layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Thursday, January 22, 2015

Kek Batik Crunchy kegemaran anak-anak

Do you like this story?

Saya memang suka resepi yang simple-simple,yang tak pening kepala nak buat. Yang saya nak share ni resepi Kek Batik Crunchy. Anak-anak pun suka makan. Cara lebih kurang buat kek batik biasa, tapi yang ni kalau makan dia rangup.

Bahan-bahan dia senang jer.
1. 1 paket milo bungkus yang paling kecik. dalam 250 gm
2. Butter - setengah buku
3. 1 tin Susu Manis - guna dalam 1/2 - 3/4 tin sahaja.
4. Biskut Marie.
optional - serbuk koko, kacang tanah, coklat rice (untuk hiasan)



Cara-cara
1. Butter potong kecik-kecik dan panaskan atas kuali. Cadangan, gunakan kuali besar sedikit.
2. Agak-agak butter dah cairkan masukkan susu dalam 3/4 tin. Kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan.
3. Selepas tu masukkan sepaket milo. Kalau nak tambah koko pun boleh.
4. Gaul rata sehingga adunan sebati.
5. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan. Gaul sehingga sebati. Kalau nak tambah kekacang pun boleh.
6. Setelah adunan sebati, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan dengan sekata
7. Akhir sekali, masukkan ke dalam freezer dan sejukkan. Dalam 10-15 minit dah boleh makan. Boleh hiaskan dengan coklat rice kalau suka.

* Bila nak makan, biarkan sekejap pada suhu bilik. Waktu potong tu mungkin agak keras sikit tapi bila dah makan ok jer..


Monday, January 12, 2015

Resepi Mudah Roti Telur dan Cheese

Do you like this story?

Ini adalah Fun way to make roti telur.. Favourite marissa & hadeef. Versi cheddar cheese. Blh add on anything u like. 

* BAHAN-BAHAN
ROTI GARDENIA
TELUR
CHEDDAR CHEESE - block atau slice mana-mana pun boleh.
BUTTER - sikit je
LADA SULAH
BOLEH TAMBAH CHICKEN SLICE, BEEF SALAMI - ikut citarasa anda



 CARA-CARANYA
1. Potong bahagian tengah roti dan ketepikan. Letak atas pan.
2.masukkan sedikit butter di bahagian tengah roti.
3. Masukkan telur.
4. Parutkan cheddar cheese atau letak sekeping cheese slice ke atas telur. Boleh perasakan dengan lada sulah or lada hitam.Kalau nak tambah chicken slice atau beef salami pun boleh.
5. Letakkan semula bahagian roti yang telah dipotong & terbalikkan sehingga roti keperangan. Jangan hangus sudaaa..
6. Potong dan boleh lah ngap..

mudah bukan.. jangan lupa cuba ya.

Sunday, January 11, 2015

Resepi mudah Bread Stix & Chocolate Dip

Do you like this story?

Resepi kudap-kudap dikala bosan.. Bread stix & choc dip.. Wah tajuk resepi dh mcm masterchef. Jejari roti cicah coklat nama melayunya. Ni sesuai jugak dibuat kalau roti dah dekat nak expired tapi tak tau nak buat apa, boleh try resepi untuk perabih stok roti kat rumah. Cicah dia selain coklat boleh guna cicah lain ikut citarasa anda.
 
2 bahan ja. Roti gardenia n coklat masakan. Yang dalam gambar ni memang choc utk fountain. Memang sodap. Makan mcm tu pun sedap. 



Caranya :
1. Potong roti panjang2 mcm dalam gambar. Letak atas tray oven n bakar sekejap jer sehingga rangup. Kalau takder oven blh buat atas frying pan tanpa minyak.
2. Coklat boleh cairkan. Kalau guna microwave set kepada setting defrost. Kalau takder microwave guna cara double boil.
3. Tadaaaa... 5 minit dah siap bolehlah dimakan dikala petang hari bersama teh strawberi.
 

Kalau ada mesin fountain blh buat breadstix fountain gitu..
 

Tips: roti kalau bakar rangup2 masih boleh disimpan untuk makan kemudian. Simpan dalam bekas kedap udara.
 
#resepimudah #simplerecipe #chocolatefountain #foodjournal #fooddiary #dapurkamek
Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.