layari Almari Vitamin utk pelbagai lagi vitamin untuk kegunaan seisi keluarga

Wednesday, January 16, 2013

Kek Lapis Cheese

Do you like this story?

hi semua..

mari try resepi kek cheese lapis bakar pulak.. senang jer nak buat. dalam 30-40 minit dah siap.

BAHAN-BAHAN

1 blok Cheddar Cheese
10 biji telur
16 oz mentega
1 tin kecil susu manis
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 bungkus kecil horlick

CARA-CARA MEMBUATNYA :
Persediaan - panaskan oven pada suhu 150 darjah, guna api atas sahaja. Guna acuan 9x9
1.Pukul gula dengan mentega sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3.Masukkan susu, pukul hingga sebat.
4.Masukkan tepung & horlick dan pukul hingga sebati
5.Akhir sekali masukkan cheese yang diparut, gaul rata supaya cheese tidak berketul di dalam adunan

Bakar secara selapis. Pertama masukkan adunan ke dalam acuan. Masukkan 3 senduk ke dalam acuan dan bakar pada masa 5 minit. setelah lapisan pertama masak, masukkan 3 senduk lagi adunan ke atas lapisan pertama tadi. begitulah seterusnya.



Sukatan setiap lapisan hendaklah sama. Jika lapisan pertama 3 senduk, maka lapisan kedua pun sama 3 senduk, begitulah seterusnya.

Bakar setiap lapisan pada kadar 5-10 minit.



selamat mencuba.

Share

Widgets

March's people

Attractive personality. sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Revengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented.Loves special things. Moody.