marissa pun akan tunjukkan cara elephant makan dengan makan makanan yang saya suap. banyak lagi contoh yang lain.. itu salah satu daripadanya.
  • selalu simpan nota atau ingat makanan-makanan yang anak anda gemari atau tidak gemari. selalu take note juga makanan yang boleh menimbulkan alahan kepada bayi anda.
  • bayi yang berusia 11-12 bulan ke atas lebih suka utk makan dengan sendiri.sediakan bekas makanan dan sudu extra utk dia 'bermain' dan kita boleh menyuap dia seperti biasa.
  • jauhi unsur-unsur distraction seperti rancangan tv kegemaran, favorite toys. ini kerana ia boleh menjejaskan minat sesetengah kanak-kanak untuk menikmati makanan mereka. *updated
  • kadang-kala anak-anak suka kepada warna-warna yang vibrant, jadi pilihlah makanan yang kaya warna seperti bayam, lobak merah, buah-buahan yang berwarna seperti dragon fruit, tembikai dan sebagainya. *updated
tips ini saya amalkan dan setakat ini ia berkesan. saya akan tambah tips ini dari masa ke semasa.

semoga berjaya mommies semua.. :)

ingin mencari suplemen terbaik & semulajadi, jemput baca blog vitamin saya di sini

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.