layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Friday, November 1, 2013

Menabung dengan mudah

Do you like this story?

salam & apa khabar semua.

hari ni share dengan korang semua macam mana nak menabung dengan mudah. bukan budak-budak jer yang kena menabung. orang dewasa pun lagi la kena menabung..

cara yang paling senang :

1. kena tetapkan nak simpan apa & berapa.
contoh nak simpan wang kertas rm 5 sahaja. atau nak simpan wang kertas rm 1 sahaja. kalau saya.. saya simpan wang kertas rm 1 yang baru sahaja & semua syiling. jadi setiap kali dapat wang kertas rm 1 baru saya akan simpan. begitu jugak dengan syiling.

2. kena sediakan tempat simpanan atau tabung
kalau boleh tempat simpanan atau tabung ni kena berada di tempat yang mudah dicapai atau senang dilihat.
contoh wang kertas boleh simpan dalam sampul, dan sampul tu boleh dibawa ke mana-mana sahaja. nak senang yang ladies boleh letak dalam hand bag. kalau syiling pulak kena letak tabung kat banyak tempat. biar kecik janji berisi.. itu tag line dia.. hehehehe. kalau saya sampul wang kertas memang sentiasa ada dalam beg, jadi setiap kali setel shopping memang akan masukkan wang kertas rm 1 baru ke dalam sampul tu. wang kertas lama pulak boleh belanja.. heheheh. kalau tabung syiling pulak, memang merata tempat ada, kat bilik tidur, kat sebelah washing machine sebab washing machine saya macam syiling vending machine.. selalu jumpa syiling dalam washing machine.



3. kena set target nak simpan lama mana
dah simpan-simpan kenalah  set target bila wang ini akan digunakan. betul tak?  jadi anda boleh set target nak simpan selama mana yang anda mahu. kalau nak senang tetapkan target yang boleh diukur, contoh nak simpan selama sebulan, nak simpan sampai raya tahun depan, nak simpan sampai hujung tahun. nak simpan utk setiap 2 bulan. nak simpan sampai tabung syiling ni penuh.. ingat kena letak target yang boleh diukur, baru dia jalan. kalau tak nanti simpanan tu sekerat jalan jer.. heheheh

4.dah simpan nak buat apa dengan duit ni??
ha.. benda ni yang paling orang suka nak dengar. apa nak buat lepas duit tu dah sampai target simpanan. well, depends kat korang nak buat apa. contoh, boleh simpan duit tu untuk bagi duit raya kat budak-budak. boleh juga simpan untuk masukkan dalam simpanan anak-anak, beli barang kesukaan anda, atau masukkan dalam simpanan pelaburan anda. Boleh jugak buat tabung simpanan untuk melancong. so kegunaan dia meluas boleh ikut kemahuan anda sendiri.


so dah buat ke belum?? kalau belum jom la kita menabung..

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.