yah... itu dia.. tora datang lagi dengan mainan baru..
udang butter prawn sweet & creamy..
resepi butter prawn ni lain sikit dari yang selalu kita makan kat kedai.. yang ni mak saya punya resepi.. dan saya buat dia basah-basah sikit.. bak kata omputeh creamy gitu.. :)
Resepi Butter Prawn Sweet & Creamy
Bahan-bahan
udang
secubit garam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu lada sulah
minyak masak
butter
daun kari
cili (sedikit sahaja 1-2 btg)
susu cair (agak-agak dlm 100 ml)
chicken stok - blh pilih kiub, cecair atau buat sendiri.
cara-cara
yang ni utk buat udang
1. udang dicuci bersih, jangan dibuang kulit & belah belakangnnya. selepas dicuci, toskan.
2. perap udang dengan tepung gandum, sedikit garam & lada sulah. biarkan seketika.
3. panaskan minyak, goreng udang hingga garing & toskan minyak berlebihan & letak tepi.
yang ni utk buat gravy butter tu..
4. panaskan mentega, masukkan daun kari 2, 3 helai.
5. masukkan cili padi yang dipotong halus. jangan banyak sangat nanti pedas pulak...
6. dah agak-agak sebati masukkan susu cair, masukkan garam secukup rasa, lada sulah, gula & chicken stok. Gaul sehingga pekat.
7. Akhir sekali masukkan udang dan gaul sehingga gravy tadi menyaluti kesemua udang itu. Guna api perlahan.
Selamat Mencuba :)
mcam nyaman...kelak cuba..tq sis
ReplyDeletecubalah.. nyaman.. heheheh
ReplyDelete